Undang-undang kontrak Inggeris: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alistaire (bincang | sumb.)
Alistaire (bincang | sumb.)
Baris 83:
{{main|Agensi dalam undang-undang Inggeris}}
Dalam kes ''[[Watteau lwn Fenwick]]'',<ref>[1893] 1 QB 346</ref> Lord Coleridge CJ menduduki ''Queen's Bench'' bersehaluan dengan pendapat oleh Wills J bahawa seorang pihak ketiga boleh menyalahkan prinsipal yang tidak dikenalinya apabila dia menjual rokok kepada agen yang bertindak melampaui batasannya. Wills J memutuskan bahawa "prinsipal bertanggungjawab untuk semua perbuatan agennya yang dalam kuasa lingkungan yang diberikan kepada agen sebegitu, dengan tidak mengira batasan, antara prinsipal dan agennya, yang diletakkan terhadap kuasa itu." Keputusan ini dikritik dan diragui,<ref>e.g. GHL Fridman, 'The Demise of Watteau v Fenwick: Sign-O-Lite Ltd v Metropolitan Life Insurance Co' (1991) 70 Canadian Bar Review 329</ref> tetapi tidak dihapuskan sepenuhnya, di Britain. Ia kadangkala dirujuk sebagai "kuasa lazim" (tetapi bukan dalam maksud yang digunakan oleh Lord Denning MR dalam kes ''Hely-Hutchinson'', yang mana ia sama dengan "kuasa sebenar yang diimplikasikan"). Ia diterangkan sebagai sejenis kuasa yang kenampakan jelas, atau "kuasa agensi yang sedia ada".
 
==Penafsiran==
{{main|Terma kontrak dalam undang-undang Inggeris}}
[[File:Crystal Palace - Queen Victoria opens the Great Exhibition.jpg|thumb|left|300px|Sementara [[Pameran Besar 1851]] menggariskan kemuncak dagangan industri [[Empayar British]], undang-undang Inggeris mewujudkan teori [[kebebasan berkontrak]], melihat polisi terbaik sebagai polisi ''[[laissez faire]]''.<ref>e.g. Lord Jessel MR in ''[[Printing and Numerical Registering Co v Sampson]]'' (1875) 19 Eq 462, 465</ref>]]
Sekiranya ada perjanjian - iaitu kontrak - yang wujud, ciri-ciri terma kontrak penting sekiranya satu pihak telah melanggari persetujuannya. Terma-terma suatu kontrak adalah apa yang [[dijanjikan]]. Tetapi ia terpulang kepada mahkamah-mahkamah untuk [[menafsir]] bahan bukti apa yang pihak-pihak menyatakan sebelum kontrak termeterai, dan menafsirkan terma-terma yang dipersetujui. Penafsiran kontrak mula dengan janji-janji nyata yang pihak-pihak terlibat berkata sesama mereka, tetapi dapat dijumpai dalam dokumen-dokumen atau notis-notis. Peraturan am untuk kemasukan terma-terma dalam perjanjian adalah bahawa notis wajar terma berkenaan perlu, dan lebih banyak notis diperlukan untuk terma yang membebankan. Maksud terma-terma itu kemudiannya mesti ditafsir, dan pendekatan moden adalah untuk menafsir maksud perjanjian dari perspektif seseorang wajar yang mengetahui akan kesemua [[Konteks (penggunaan bahasa)|konteks]] perjanjian berkenaan. Mahkamah-mahkamah dan juga perundangan berkemungkinan menyiratkan terma-terma dalam kontrak secara amnya untuk 'menutup jurang' sebagaimana diperlukan untuk menepati jangkaan-jangkaan munasabah pihak-pihak terlibat, atau sebagai sampingan mengikut keperluan kontrak spesifik. Undang-undang Inggeris sejak abad ke-19 berpandukan prinsip ''[[laissez faire]]'' "[[kebebasan berkontrak]]" maka dalam undang-undang am kontrak, sesiapa pun boleh menyetujui apa jua terma dan syarat yang disukai. Secara kontranya, sebilangan jenis kontrak, terutama bagi [[pengguna]], [[pekerja]] dan [[penyewa]] dipinda untuk memastikan piawaian minima hak, yang kebanyakannya didapati dari statut, yang bertujuan mendapat kesinambungan terma-terma kontrak. Evolusi undang-undang kes dalam abad ke-20 secara amnya menunjukkan perbezaan ketara antara kontrak antara pihak-pihak komersil dan antara pihak-pihak yang [[ketidaksenambungan kuasa rundingan|kuasa rundingan mereka tidak seimbang]],<ref>See in particular ''[[George Mitchell (Chesterhall) Ltd v Finney Lock Seeds Ltd]]'' [1983] QB 284 and ''[[Johnson v Unisys Ltd]]'' [2001] UKHL 13</ref> disebabkan dalam hal transaksi antara golongan ini, kebolehan untuk memilih yang sebenar terjejas disebabkan kekurangan [[persaingan]] di [[pasaran]]. Maka, sesetengah terma tidak adil boleh dibuat tidak menjadi dibawah [[Akta Terma Kontrak Tidak Adil 1977]] atau [[Peraturan-Peraturan Terma Tidak Adil dalam Kontrak Pengguna 1999]] dan boleh dibuang boleh mahkamah-mahkamah dengan bantuan administratif [[Pejabat Perniagaan Adil]].
 
==Lihat juga==