Undang-undang kontrak Inggeris: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alistaire (bincang | sumb.)
Alistaire (bincang | sumb.)
Baris 79:
 
Disebabkan Akta berkenaan tidak memberi kesan kepada hak penerima untuk menguatkuasakan kontrak disisi ''common law'',<ref>[[CRTPA 1999]] s 4</ref> isu yang masih belum disentuh adalah setakat mana seseorang penerima dibenarkan menuntuk ganti rugi bagi pihak ketiga, sekiranya dia sendiri tiada mengalami kerugian. Dalam kes ''[[Jackson lwn Horizon Holidays Ltd]]'',<ref>[1974] [http://www.bailii.org/ew/cases/EWCA/Civ/1974/12.html EWCA Civ 12]</ref> Lord Denning MR memutuskan bahawa seorang bapa boleh menuntut ganti rugi disebabkan kekecewaan (lebih daripada kerugian kewangan yang dialami) suatu pengalaman percutian yang tidak menyeronokkan bagi pihak keluarganya. Tetapi majoriti Dewan Pertuanan dalam kes ''[[Woodar Investment Development Ltd lwn Wimpey Construction UK Ltd]]''<ref>[http://www.bailii.org/uk/cases/UKHL/1980/11.html UKHL 11]</ref> tidak menyetujui kebolehan meluas satu pihak terlibat menuntut ganti rugi bagi pihak ketiga, kecuali buat beberapa jenis kontrak pengguna. Terdapat ketidaksetujuan sama ada keadaan ini masih berkekalan kini.<ref>See ''[[The Albazero]]'' [1977] AC 774, 847 per [[Lord Diplock]] and ''[[Alfred McAlpine Construction Ltd v Panatown]]'' [2001] 1 AC 518, 538 per Lord Goff</ref> Terdapat juga kesukaran dalam kes-kes yang melibatkan rumah-rumah yang punyai kerosakan, yang dijual kepada pembeli, yang kemudiannya menjual kepada pihak ketiga. Nampaknya pembeli pertama mahupun pihak ketiga dapat menuntut di bawah Akta ini, sebab mereka tidak lazimnya diidentifikasikan oleh kontrak pertama (atau diketahui) secara terdahulu.<ref>See ''[[D&F Estates Ltd v Church Commissioners for England and Wales]]'' [1989] AC 177 and ''[[Linden Gardens Trust Ltd v Lenesta Sludge Disposals]]'' [1993] [http://www.bailii.org/uk/cases/UKHL/1993/4.html UKHL 4]. Contrast ''[[Dutton v Bognor Regis Building Co Ltd]]'' [1972] 1 QB 373, where Lord Denning MR found no difficulty in granting a transmissible warranty of fitness for a building, but overruled by the House of Lords in ''D&F Estates''. See also ''[[Junior Books Limited v Veitchi Company Limited]]'' [1982] [http://www.bailii.org/uk/cases/UKHL/1982/4.html UKHL 4]</ref> Selain daripada situasi berkait [[tort]] ini, dalam amalan kebiasaan, doktrin priviti tidak diendahkan dalam beberapa situasi, seperti dalam undang-undang [[amanah]] dan [[agensi (undang-undang)|agensi]].
 
===Agensi===
{{main|Agensi dalam undang-undang Inggeris}}
Dalam kes ''[[Watteau lwn Fenwick]]'',<ref>[1893] 1 QB 346</ref> Lord Coleridge CJ menduduki ''Queen's Bench'' bersehaluan dengan pendapat oleh Wills J bahawa seorang pihak ketiga boleh menyalahkan prinsipal yang tidak dikenalinya apabila dia menjual rokok kepada agen yang bertindak melampaui batasannya. Wills J memutuskan bahawa "prinsipal bertanggungjawab untuk semua perbuatan agennya yang dalam kuasa lingkungan yang diberikan kepada agen sebegitu, dengan tidak mengira batasan, antara prinsipal dan agennya, yang diletakkan terhadap kuasa itu." Keputusan ini dikritik dan diragui,<ref>e.g. GHL Fridman, 'The Demise of Watteau v Fenwick: Sign-O-Lite Ltd v Metropolitan Life Insurance Co' (1991) 70 Canadian Bar Review 329</ref> tetapi tidak dihapuskan sepenuhnya, di Britain. Ia kadangkala dirujuk sebagai "kuasa lazim" (tetapi bukan dalam maksud yang digunakan oleh Lord Denning MR dalam kes ''Hely-Hutchinson'', yang mana ia sama dengan "kuasa sebenar yang diimplikasikan"). Ia diterangkan sebagai sejenis kuasa yang kenampakan jelas, atau "kuasa agensi yang sedia ada".
 
==Lihat juga==