Gundam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Orcaz (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Orcaz (bincang | sumb.)
Kemas kini (alih bahasa), buang tunas, buang infobox (tidak perlu)
Baris 1:
{{nihongo|'''''Gundam'''''|ガンダム|Gandamu}} ialah satu metasiri [[anime]] yang menampilkan robot gergasi atau "[[mecha]]" yang dipanggil "''mobile suit''", dan direka oleh [[Sunrise Inc.|Sunrise]].
{{Infobox animanga/Header|

| title_name = Gundam
Metasiri ini bermula dengan siri anime ''Mobile Suit Gundam'' yang mula disiarkan pada 7 April 1979. Dari situ, siri ini berkembang dengan pelbagai francais yang merangkumi pelbagai media - OVA, novel, manga dan juga media lain. Cerita asal yang disiarkan pada tahun 1979 ini, telah dikembangkan dengan sambungan, pendahulu, kisah sampingan dan juga garis masa yang berlainan. Ini menjadikan Gundam sebagai satu metasiri.
| image =

| caption = RX-78-2 Gundam (Art by Katoki Hajime)
Siri Gundam yang berlainan garis masa secara kasarnya tidak berkait antara satu sama lain, tetapi terdapat beberapa siri anime dan manga yang mengaitkan semua garis masa seperti dalam siri ''Turn A Gundam''.<ref>Turn A Gundam "Moon's Wind", Gundam Ace, 2006</ref>
| ja_name = ガンダム

| ja_name_trans = Gundam
Selain itu kemunculan model plastik Gundam atau ''Gunpla'', telah menjadikan siri ini sebagai salah satu siri yang terkenal.
| genre = [[Mecha]], Drama

==Umum==
{{Infobox animanga/Footer}}
===Konsep===
Siri Gundam boleh dikatakan dibangunkan oleh pengarah animasi terkenal, ''Tomino Yoshiyuki''. Siri turut melibatkan sekumpulan staf dari Sunrise yang digelar dengan nama samaran ''Yatate Hajime''.

Semasa di peringkat konsep, siri ini bernama ''Freedom Fighter Gunboy'' (''Gunboy'') kerana pistol yang dilengkapi untuk mecha tersebut, dan sasaran penonton mereka adalah kanak-kanak lelaki berumur 7 hingga 18 tahun ([[shōnen]]). Yatate, kumpulan yang terlibat dalam produksi ini menggabungkan perkataan "{{nihongo|gun|ガン|gan}}" dan "{{nihongo|freedom|フリーダム|Furīdamu}}" menjadikannya "{{nihongo|Gundom|ガンダム|gandamu}}". Tomino menukar tajuk kepada nama baru ini dengan menyatakan Gundam menandakan unit yang hebat, serta memegang pistol boleh menahan musuh seperti empangan hidroelektrik yang menahan air.

Kebanyakan Gundam adalah "''kenderaan''" yang besar, berkaki dua yang dikawal oleh pemandu manusia dari dalam kokpit. Kebanyakan "''mobile suit''" ini mempunyai kokpit di bahagian dada mesin dengan kamera terbina didalam bahagian "''kepala''" untuk menghantar imej ke kokpit dan tidak boleh bergerak mahupun berfikir dengan sendirinya. Walaubagaimanapun, ''Psyco Gundam'' mempunyai kokpit di bahagian "''kepala''" dan ''Superior Gundam'' mempunyai [[kecerdasan buatan]] (artificial intelligence/AI) yang bernama ''A.L.I.C.E''.

===Plot Penceritaan===
Setiap siri dalam metasiri Gundam ini mempunyai latar cerita yang berlainan mengikut garis masa yang digunakan. Secara asasnya, robot-robot besar atau mecha yang dipanggil "mobile suit" yang muncul dalam siri ini ditonjolkan sebagai salah satu persenjataan sahaja. Disebabkan kelainan jalan cerita yang ditetapkan, siri ini berjaya mendapat peminat di luar golongan sasar dan mendapat tempat di hati penonton dewasa. Ini memberi kesan yang ketara dan dapat dilihat pada anime-anime robot yang keluar selepas siri ini.

