Perbezaan antara semakan "F-15 Eagle"

19 bait ditambah ,  7 tahun lalu
k
r2.7.3) (bot menambah: sq:McDonnell Douglas F-15 Eagle; perubahan kosmetik
k (r2.7.3) (bot menambah: hi:एफ १५ इगल)
k (r2.7.3) (bot menambah: sq:McDonnell Douglas F-15 Eagle; perubahan kosmetik)
[[Fail:f-15c.eagle.86-0175.taxi.arp.jpg|thumb|right|F-15C Tentera Udara A.S bergerak untuk berlepas.]]
 
Keperluan pesawat baru bagi kegunaan Tentera Udara A.S untuk mengatasi kekurangan pesawat Phantom semakin mendesak. Setelah menolak program VFX Tentera Laut A.S (yang telah menghasilkan pesawat [[F-14 Tomcat]]) disebabkan tidak memenuhi keinginan Tentera Udara A.S, pihak Tentera Udara A.S kemudian mengeluarkan spesifikasi keperluannya untuk Pesawat Pejuang Eksperimen (F-X), satu spesifikasi untuk sebuah pesawat pejuang penguasaan udara ringan.<ref name="eden">Eden and Moeng 2002, m/s. 944.</ref> Empat buah firma telah menghantar cadangan, pihak Tentera Udara kemudian menolak cadangan dari firma [[General Dynamics]] dan telah memilih [[Fairchild Republic]], [[North American Aviation|North American Rockwell]], dan [[McDonnell Douglas]] untuk fasa definasi pada Disember 1968. Firma-firma ini kemudian menghantar cadangan teknikal pada Jun 1969. Tentera Udara kemudian mengumumkan pemilihan firma McDonnell Douglas pada [[23 Disember]] [[1969]].<ref name="Jenkins_F-X">Jenkins 1998, m/s. 9–11.</ref> Pesawat McDonnel Douglas memiliki rekabentuk ekor berkembar seperti pesawat F-14, tetapi dengan sayap kepak kaku. Pesawat ini perbezaan ketara dari segi berat dan saiz berbanding dengan pesawat F-4 yang akan digantikannya.
 
Pesawat awal F-15 Eagle telah ditandakan sebagai '''F-15A''' bagi konfigurasi satu tempat duduk dan '''F-15B''' (asalnya '''TF-15A''', kemudian dikenali sebagai F-15B kerana ia adalah sebuah pesawat yang memiliki keupayaan penuh untuk pertempuran) bagi versi dua tempat duduk. Versi-versi ini akan menggunakan enjin [[Pratt & Whitney F100]] baru untuk mencapai nisbah [[tujahan]]-kepada-berat tempur melebihi 1. Cadangan untuk menggunakan meriam 25 mm Ford-Philco [[meriam GAU-7]] dengan peluru tanpa perumah telah digugurkan untuk memberi laluan untuk menggunakan meriam standard M61 Vulcan disebabkan oleh masalah pembangunan. F-15 masih mengekalkan keupayaan untuk membawa 4 peluru berpandu Sparrow seperti Phantom. Sayap kakunya diratakan, ciri berbadan lebar pula membantu memeberi permukaan angkatan yang efektif. Terdapat keraguan samada keupayaan F-15 dengan persenjataan peluru berpandu Sparrow mencukupi untuk menentang ancaman pesawat aras dan berkelajuan tinggi seperti MiG-25 "Foxbat"; keupayaannya akhirnya akan dibuktikan dalam pertempuran.
Penerbangan sulung F-15A telah dilakukan pada Julai 1972 manakala penerbangan sulung versi dua tempat duduk iaitu F-15B (dahulunya TF-15A) dilakukan pada Julai 1973.<ref name="Spick">Spick 2000, m/s. 130–131.</ref>
 
