Tulisan Cina Tradisional: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
PM Poon (bincang | sumb.)
k Askara Cina tradisional dipindahkan ke Tulisan Cina tradisional: Biar dua tajuk.
Tiada ringkasan suntingan
Baris 9:
}}
{{Table Hanzi}}
Tulisan '''Cina tradisionalTradisional''' (Cina tradisional: 正體字/繁體字, [[Cina mudah]]: 正体字/繁体字) merujuk kepada salah satu daripada dua set piawai [[askara Cina]] bercetak. Bentuk askara Cina tradisional yang moden muncul buat pertama kali dengan kemunculan [[skrip perkeranian]] semasa [[Dinasti Han]], dan telah mengekalkan bentuk yang lebih kurang stabil sejak [[abad ke-5]] semasa [[Dinasti-dinasti Selatan dan Utara]]. Istilah "tradisional" dipergunakan untuk membezakan set askara tradisional daripada set askara [[Cina mudah]] yang dibakukan oleh kerajaan [[Republik Rakyat China]] sejak dekad [[1950-an]].
 
Pada hari ini, askara-askara tradisional digunakan di [[Taiwan]], [[Hong Kong]], [[Macau]], dan sesetengah komuniti [[Cina perantauan]], khususnya mereka yang berasal dari kawasan/negara tersebut atau yang berhijrah sebelum penggunaan askara mudah di [[Republik Rakyat China]]. Sebagai perbandingan, askara mudah digunakan di [[tanah besar China]], [[Singapura]] (dalam terbitan rasmi, walaupun banyak nama masih ditulis dalam askara tradisional), dan sesetengah komuniti Cina perantauan, khususnya mereka yang berhijrah dari negara-negara tersebut selepas penggunaan askara Cina mudah secara meluas. [[Askara Cina mudah#Perdebatan tentang askara-askara Cina tradisional dan mudah|Perdebatan tentang askara-askara Cina tradisional dan mudah]] merupakan suatu topik yang lama yang masih diperdebatkan antara komuniti-komuniti Cina.