Kebanyakan karya Gundam tidak menetapkan pihak baik mahupun baik, sebaliknya ia banyak menceritakan mengenai manusia yang berperang sesama sendiri.Seringkali watak utamanya adalah remaja yang terheret dalam kancah peperangan, menaiki mobile suit dan menyertai peperangan secara terpaksa. Selepas itu, watak utama akan diserapkan ke dalam tentera. Pihak lawan juga bukanlah lawan tunggal (seperti raksasa ataupun makhluk jahat seperti dalam anime lain) sebaliknya satu organisasi seperti negara atau tentera. Malah di pihak lawan juga terdapat kanak-kanak yang terheret ke dalam kancah peperangan seperti watak utama. Babak-babak ngeri peperangan seperti pembunuhan beramai-ramai dengan penjatuhan koloni dan gas beracun banyak dipaparkan dalam siri ini.

Kebanyakan dunia dalam Gundam, manusia telah tinggal di koloni-koloni angkasa lepas dengan Bumi mempunyai kuasa politik yang besar. Tetapi keamanan tidak dapat dikawal dan kekacauan telah ditimbulkan oleh pelbagai pihak yang menghasilkan peperangan. Dalam Gundam, manusia tinggal dalam lingkungan orbit Bulan dan paling jauh adalah [[Musytari|Planet Musytari]].

===Inovasi===
Gundam dikatakan telah menerajui anime "''Real Robot''" yang bermaksud anime mecha dengan elemen realistik.

Tidak seperti anime robot yang lain, Gundam cuba mendekati realiti dalam rekaan robot dan persenjataan dengan memaparkan kehabisan tenaga atau peluru dan juga kerosakan pada mesin membuatkan setiap mesin perlu diselenggara setiap masa. Teknologi yang ditampilkan juga adalah praktikal dan kebanyakannya menggunakan istilah sains angkasa yang sebenar (seperti koloni yang terletak di ''Titik Langrange'') selain unsur-unsur fiksyen seperti ''zarah Minovsky''.

Garis masa Universal Century mempunyai penceritaaan yang agak lengkap dengan menceritakan kepentingan membina senjata yang berupa robot untuk pertarungan jarak dekat dimana zarah Minovsky telah membuatkan senjata-senjata seperti peluru berpandu jarak jauh dan meriam laser kurang berkesan dan sistem amaran awal boleh dikatakan lumpuh. Selain itu, robot membuatkan pergerakan dalam graviti sifar lebih mudah dan juga sesuai semasa pembinaan di angkasa.
===Sistem Kalendar===
Dalam kebanyakan siri dan juga siri terawal Gundam, berlaku dalam era ''Universal Century'' (UC). Walaubagaimanapun, siri Mobile Fighter G Gundam menggunakan sistem kalendar yang berlainan. Sejak itu, muncul beberapa sistem kalendar yang lain yang tidak ada kene-mengena dengan UC. Dengan menggunakan sistem kalendar selain UC, siri tersebut mempunyai tahap kebebasan kreativiti yang tinggi kerana tidak terikat dengan peristiwa dan sejarah dalam UC.

Peminat Gundam di Jepun menyifatkan Siri Gundam sebenar hanya berlaku dalam garis masa Universal Century. Selain itu, mereka memanggil gundam selain garis masa Universal Century sebagai "Gundam lain". Siri Gundam dalam Cosmic Era digelar sebagai Gundam versi abad ke-21 (merujuk pada Gundam pertama, Mobile Suit Gundam).