F-15 memiliki [[radar]] "[[pandang bawah/tembak bawah]]" yang dapat membezakan sasaran bergerak aras rendah daripada permukaan bumi yang berserakan. F-15 akan menggunakan teknologi komputer dengan kawalan dan paparan baru untuk mengurangkan beban kerja juruterbang dan memerlukan hanya seorang juruterbang untuk mejimatkan berat. Tidak seperti F-14 atau F-4, F-15 hanya mempunyai kerangka [[kanopi pesawat|kanopi]] tunggal dengan pandangan jelas kehadapan. F-15 diperkenalkan sebagai "pesawat penguasaan udara pertama yang dikhaskan kepada Tentera Udara A.S sejak [[F-86 Sabre]]."<ref>Laporan [[RAND]], "Pesawat pejuang penguasaan udara kembali."</ref>
 
F-15 akan menguntungkan pengguna seperti [[Tentera Udara Israel]] dan [[Pasukan Pertahanan Diri Udara Jepun]], manakala pembangunan pesawat F-15E Strike Eagle akan menghasilkan pesawat pejuang penyerang yang akan mengantikan pesawat [[General Dynamics F-111|F-111]]. Walaubagaimanupun, terdapat kritikan ke atas F-15 kerana ia terlalu besar untuk digunakan dalam pertempuran udara jarak dekat, dan juga terlalu mahal untuk diperoleh dalam jumlah yang besar bagi mengantikan F-4 dan [[A-7 Corsair II|A-7]], menyebabkan kewujudan program [[Pesawat Pejuang Ringan]] (PPR) yang mana telah menghasilkan [[F-16 Fighting Falcon]] bagi Tentera Udara A.S dan pesawat kelas sederhana [[F/A-18 Hornet]] untuk Tentera Laut A.S.
 
Pesawat versi satu tempat duduk '''F-15C''' dan dua tempat duduk '''F-15D''' dikeluarkan pada 1978 dengan penerbangan sulung pada Februari dan Jun 1978.<ref name="Jenkins2"> Jenkins 1998, m/s. 33–34. </ref> Model-model baru ini memiliki beberapa penambahbaikan termasuk tambahan 900 kg bahan api dalaman tambahan, cadangan untuk membawa tangki bahan api luaran dan berat maksimum berlepas sehingga 68,000 lb (30,700 kg).
 
=== Penambahbaikan ===
[[Fail:F-15 vertical deploy.jpg|thumb|right|upright|F-15D dari Sayap Pejuang ke-325 yang berpangkalan di [[Pangkalan Tentera Udara Tyndall]], melepaskan suar.]]
 
Pengguna terbesar pesawat F-15 adalah [[Tentera Udara Amerika Syarikat]]. Pesawat pertama F-15B telah dihantar pada [[14 November]] [[1974]].<ref name="scutts"> Scutts 1989, m/s. 47.</ref> Pada Januari 1976, pesawat pertama Eagle telah dihantar ke Skuadron Pejuang ke-555.<ref name="scutts"/> Pesawat-pesawat awal ini dipasang dengan radar [[Hughes Aircraft]] (kini [[Raytheon]]) [[Radar APG-63 dan APG-70|APG-63]].
 
Mangsa pertama pesawat F-15 dicapai oleh juruterbang [[Tentera Udara Israel]] Moshe Melnik pada 1979.<ref name=1st>[http://www.boeing.com/news/frontiers/archive/2003/december/i_ids5.html "An Eagle evolves"], Boeing, Januari 2004.</ref> Pada 1979–81 semasa pertikaian sempadan Israel-[[Lebanon]], F-15A telah menembak jatuh 13 buah pesawat [[Mikoyan-Gurevich MiG-21|MiG-21 "Fishbed"]] dan dua buah [[Mikoyan-Gurevich MiG-25|MiG-25 "Foxbat"]] milik [[Tentera Udara Syria]]. Pesawat model F-15A dan B juga telah digunakan oleh Israel dalam operasi [[Perang Lebanon 1982|Lembah Bekaa]]. Pesawat F-15 Israel telah menembak jatuh 40 buah pesawat pejuang Syria (23 buah MiG-21 "Fishbed" dan 17 [[Mikoyan-Gurevich MiG-23|MiG-23 "Flogger"]]) dan sebuah [[helikopter Gazelle]] SA.342L.<ref>[http://www.acig.org/artman/publish/article_270.shtml "Kemenangan pertempuran udara ke udara Israel sejak 1974"], ACIG.org, [[24 September]] [[2003]].</ref>
 
