Kopitiam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 17:
Trend kopitiam baharu juga dicetuskan setelah terhasilnya fenomena "budaya kopi" oleh rangkaian kedai kopi seperti [[Starbucks]] dan [[The Coffee Bean & Tea Leaf]]. Kopitiam ini menawarkan alternatif yang lebih mudah didapati yang mana budaya kopi boleh dinikmati dengan perisa tempatan dan harga yang lebih berpatutan.
 
Bagi menawarkan pengalaman kopitiam sejati, kopitiam baharu ini kebanyakannya menawarkan perisa kopi tempatan yang tulen, roti bakar kayu arang yang disajikan bersama mentega dan kaya dan telur dadarrebus. Ada yang menawarkan lebih kepelbagaian makanan yang mana sajian khas sarapan, makan tengahari dan makan malam disediakan.
 
Peneraju kopitiam baharu di Malaysia merupakan syarikat berjenama '''Uncle Lim'''. Kebanyakan jenama lain mengikuti konsep ini, maka sehingga hari ini, terdapat tidak kurang daripada 100 jenama kopitiam baharu yang beroperasi di merata negara.