Peminat-peminat yang lama banyak menyukai Gundam dalam Universal Century, manakala Cosmic Era berjaya menarik peminat baru. Dikalangan peminat Gundam, peminat Cosmic Era boleh dikatakan peminat yang setahun jagung kerana kebanyakan peminat Cosmic Era hanya mengethui Gundam dalam Cosmic Era sahaja.
:'''Universal Century'''
::Sistem kalendar yang dibuat untuk siri Gundam yang pertama Mobile Suit Gundam yang mula disiarkan pada tahun 1979. Majoriti siri Gundam menggunakan sistem kalendar ini. Siri-siri yang diletakkan dalam kalendar ini mempunyai peminat yang ramai dan menjadi petunjuk aras bagi peminat Gundam yang setia (die-hard fan). Siri yang diletakkan bawah UC juga mempunyai kualiti yang tinggi samada dari segi animasi mahupun realistik.

::Dalam UC, manusia mula tinggal di koloni-koloni angkasa lepas. Bagaimanapun, koloni-koloni ini menuntut kemerdekaan lalu meletus perang yang diberi nama Perang satu tahun (One Year War).
:'''Future Century'''
::Satu-satunya siri gundam yang menggunakan sistem kalendar ini adalah Mobile Fighter G Gundam. Mobile Fighter G Gundam merupakan siri yang pertama menggunakan sistem kalendar yang berlainan.

::Berlainan dengan UC, dalam Future Century (FC) peperangan dapat dielakkan dengan mengadakan satu pertandingan antara koloni bagi mendapatkan hak pemerintahan.
:'''After Colony'''
::After Colony (AC) merupakan sistem kalendar kedua yang digunakan oleh Mobile Suit Gundam Wing dan siri-siri Gundam Wing yang berikutnya.

::Seperti UC, AC bermula selepas manusia berjaya tinggal di koloni angkasa lepas. Bagaimanapun, sistem pentadbiran dikawal sepenuhnya oleh wakil-wakil Bumi.
:'''After War'''
::After War Gundam X memulakan penggunaan kalendar After War (AW).

::AW bermula selepas berlakunya Perang Angkasa Lepas ke-7 yang menyaksikan Bumi hancur akibat kejatuhan koloni ke Bumi.
:'''Correct Century'''
::Turn A Gundam menggunakan {{nihongo|CC|正歴|Seireki}}. Menurut Tomino Yoshiyuki, CC diletakkan di masa hadapan yang jauh dari garis masa-garis masa yang terdahulu.

::Koloni Angkasa mempunyai kuasa yang besar dan lebih aggresif jika dibandingkan dengan FC. menurut ''Buku Panduan Rasmi Turn A'', CC bermaksud Correct Century.
:'''Cosmic Era'''
::Siri SEED (Gundam SEED dan Gundam SEED Destiny) menggunakan sistem kalendar Cosmic Era (CE).

::CE bermula selepas manusia mula tinggal di angkasa lepas.
:'''Advance Generation'''
::Advance Generation (AG) merupakan sistem kalendar terbaru dengan siri Gundam AGE.

::Seperti CC, AG bermula setelah bertahun-tahun (mungkin beratus tahun) selepas manusia berjaya tinggal di koloni angkasa lepas dan peperangan sudah tiada.
:'''Lain-lain'''
::Siri-siri SD Gundam menggunakan sistem kalendar yang berlainan bagi memudahkan jalan cerita. Boleh dikatakan, SD Gundam tiada kene mengena dengan konsep Gundam yang asal.

::Gundam 00 menggunakan kalendar Anno Domini atau kalendar Masihi dan merupakan satu-satunya siri Gundam yang tidak menggunakan sistem kalendar fiksyen.
==Francais==
===Anime===
{| class="wikitable " style="width:80%;"