Juruterbang F-15C [[Tentera Udara Diraja Arab Saudi]] menembak jatuh 2 buah pesawat [[F-4 Phantom|F-4E Phantom II]] yang diterbangkan oleh juruterbang [[Tentera Udara Republik Islam Iran|Tentera Udara Iran]] dalam pertempuran kecil di sempadan pada bulan Jun 1984, dan menembak jatuh 2 buah pesawat [[Dassault Mirage F1|Mirage F1]] Iraq semasa [[Perang Teluk]].<ref>Smith, William E., [http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,951187,00.html?internalid=ACA Pushing the Saudis Too Far] ''Time'', [[18 Jun]] [[1984]]. Retrieved [[26 Januari]] [[2008]]</ref><ref>Halloran, Richard, [http://topics.nytimes.com/top/news/international/countriesandterritories/iraq/index.html?s=oldest&&query=AIRLINES+AND+AIRPLANES&field=des&match=exact 2 buah pesawat pejuang Iran ditembak jatuh oleh Tentera Udara Diraja Arab Saudi] ''New York Times'', [[6 Jun]] [[1984]], p. 1. Retrieved [[26 Januari]] [[2008]]</ref><ref>[http://www.faqs.org/docs/air/avf15_2.html#m4 F-15 in Saudi Service]</ref>
 
Tentera Udara A.S telah mengatur gerak pesawat versi F-15C, D dan E ke Teluk Parsi pada 1991 untuk menyokong [[Perang Teluk|Operasi Desert Storm]] dimana mereka mencapai 36 kemenangan dari 39 pertempuran udara ke udara. F-15E kebanyakan digunakan pada waktu malam, untuk memburu pelancar peluru berpandu SCUD yang diubahsuai dan tapak artileri menggunakan sistem LANTIRN.<ref name="Davies_31">Davies 2002, m/s. 31–40.</ref> Berdasarkan Tentera Udara A.S, F-15C disahkan telah memusnahkan 34 buah pesawat Iraq, kebanyakan dengan tembakan peluru berpandu: 5 buah MiG-29 "Fulcrum," 2 buah MiG-25 "Foxbat," 8 buah MiG-23 "Flogger," 2 buah MiG-21 "Fishbed," 2 buah [[Sukhoi Su-25|Su-25 "Frogfoot"]], 4 buah [[Sukhoi Su-22|Su-22 "Fitter"]], sebuah [[Sukhoi Su-7|Su-7]], 6 buah [[Mirage F1]], sebuah kapal terbang kargo [[Ilyushin Il-76|Il-76]], sebuah pesawat latihan [[Pilatus Aircraft|Pilatus]] [[Pilatus PC-9|PC-9]], dan 2 buah helikopter [[Mil Mi-8|Mi-8]]. Setelah penguasaan udara berjaya dikuasai dalam 3 hari pertama konflik, pesawat Iraq dilaporkan melarikan diri ke Iran dan tidak cuba secara aktif untuk menyerang pesawat A.S. Pesawat satu tempat duduk F-15C telah digunakan untuk menguasai ruang udara manakala pesawat F-15E pula digunakan untun serangan darat. F-15E kemudian berjaya memusnahkan helikopter Mi-8 Iraq dengan menggunakan bom panduan laser. 2 buah F-15E telah musnah disebabkan oleh tembakan dari darat dalam Perang Teluk 1991.<ref name="Maxwell">[http://afhra.maxwell.af.mil/avc/avc.asp U.S. Air Force Historical Research Agency].</ref> Sebuah lagi telah mengalami kerosakan di darat akibat serangan peluru berpandu SCUD ke atas pangkalan udara [[Dhahran]].<ref>[http://www.1stfighter.com/history/1991.html#prof 1st. Fighter Wing timeline]</ref>
 
