Khulafa al-Rasyidin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
EmausBot (bincang | sumb.)
k r2.7.2+) (bot mengubah: eo:Kvar Justaj Kalifoj
Baris 27:
Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya [[Saidina Abu Bakar]] mengimamkan [[solat]] orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan [[Ansar]] dan [[Muhajirin]] ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.
 
Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana Saidina Ali antaranya ialah golongan [[Syiah]]. Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaiahkan Saidina Abu Bakar. Antara kejayaan yang diperoleh Saidina Abu Bakar ialah melancarkan kempen untuk menghapuskan golongan ''Riddah'' dan nabi palsu dalam siri [[Peperangan Islam-Riddah]], pengumpulan [[Al Quran]], dan berjaya menawan beberapa kawasan milik [[Empayar Parsi]] dan [[Byzantine]].
 
Beliau wafat pada tahun [[634]].