Setiu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
MerlIwBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: vi:Setiu
Yobbaharim (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Imej:petamukimPeta Daerah Setiu.gifpng|thumb|Pembahagian Mukim di daerah Setiu]]
'''Setiu''' merupakan salah satu [[daerah]] di negeri [[Terengganu]]. Jumlah penduduk di daerah Setiu ialah seramai 5455,883517 orang (19982010). [[Bandar Permaisuri]] menjadi ibu daerah Setiu yang berperanan sebagai pusat pentadbiran dan komersial utama yang terletak di bahagian tengah daerah ini.
[[Imej:Bandar Permaisuri Terengganu.jpeg|thumb|Bandar Permaisuri yang menjadi nadi utama daerah Setiu yang sentiasa meriah dengan pelbagai aktiviti setempat]]

== Sejarah ==
Baris 12 ⟶ 13:

Tok Setiu meninggal dunia setelah bertikam dengan adiknya disebabkan oleh fitnah dan dikuburkan berhampiran dengan rumahnya. Kawasan perkampungan Tok Setiu sekarang telah dipenuhi dengan pokok getah dan semak samun. Tok Setiu memainkan peranan yang besar dalam sejarah kehidupanya dan banyak jasa-jasa yang ditinggalkannya.Kemasyuran nama Tok Setiu telah mendorong kepada penduduk kampung menamakan tempat itu sebagai SETIU hingga sekarang menjadi sebuah Daerah.

== Mukim di Setiu ==
1)- [[Chalok]]

2)- [[Guntung]]

3)- [[Hulu Nerus]]

4)- [[Hulu Setiu]]

5)- [[Merang]]

6)- [[Pantai, Setiu]]

7)- [[Tasik, Setiu]]

Setiu merupakan sebuah Daerah Bongsu daripada tujuh Daerah didalam Negeri Terengganu Darul Iman. Ditubuhkan hasil daripada perakuan Unit Pemodenan dan Kemajuan Pentadbiran (MAMPU) pada 1 Januari 1985.
Daerah baru ini mempunyai keluasan 135,905.80 hektar (1,359.90 km²). Merupakan 10.49% daripada keseluruhan keluasan Negeri Terengganu Darul Iman. Bersempadan dengan Daerah Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Besut. Terbahagi kepada tujuh buah mukim iaitu Mukim Pantai (8,499.40 hektar), Mukim Guntung (16,348.50 hektar) Mukim Tasek ( 5,827.10 hektar), Mukim Hulu Setiu (23,292.90 hektar) Mukim Calok (20,589.60 hektar), Mukim Merang (6,825.00 hektar) dan Mukim Hulu Nerus (54,523.30 hektar).<ref>{{cite web |title=Maklumat Daerah |url=http://pdsetiu.terengganu.gov.my/maxc2020/agensi/article2.php?cid=20&aid=3476 |publisher=Pejabat Daerah Setiu |accessdate=11 April 2012}}</ref>

== Pelancongan ==
[[Imej:Terrapuri Setiu Terengganu.jpeg|thumb|Kampung Budaya Terrapuri di Setiu yang menonjolkan ciri-ciri rumah tradisional Melayu Terengganu yang unik dan kaya dengan seni ukiran kayu.]]
Daerah Setiu mempunyai pelbagai bentuk muka bumi yang menjadi aset untuk menarik kedatangan pelancong ke sini. Di sebelah timur daerah ini adalah persisiran pantai terbentang luas dengan [[Laut China Selatan]] yang membiru serta ditambah pula dengan beberapa gugusan pulau tropika yang kaya dengan variasi pelbagai spesis hidupan marin yang pastinya menjadi syurga kepada peminat selam skuba, khazanah laut ini dipulihara rapi dengan sesetengah kawasan terumbu karang diwartakan sebagai taman laut termasuk perletakkan beberapa tukun tiruan untuk mengalakkan pembiakan populasi hidupan marin. Dataran hutan pantai dengan tanah beris putih yang terdapat di hampir separuh keluasan daerah ini juga bukan sahaja sesuai untuk pertanian malah turut menjadi tarikan kepada peminat sukan [[Ekuistrian]] atau berkuda dari dalam dan luar negara untuk menerokai trek bentuk muka bumi disini pula. Setiap tahun pelbagai kejohanan kuda lasak diadakan disini seperti '''Sultan Mizan Cup''' dan kejohanan peringkat dunia '''World Endurance Championship'''. Geografi di sebelah barat daerah ini adalah lebih berbukit bukau yang mengunjur kearah '''Tanah Tinggi Terengganu''' yang menjadi hulu sungai kepada beberapa batang sungai utama seperti [[Sungai Setiu]], [[Sungai Nerus]], [[Sungai Chalok]], [[Sungai Bari]], dan [[Sungai Merang]] dimana terdapatnya beberapa jeram, lata dan air terjun yang indah di tengah hutan belantara yang masih belum terusik oleh pencemaran, tempat seperti ini sesuai untuk sukan reakreasi air seperti kayak atau sekadar berkunjung untuk beriadah. Diantara destinasi kunjungan popular di Setiu adalah :-

# [[Pulau Redang]]
# [[Pulau Bidong]]
# [[Pulau Gemia]]
# [[Pulau Lang Tengah]]
# [[Taman Ekuistrian Lembah Bidong]]
# [[Lata Payung]]
# [[Lata Cherakah]]
# [[Pantai Rhu Sepuluh]]
# [[Gunung Tebu]]
# [[Laguna Setiu]], '''Setiu Wetland'''
# [[Kampung Budaya Terrapuri]]

== Lihat juga ==
* [[Senarai kampung di Setiu]]

== Rujukan ==