Pesawat F-15 juga diatur gerak untuk menyokong [[Operasi Southern Watch]], meronda [[Zon Larangan Terbang Iraq|Zon Larangan Terbang]] di Selatan Iraq; [[Operasi Provide Comfort]] di [[Turki]]; menyokong operasi NATO di [[Bosnia dan Herzegovina|Bosnia]], dan baru-baru ini diatur gerak sebagai pasukan ekspedisi udara. Pada 1994, 2 buah helikopter [[UH-60 Black Hawk]] milik Tentera Darat A.S telah ditembak jatuh oleh F-15C milik Tentera Udara A.S kerana menyangka helikopter ini adalah helikopter Hind Iraq di Zon Larangan Udara di utara Iraq.<ref>[http://www.defenselink.mil/news/Jun1998/n06011998_9806017.html Meronda ruang udara Utara Iraq.</ref> F-15C juga menembak jatuh 4 buah pesawat MiG-29 Yugoslavia menggunakan peluru berpandu [[AIM-120 AMRAAM]] semasa penglibatan [[NATO]] pada 1999 di [[Kosovo]], dalam [[Operasi Allied Force]].<ref name="Maxwell"/>
[[Fail:ASAT missile launch.jpg|thumb|right|upright|Pelancaran ujian [[ASM-135]] ASAT.]]
 
Dari Januari 1984 hingga September 1986, 2 buah pesawat F-15A telah digunakan sebagai platform pelancaran bagi peluru berpandu [[persenjataan anti satelit|anti satelit]] [[ASM-135 ASAT|ASM-135]]. F-15A (76-0086 dan 77-0084) telah diubahsuai untuk membawa satu peluru berpandu ASM-135 di stesyen garis tengah dengan peralatan tambahan di antara pilon khas di garis tengah.<ref name="Jenkins_p31"> Jenkins 1998, m/s. 31.</ref> Pesawat lancaran akan berkelajuan pada Mach 1.22, 3.8G dan mendaki pada sudut 65° untuk melepaskan peluru berpandu anti satelit pada ketinggian 38,100 kaki (11.6 km). Komputer penerbangan telah dinaik upaya untuk mengawal kadar panjat dan pelancaran peluru berpandu. Ujian penerbangan ketiga melibatkan satelit komunikasi yang tidak digunakan di ketinggian 555 km di orbit, yang mana telah berjaya dimusnahkan oleh [[tenaga kinetik]]. Juruterbang pesawat Tentera Udara A.S, Mejar Wilbert D. "Doug" Pearson, menjadi satu-satunya juruterbang yang telah memusnahkan satelit.<ref>[http://www.af.mil/bios/bio.asp?bioID=6714 Biografi: Mejar General Wilbert D. "Doug" Pearson Jr., [[2 Ogos]] [[2006]].]</ref><ref name="asat">[http://www.svengrahn.pp.se/histind/ASAT/F15ASAT.html Kisah F-15 ASAT]</ref>
 
Peluru berpandu anti satelit telah direka sebagai senjata anti satelit pelancaran jauh, dengan pesawat F-15A bertindak sebagai tahap pertama. Program peluru berpandu anti satelit telah menglibatkan 5 kali ujian pelancaran; walaubagaimanapun, tidak diketahui samada peluru berpandu ini telah digunakan oleh A.S. Program ini secara rasminya ditamatkan pada 1988.<ref name="Jenkins_p31"/>
 
=== Disadaikan oleh Tentera Udara A.S ===
Kesemua pesawat F-15 telah disadaikan oleh Tentera Udara A.S selepas F-15C milik Pengawal Udara Kebangsaan Missouri terpisah dan terhempas semasa penerbangan padan [[2 November]] [[2007]]. Angkatan pesawat F-15E yang lebih baru kemudian dibenarkan untuk digunakan kembali. Tentera Udara A.S melaporkan pada [[28 November]] [[2007]] bahawa satu lokasi kritikal di bahagian atas [[longeron]] model F-15C disyaki menyumbang kepada kegagalan ini, menyebabkan fiuslaj hadapan di salur masuk udara, termasuk kokpit dan ''radome'', terpisah daripada kerangka pesawat.<ref name="image">[http://www.afa.org/magazine/feb2008/0208world.pdf Imej animasi] ''Air Force Magazine'' Februari 2008. Retrieved: [[7 Februari]] [[2008]]. Frames from an animated image by Boeing recreating the breakup are here.</ref>
 
