Sebastian Vettel: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Sunting puncak
Baris 36:
Vettel memulakan kerjayanya dengan perlumbaan kart pada tahun 1995, dan memenangi pelbagai kejuaraan termasuk Junior Monaco Kart Cup pada tahun 2001. Pada tahun 2003, beliau beralih kepada perlumbaan kereta roda terbuka dan memenangi Formula BMW Jerman 2004 dengan 18 kemenangan daripada 20 perlumbaan. Pada tahun 2005, beliau memandu untuk ASL Mucke Motorsport dalam Formula Three Euroseries.
 
Vettel menjadi naib juara dalam kejuaraan Formula Three Euroseries 2006, di belakang juara dan rakan sepasukan, [[Paul di Resta]]. Beliau juga membuat penampilan sulungnya dalam kejuaraan World Series by Renault di Misano. Beliau memenangi perlumbaan tersebut selepas [[Pastor Maldonado]] disingkirkan.<ref>{{cite news| title =WS: Misano 2006 – Maldonado disingkirkan, Vettel menang.| publisher =crash.net| url =http://www.crash.net/feature_view~t~WS--Misano-2006---Maldonado-DQ-gives-Vettel-win-~cid~7~id~9702.htm| date =17 Julai 2006| accessdate =1 Jun 2007}}</ref> Bagaimanapun, pada perlumbaan seterusnya di [[Circuit de Spa-Francorchamps|Spa-Francorchamps]], Vettel hampir kehilangan jarinya disebabkan serpihan yang terbang dalam sebuah kemalangan, dan beliau dijangka untuk direhatkan untuk beberapa perlumbaan. Walaubagaimanapun, beliau berjaya untuk bersaing dalam Ultimate Masters F3 di Zandvoort pada hujung minggu berikutnya dan mendapat tempat keenam. Beliau juga menetapkan masa pusingan terpantas yang ketiga dan ia mengejutkan ketua pasukan ASM, Frédéric Vasseur. Vasseur berkata: "Saya pasti kagum, kerana pada awal minggu ini, saya pasti dia tidak dapat berlumba tetapi beliau menunjukkan kadar yang baik daripada sesi latihan pertama. Saya tidak dapat membayangkan dia sihat 100 peratus tetapi sekurang-kurangnya kita tahu bahawa kita boleh menjadi lebih berdaya saing dalam perlumbaan Euroseries seterusnya pada hujung minggu depan di [[Nürburgring]], itu yang penting. "
 
Vettel bersaing dalam kejuaraan World Series by Renault pada tahun 2007, dan mengambil kemenangan pertamanya di Nürburgring. Beliau sedang mendahului kejuaraan tersebut semasa beliau telah dipanggil untuk berlumba dalam Formula Satu. Selapas Vettel meninggalkan siri dunia tersebut, tempatnya diambil oleh Michael Ammermüller.<ref>{{cite news| title =Ammermuller mengantikan Vettel di pasukan Carlin| publisher =autosport.com| url =http://www.autosport.com/news/report.php/id/61531| date =15 Ogos 2007| accessdate =19 Ogos 2007}}</ref>