Undang-undang kontrak Inggeris: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alistaire (bincang | sumb.)
Alistaire (bincang | sumb.)
Baris 35:
[[File:Cruikshank - Anglo Parisian Salutations.png|thumb|left|250px|Seseorang Inggeris dan seseorang Perancis berjebat tangan memeterai perjanjian.]]
{{see also|Undang-undang tort Inggeris|Undang-undang pengayaan tidak adil Inggeris|Undang-undang amanah Inggeris}}
Pada hakikatnya, satu kontrak adalah satu perjanjian yang diiktiraf undang-undang sebagai mewujudkan obligasi-obligasi yang boleh dikuatkuasakan.<ref>See G Treitel, ''The Law of Contract'' (2003) 1, ‘A contract is an agreement giving rise to obligations which are enforced or recognised by law.’ J Beatson, ''Anson’s Law of Contract'' (OUP 2002) 73, ‘English law does not regard a bare promise or agreement as legally enforceable but recognises only two kinds of contract, the contract made by deed, and the simple contract. A contract made by deed derives its validity neither from the fact of the agreement nor because it is an exchange but solely from the form in which it is expressed. A simple contract as a general rule need not be made in any special form, but requires the presence of consideration which… broadly means that something must be given in exchange for a promise.’ [[American Law Institute]], [[Restatement (2d) of Contracts]], ‘A contract is a promise or set of promises for the breach of which the law gives a remedy, or the performance of which the law in some way recognises as a duty.’</ref> Berlainan dengan [[tort]] dan [[pengayaan tidak adil]], kontrak lazimnya dilihat sebagai sebahagian undang-undang obligasi yang melibatkan janji-janji sukarela, dan selaras dengan itu meletakkan keutamaan tinggi pada anggapan bahawa hanya perjanjian yang mana orang perseorangan telah memberikan [[keizinan]] sebenar mereka akan dikuatkuasakan mahkamah. Meskipun tidak selalu jelas apabila pihak-pihak menyetujui sesuatu, undang-undang Inggeris mengambil pendekatan melihat tindak-tanduk seseorang yang secara ketaranya mahu mengikat dirinya kepada janjinya, dan kemudian menguatkuasakan janjinya terhadap orang berkenaan.<ref>See ''[[Smith v Hughes]]'' (1871) LR 6 QB 597, per Blackburn J. See also, ''[[Williams v. Walker-Thomas Furniture Co.]]'', 350 F 2d 445 (CA DC 1965) per [[J. Skelly Wright|Wright J]] using the phrase "objective manifestation of consent".</ref> Tetapi tidak semua persetujuan, meskipun jelas isi kandungannya, dianggap boleh dikuatkuasakan. Terdapatnya tanggapan yang boleh dibalas bahawa orang keseorangan tidak secara amnya mahukan penguatkuasaan undang-undang terhadap persetujuan-persetujuan yang dibuat secara sosial. Prinsip amnya adalah bahawa kontrak tidak perlu mengikut format khusus, seperti secara tulisan, melainkan apabila statut menghendakinya dalam keadaan transaksi besar-besaran seperti jual beli hartanah.<ref>e.g. [[Law of Property (Miscellaneous Provisions) Act 1989]] s 2(1)</ref> Sebagai tambahan dan sebagai pembezaan terhadap sistem-sistem undang-undang sivil, undang-undang ''common law'' Inggeris menghendaki semua pihak membawa sesuatu yang bernilai atau "[[Tukaran dalam undang-undang Inggeris|tukaran]]" dalam rundingan. Syarat lama ini mempunyai beberapa pengecualian, terutamanya apabila pihak terlibat ingin meminda persetujuan mereka, melalui duluan mengikat dan doktrin [[ekuiti]] [[janji estopel]]. Tambahan pula reformasi yang dibawa statut dalam bentuk [[Akta Kontrak (Hak-hak Pihak Ketiga) 1999]] membenarkan pihak ketiga menguatkuasakan penikmatan suatu perjanjian yang tidak semestinya dibayar mereka apabila pihak-pihak asal perjanjian tersebut membenarkan mereka berbuat demikian.
 
===Persetujuan===