Pesawat model F-15A hingga D telah diarahkan untuk disadaikan sehingga lokasi yang disyaki ini menjalani pemeriksaan terperinci dan pembaikan yang diperlukan.<ref>[http://www.acc.af.mil/news/story.asp?id=123077340 "Operasi pesawat F-15 model A-D diarahkan untuk pemeriksaan tambahan"], Tentera Udara A.S., [[28 November]] [[2007]].</ref> Pesawat F-15 yang tersadai mendapat perhatian media setelah ia memberi beban ke atas usaha-usaha mempertahankan ruang udara negara.<ref> Lindlaw, Scott. [http://news.yahoo.com/s/ap/20071226/ap_on_re_us/grounded_f15s;_ylt=AmfwONLeVDPbF_AXhoLWi.xeW7oF Penyadaian F-15 membebankan pertahanan udara A.S.]{{Dead link|date=July 2008}}Associated Press, [[26 Disember]] [[2007]].</ref> Penyadaian ini menyebabkan beberapa negeri bergantung pada pesawat pejuang negeri jiran untuk melindungi ruang udara, negeri [[Alaska]] pula bergantung pada sokongan Angkatan Tentera Udara Kanada.<ref>Lindlaw, Scott. [http://news.yahoo.com/s/ap/20071226/ap_on_re_us/grounded_f15s "F-15 grounding strains U.S. air defenses."]{{Dead link|date=July 2008}}Associated Press, [[26 December]] [[2007]].</ref>
 
Pada [[8 Januari]] [[2008]], Arahan Tempur Udara (ATU) Tentera Udara A.S membenarkan sebahagian angkatan pesawat model F-15A hingga D kembali ke status penerbangan. Ia juga mencadangkan pengoperasian terhad bagi unit-unit di seluruh dunia yang menggunakan model-model yang terjejas.<ref name="partial_return">[http://dailyreport.afa.org/NR/rdonlyres/B9B4D3A1-3CE6-473E-87ED-AFEA2E9C802D/0/afpn010908eagles.pdf "Arahan Tempur Udara membenarkan pesawat F-15 terpilih untuk penerbangan"]{{Dead link|date=July 2008}}, Air Force Print News, [[9 Januari]] [[2008]].</ref> Badan Kajian Kemalangan telah mengeluarkan laporan pada [[10 Januari]], [[2008]]. Laporan ini menyatakan bahawa analisis terhadap bangkai pesawat F-15C mendapati bahawa ''longeron'' tidak memenuhi spesifikasi lukisan, yang mana membawa kepada keretakan lesu dan akhirnya kegagalan yang membawa bencana terhadap struktur sokongan dan memecahkan pesawat semasa dalam penerbangan.<ref name="accident_report">[http://www.af.mil/news/story.asp?id=123081718 "Laporan kemalangan F-15 Eagle dikeluarkan"], Tentera Udara A.S, [[10 Januari]] [[2008]]. Retrieved: [[26 Januari]] [[2008]].</ref> Berdasarkan laporan yang dikeluarkan pada [[10 Januari]] [[2008]], 9 buah pesawat F-15 lain telah dikenal pasti mempunyai masalah yang serupa dengan ''longeron''. Ekoran masalah ini, Jeneral John D. W. Corley telah mengatakan bahawa "masa depan jangka panjang F-15 dipersoalkan."<ref> Buzanowski, J.G. [http://www.af.mil/news/story.asp?id=123081759 Pemimpin Tentera Udara membincangkan kemalangan dan masa depan F-15] Tentera Udara A.S, [[10 Januari]] [[2008]]. Retrieved: [[26 Januari]] [[2008]].</ref> Pada [[15 Februari]], [[2008]] ATU membenarkan kesemua pesawat F-15A-D untuk terbang kembali bergantung pada pemeriksaan, kajian semula kejuruteraan dan pembaikan yang diperlukan. ATU juga mencadangkan pelepasan bagi pesawat F-15A-D A.S. yang lain.
 