! style="width:30%;"| '''Nama'''
! style="width:20%;"| '''Media'''
! style="width:20%;"| '''Tahun'''
! style="width:10%;"| '''Tarikh dalam siri'''

|''Mobile Suit Gundam'' || Siri TV
Filem compilasi || 1979-1980
1981-1981 || U.C. 0079-80

|''Mobile Suit Zeta Gundam'' || Siri TV
Filem compilasi || 1985-1986
2005-2006 || U.C. 0087-88

|''Mobile Suit Gundam ZZ'' || Siri TV || 1986–1987 || U.C. 0088-89

|''Mobile Suit Gundam: Char's Counterattack'' || Filem || 1988 || U.C. 0093

|''Mobile Suit Gundam 0080: War in the Pocket'' || [[Original Video Animation|OVA]] || 1989 || U.C. 0079-80

|''Super Deformed Gundam'' || Filem
OVA
Siri TV|| 1988–1989, 1991, 1993
1988, 1990
1993 || Tidak Diketahui

|''Mobile Suit Gundam 0083: Stardust Memory'' || OVA
Filem Kompilasi || 1991-1992
1992 || U.C. 0083

|''Mobile Suit Gundam F91'' || Filem || 1991 || U.C. 0123

|''Mobile Suit Victory Gundam'' || Siri TV || 1993-1994 || U.C. 0153

|''Mobile Fighter G Gundam'' || Siri TV || 1994–1995 || F.C. 60

|''[[Gundam Wing|Mobile Suit Gundam Wing]]'' || Siri TV
OVA Kompilasi || 1995-1996
1996 || A.C.195

|''Mobile Suit Gundam: The 08th MS Team'' || OVA
Filem Kompilasi || 1996
1998 || U.C. 0079

|''After War Gundam X'' || TV series || 1996 || A.W. 0015

|''Gundam Wing: Endless Waltz'' || OVA
Filem Kompilasi || 1997
1998 || A.C.196

|''Turn A Gundam'' || Siri TV
Filem Kompilasi || 1999-2000
2002 || C.C. 2345

|''Gundam Neo Experience 0087: Green Divers'' || Filem format khas || 2001 || U.C. 0087

|''Gundam Evolve'' || Animasi pendek || 2001–2005 || Pelbagai

|''Mobile Suit Gundam SEED'' || Siri TV
Filem Kompilasi || 2002-2003
2004 || C.E.71

|''Superior Defender Gundam Force'' || Siri TV || 2003–2004 || Neotopia

|''Mobile Suit Gundam MS IGLOO: The Hidden One Year War'' || Filem || 2004 || U.C. 0079

|''[[Gundam Seed Destiny|Mobile Suit Gundam SEED Destiny]]'' || Siri TV
Kompilasi khas || 2004-2005
2006-2007 || C.E.73

|''Mobile Suit Gundam MS IGLOO: Apocalypse 0079'' || OVA || 2006 || U.C. 0079

|''Mobile Suit Gundam SEED C.E. 73: Stargazer'' || ONA || 2006 || C.E.73

|''[[Mobile Suit Gundam 00]]'' || Siri TV
Kompilasi khas || 2007-2009
2009 || 2307-2312 AD

|''Mobile Suit Gundam MS IGLOO 2: The Gravity Front'' || OVA || 2009 || U.C. 0079

|''Ring of Gundam''|| Filem Format Khas || 2009 || Tidak Diketahui

|''Mobile Suit Gundam Unicorn'' || OVA || 2010-2013 (Siri masih berjalan) || U.C. 0096

|''SD Gundam Sangokuden Brave Battle Warriors'' || Filem
Siri TV || 2010 || Mirisha

|''Mobile Suit Gundam 00 the Movie: Awakening of the Trailblazer'' || Filem || 2010 || 2314 AD

|''Model Suit Gunpla Builders Beginning G'' || OVA || 2010 || 2010 AD

|''Mobile Suit Gundam AGE''<ref>{{cite web|url=http://www.animenewsnetwork.com/news/2011-06-09/level-5-to-help-create-gundam-age-anime-this-fall |title=Level 5 to Help Create Gundam AGE Anime This Fall (Updated) - News |publisher=Anime News Network |date=9 Jun 2011 |accessdate=14 November 2012}}</ref> || Siri TV || 2011-2012 || A.G. 115,140-142,164,201

|''Mobile Suit Gundam: The Origin''<ref>{{cite web|url=http://www.animenewsnetwork.com/news/2011-06-22/gundam-the-origin-manga-to-launch-anime-project |title=Gundam The Origin Manga to Launch Anime Project - News |publisher=Anime News Network |date=22 Jun 2011 |accessdate=14 November 2012}}</ref> || TBA || TBA || U.C. 0079

