'''Usia Silures'''<ref>[http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=silures Silures] Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP</ref> merupakan era ketiga Zaman Paleozoik (438 hingga 410 juta tahun dahulu). Cuaca Zaamn Silures lebih panas berbanding Zaman Ais pada akhir [[Ordovisi (usia)|Usia Ordovisi]] dan hidupan terus membiak. Di samping itu, paras laut meningkat dan daratan baru muncul akibat perlanggaran plat tektonik. Justeru, tumbuhan mampu hidup dan membiak di daratan dengan adanya rantaian makanan di daratan.
== Benua Usia Silures ==
Benua [[Gondwana]] berada di hemisfera selatan seperti di [[Usia Ordovisi]] manakala [[Siberia]] pula berada 180 darjah daripada kedudukan sekarang. Di antara benua [[Laurentia]] dan [[Baltica]] adalah [[Atlantik Lama]] (kemudian berpecah pada hujung Usia Silures dan menjadi [[Euromerica]]).
== Apakan ciri-ciri organisma pada Usia Silurea? ==
Hidupan Zaman Silurian ialah haiwan tanpa tulang belakang seperti [[Graptolit]], [[Euripterid]] dan jenis bercangkerang. Bagaimanapun, nautilius dan trilobit yang banyak di Zaman Ordovician semakin berkurang. Selain itu, haiwan vertebrat mula muncul terutama ikan bertulang rahang seperti akatodia. Haiwan seperti serangga dan labah-labah juga muncul.
== Haiwan-haiwan baru pada Usia Silures ==
* [[Climatius]]
* [[Pneumodesmus newmani]]
* [[Tapak sulaiman]]
* [[Tarphycerida]]
* [[Pterygotus]]
* [[Pentamerus]]
* [[Cheiracanthus]]
== Rujukan ==
{{reflist}}
== Pautan luar ==
{{Kategori Commons|Silurian}}
* [http://www.geo-lieven.com/erdzeitalter/silur/silur.htm Contoh fosil di Usia Silures]