=== Masa depan ===
 
Peranan pesawat model F-15C/D dalam perkhidmatan Tentera Udara A.S akan diambil alih oleh [[F/A-22 Raptor|F-22 Raptor]]. Bagaimanapun, model F-15E akan terus digunakan beberapa akan datang disebabkan peranannya dalam misi udar ke permukaan dan jumlah jam penerbangan yang rendah bagi kerangka pesawatnya.<ref name="fighter_force"/> Pada [[26 September]] [[2006]], Pameran Teknologi dan Persidangan Udara dan Angkasa Persatuan Tentera Udara di [[Washington D.C.]], Tentera Udara A.S telah mengumumkan rancangan untuk meningkat upaya 178 buah pesawat F-15C dengan radar [[AN/APG-63(V)3]] AESA. Selain itu, Tentera Udara juga merancang untuk menaingkat upaya angkatan pesawat F-15 dengan [[Joint Helmet Mounted Cueing System]] (JHMCS).<ref>[http://www.spacewar.com/reports/Air_Force_Will_Get_New_Bomber_Upgrades_To_Fighters_999.html Air Force Will Get New Bomber, Upgrades To Fighters], Spacewar.com, 5 Oktober 2006.</ref> Tentera Udara A.S kemudian menganugerahkan kontrak kepada firma Boeing untuk memasang semula pesawat F-15C dengan radar [[Radar APG-63 dan APG-70|AN/APG-63(V)3]] [[Jujukan Pengimbas Elektronik Aktif|AESA]] dan penghantaran akan bermula pada awal 2009.<ref>[http://www.boeing.com/news/releases/2007/q4/071009c_nr.html "Boeing dianugerahkan kontrak bernilai AS$ 70 juta untuk mempertingkatkan radar F-15C"], Boeing, [[9 Oktober]] [[2007]].</ref> Tentera Udara akan terus menggunakan 178 buah pesawat F-15C dan 224 buah pesawat F-15E dalam perkhidmatannya selepas 2025.<ref name="fighter_force"/>
 
== Kelainan ==
Pada [[22 November]] [[1995]], semasa latihan pemintasan udara di atas Laut Jepun, sebuah pesawat F-15J secara tidak sengaja telah ditembak dengan peluru berpandu Sidewinder [[AIM-9L]] oleh rakan sepelatih. Juruterbang, Lt. Tatsumi Higuchi berjaya melenting keluar daripada pesawat. Kedua-dua F-15J yang terlibat adalah dari Skuadron ke-303, Pangkalan Tentera Udara Komatsu.<ref> [http://www.ejection-history.org.uk/Aircraft_by_Type/f-15.htm#jasdf F-15 Eagle Losses and Ejections] Retrieved: [[2 March]] [[2008]]. </ref>
 