===Super Deformed Gundam===
Super Deformed Gundam (SD Gundam) berasal dengan lukisan Yokoi Koji, seorang pelajar Sekolah Menengah Rendah dari Nagoya yang dihantar ke sebuah majalah keluaran Bandai pada tahun 1980-an. Lukisan tersebut menarik perhatian ketua editor lalu memujuk Yokoi Koji melukis untuk majalah tersebut.

Rekabentuk SD Gundam yang comel telah berjaya menambat hati peminat dan berkembang ke media lain seperti permainan video dan anime.
===Aksi Langsung===
'''''G-Saviour''''' adalah satu-satunya telemovie aksi langsung dalam siri Gundam. Siri ini berlatarkan tahun U.C. 0223.
===Permainan Video===
Disebabkan siri ini amat popular, banyak permainan video berdasarkan siri ini telah dibuat dan mempunyai watak-watak tersendiri yang tidak terdapat dalam media lain. Seperti juga anime dalam siri Gundam yang lain, permainan video juga dikembangkan ke media lain seperti manga dan novel.
===Novel dan Manga===
Siri Gundam juga mempunyai novel dan manga yang berbentuk huraian siri anime, terbitan turunan mahupun penceritaan semula. Manga Gundam Origin adalah salah satu manga yang menceritakan semula kejadian-kejadian semasa Perang Satu Tahun.
===Gunpla===
Gunpla merupakan nama bagi model-model skala Siri Gundam. Hampir semua mecha didalam siri ini telah dimodelkan dengan versi-versi baru dikeluarkan dari masa ke masa selaras dengan perkembangan teknologi. Skala yang paling kecil ialah 1:144, manakala terbesar ialah 1:35. Gundam 1:1 telah didirikan di Tokyo pada tahun 2009 sebagai sokongan kepada Tokyo untuk menjadi host sukan Olimpik.
==Gundam di Malaysia==
Gundam juga mempunyai ramai peminat di Malaysia. DVD siri-siri Gundam boleh didapati di pasaran tempatan dan beberapa siri Gundam seperti Gundam SEED disiarkan di TV tempatan dengan versi alih suara.
==Rujukan==
{{reflist}}

{{nihongo|'''''Gundam'''''|ガンダム|Gandamu}} ialah salah satu siri [[anime]] yang menampilkan robot gergasi atau "[[mecha]]", yang direka oleh [[Sunrise Inc.|Sunrise]]. ''Gundam'' ialah nama am bagi siri [[Universal Century]] (UC) seperti ''[[Mobile Suit Gundam]]'' dan siri-siri di jalur masa alternatif seperti ''[[Gundam Wing]]''. Nama ''"Gundam"'' berasal daripada beraneka sumber bersifat teori, dan paling kerap dianggap berpunca daripada perlunya untuk berselaras dengan kebiasaan menamakan robot gergasi pada [[1970-an]].

== Pautan Luar ==
* [http://www.gundam.channel.or.jpinfo/ LamanPortal rasmi Gundam di Jepun] {{jp icon}}
* [http://www.gundamofficial.com/ Laman rasmi Gundam di Amerika Syarikat] {{en icon}}
* [http://www.mahq.net/animation/gundam/gundam.htm Gundam] di laman ''Mecha Anime Headquarters''
* [http://www.g-world.com.tw/ Laman rasmi Gundam di Taiwan] {{zh icon}}
* [http://gundam.wikia.com/wiki/Main_Page Wiki Gundam tidak rasmi] {{en icon}}

{{stub}}

[[Kategori:Anime]]