Sonno joi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alistaire (bincang | sumb.)
Alistaire (bincang | sumb.)
Baris 11:
 
==Pengaruh==
Dengan kemasukan kapal-kapal asing yang bertambah di laut Jepun pada akhir kurun ke-18 dan 19, polisi [[sakoku|penyendirian nasional]] semakin dipersoalkan. Maka ''jōi'' (tentang penjajah) dari istilah ''sonnō jōi'', menjadi reaksi terhadap [[Perjanjian Kanagawa]], yang membuka Jepun kepada perdagangan asing pada tahun 1853. Disebabkan ancaman ketenteraan [[Matthew Perry (pegawaiC. laut)Perry|Matthew Perry]] yang bergelar "kapal-kapal hitam", perjanjian itu ditandatangani secara paksaan dan ditentang hebat oleh golongan ''[[samurai]]''. Hakikat bahawa [[Tokugawa bakufu]] tidak mampu bertindak terhadap orang luar meskipun kehendak Maharaja jelas diambil sebagai bukti oleh [[Yoshida Shōin]] dan pemimpin-pemimpin anti-Tokugama yang lain bahawa ''sonnō'' (hormati Maharaja) tidak berkesan dan bahawa [[Tokugawa bakufu|bakufu]] mesti digantikan oleh kerajaan yang lebih setia terhadap Maharaja dengan menguatkuasakan kehendak Maharaja.
 
Falsafah ini kemudiannya diadaptasikan sebagai slogan perjuangan provins-provins [[Domain Chōshū|Chōshū]] dan [[Provins Satsuma|Satsuma]]. Kerajaan pusat di [[Kyoto]] seperti yang dijangka bersimpati terhadapnya. [[Maharaja Kōmei]] secara peribadinya menyetujui sentimen-sentimen itu, dan kemudiannya bertidak di luar tradisi moyangnya dengan mengambil minat dalam urusan pentadbiran kerajaan: apabila peluang muncul, dia menentang perjanjian-perjanjian itu dan cuba masuk campur dalam pelantikan shogun. Tindakan-tindakannya mencapai kemuncak pada tahun 1863 dengan "[[Perintah untuk menghalau penjajah]]" ({{lang|ja|攘夷勅命}}). Walaupun Shogun tidak mahu menguatkuasakan perintah itu, ia mencanangkan serangan-serangan terhadap kerajaan Shogun sendiri dan juga terhadap orang asing di Jepun dengan insiden paling terkenal pembunuhan pedagang Inggeris [[Charles Lennox Richardson]] kerana tidak menghormati daimyo. Kerajaan Tokugawa dipaksa membayar indemniti seratus ribu [[pound sterling]] disebabkannya.<ref>Jansen, pp. 314-5.</ref> Terdapat juga serangan-serangan terhadap kapal-kapal asing di [[Shimonoseki]].<ref>Hagiwara, p. 35.</ref> Semurai tidak bertuan (''[[ronin]]'') juga turut melibatkan diri mereka dengan membunuh pegawai-pegawai Shogun dan orang-orang Barat.