Pada [[2 November]] [[2007]], sebuah F-15C yang berusia 25 tahun (no. siri 80-0034 dari [[Sayap Pejuang ke-131]]) terhempas semasa melakukan latihan pertempuran udara berdekatan [[St. Louis, Missouri]]. Juruterbang, Mej. Stephen W. Stilwell, berjaya melenting keluar tetapi mengalami kecederaan serius. Kejadian ini disebabkan kegagalan struktur pesawat yang pecah semasa dalam penerbangan. Pada [[3 November]] [[2007]], kesemua model F-15 kritikal bukan misi dilarang dari diterbangkan sehingga keputusan penyiasatan kemalangan diketahui,<ref>[http://www.af.mil/news/story.asp?id=123074547 Air Force suspends some F-15 operations], U.S. Air Force, [[4 November]] [[2007]].</ref> dan pada hari berikutnya, pesawat F-15 kritikal bukan misi yang digunakan di Timur Tengah pula disadaikan.<ref>[http://www.cnn.com/2007/US/11/05/f15.grounding/ "Air Force grounds F-15s in Afghanistan after Missouri crash"], CNN, [[5 November]] [[2007]].</ref> Sehingga [[13 November]] [[2007]], lebih daripada 1,100 buah disadaikan setelah Israel, Jepun dan Arab Saudi melarang pesawat F-15 mereka dari diterbangkan.<ref>Warwick, Graham. [http://www.flightglobal.com/articles/2007/11/13/219288/f-15-operators-follow-usaf-grounding-after-crash.html "F-15 operators follow USAF grounding after crash."] ''Flight International'', [[14 November]] [[2007]].</ref> Pesawat F-15E kemudian dibenarkan untuk digunakan pada [[15 November]] [[2007]] setelah pesawat ini melepasi pemeriksaan.<ref>[http://www.af.mil/news/story.asp?id=123076059 "Officials begin to clear F-15Es to full-mission status"], U.S. Air Force, [[15 November]] [[2007]].</ref> Pada [[8 Januari]] [[2008]], Tentera Udara A.S membenarkan 60% daripada angkatan pesawat F-15AD kembali digunakan.<ref name="partial_return"/> Pada [[10 Januari]] [[2008]], badan kajian kemalangan mengeluarkan laporan yang menyatakan bahawa kemalangan pada [[2 November]] [[2007]] berkait dengan [[longeron]] yang tidak memenuhi spesifikasi lukisan.<ref name="accident_report"/> Tentera Udara A.S membenarkan kesemua pesawat F-15AD yang tersadai untuk digunakan semula pada [[15 Februari]] [[2008]] bergantung kepada pemeriksaan, kajian dan pembaikan yang perlu. Pada Mac 2008, Stilwell, juruterbang yang cedera, telah memfailkan sama ke atas Boeing, pengeluar pesawat F-15.<ref>[http://www.cnn.com/2008/US/03/25/pilot.lawsuit/index.html?iref=mpstoryview Lawsuit]</ref>
 
== Spesifikasi (F-15C Eagle) ==
* Crickmore, Paul. ''McDonnell Douglas F-15 Eagle'' (Classic Warplanes series). New York: Smithmark Books, 1992. ISBN 0-8317-1408-5.
* Davies, Steve. ''Combat Legend, F-15 Eagle and Strike Eagle''. London: Airlife Publishing, Ltd., 2002. ISBN 1-84037-377-6.
* Drendel, Lou. ''Eagle'' (Modern Military Aircraft Series). Carrollton, Texas: Squadron/Signal Publications, 1985. ISBN 0-89747-168-1
* Drendel, Lou and Don Carson.'' F-15 Eagle in action''. Carrollton, Texas: Squadron/Signal Publications, 1976. ISBN 0-89747-023-0.
* Eden, Paul and Soph Moeng, eds. ''The Complete Encyclopedia of World Aircraft''. London: Amber Books Ltd., 2002. ISBN 0-7607-3432-1.
* Fitzsimons, Bernard. ''Modern Fighting Aircraft, F-15 Eagle''. London: Salamander Books Ltd., 1983. ISBN 0-86101-182-1.
* Gething, Michael J. ''F-15 Eagle'' (Modern Fighting Aircraft). New York: Arco, 1983. ISBN 0-668-05902-8.
== Pautan luar ==
{{Commons|F-15 Eagle}}
* [http://www.af.mil/factsheets/factsheet.asp?id=101 F-15 Eagle USAF Fact Sheet]
* [http://www.boeing.com/history/mdc/eagle.htm F-15 Eagle history page on Boeing.com]
* [http://oea.larc.nasa.gov/PAIS/Partners/F_15.html F-15 page on NASA Langley site]
[[ro:F-15 Eagle]]
[[ru:McDonnell Douglas F-15 Eagle]]
[[sq:McDonnell Douglas F-15 Eagle]]
[[simple:F-15 Eagle]]
[[sl:McDonnell Douglas F-15 Eagle]]
75,727

suntingan