Undang-undang kontrak Inggeris: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alistaire (bincang | sumb.)
Alistaire (bincang | sumb.)
Baris 92:
{{main|Kemasukan terma dalam undang-undang Inggeris}}
Janji-janji yang ditawarkan oleh seseorang kepada seseorang yang lain adalah terma-terma suatu kontrak, tetapi bukan semua yang diperihalkan sebelum penerimaan akan menjadi terma. Peraturan asas penafsiran adalah suatu representasi adalah suatu terma sekiranya ia kelihatan "seperti mahu diletakkan" dalam kontrak daripada perspektif seseorang yang wajar.<ref>''[[Heilbut, Symons & Co v Buckleton]]'' [1913] AC 30, 50-1, Lord Moulton, ‘The intention of the parties can only be deduced from the totality of the evidence.’</ref> Ia termasuk berapa pentingnya terma berkenaan oleh pihak-pihak terlimat, tetapi juga sebagai cara melindungi pihak yang lemah, mahkamah-mahkamah menambah bahawa seseorang yang lebih mengetahui dalam transaksi berkenaan berkebarangkalian lebih untuk membuat janji, berbanding hanya representasi. Maka dalam kes ''[[Oscar Chess Ltd lwn Williams]]''<ref>[1957] 1 WLR 370</ref> Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Encik Williams menjual sebuah [[Morris Motors|kereta Morris]] kepada penjual kereta terpakai secara silapnya (meskipun dalam [[niat baik]] disebabkan bergantung kepada buku log palsu) dengan menyatakan bahawa ia model 1948 padahal ia sebenarnya dari tahun 1937, penjual kereta berkenaan tidak boleh kemudiannya menuntut pelanggaran kontrak kerana dia dalam kedudukan yang lebih baik untuk mengetahui keadaan sebenar. Ini penting kerana sementara satu pihak punyai hak untuk mengelak daripada perjanjian, atau membatalkan kontrak, sekiranya mereka diperdaya dengan salah nyataan untuk memasuki kontrak berkenaan dan seterusnya menuntut sebarang ganti rugi, sekiranya pernyataan adalah terma dan ia salah, mereka boleh menuntut [[untung (ekonomi)|keuntungan]] yang rugi. Maka terma-terma yang tidak dikotakan menyebabkan kepada ganti rugi untuk melindungi kesemua jangkaan penutut, untuk meletakkan mereka pada kedudukan seperti kontrak telah dilaksanakan.
 
[[File:Charing-cross-station-iln-p164-13-feb-1864.jpg|thumb|left|''[[Parker lwn South Eastern Rly Co]]'',<ref>(1877) 2 CPD 416</ref> suatu kes dari stesen kereta api ''[[Charing Cross]]'' yang memutuskan bahawa orang ramai perlu diberikan notis munasabah sebelum terma boleh dijadikan sebahagian daripada kontrak.]]
Apabila suatu kontrak dijadikan bertulis, terdapat anggapan asas bahawa dokumen bertulis itu akan mengandungi kesemua terma-terma dalam suatu perjanjian,<ref>See ''[[Allen v Pink]]'' (1838) 4 M&W 140, on the [[parol evidence]] "rule". The better view appears to be that this is not a rule, but a presumption: [[KW Wedderburn]], ‘Collateral Contract’ [1959] CLJ 58. See also ''[[City and Westminster Properties (1934) Ltd v Mudd]]'' [1959] Ch 129 on [[collateral contract]]s. In California, the rule has been circumvented, see ''[[Pacific Gas & Elec. Co. v. G. W. Thomas Drayage Co.]]'', [http://online.ceb.com/calcases/C2/69C2d33.htm 69 Cal. 2d 33] (1968)</ref> dan apabila seseorang menandatangani dokumen, kesemua terma yang termasuk dalam dokumen tersebut mengikat mereka<ref>''[[L'Estrange v F Graucob Ltd]]'' [1934] 2 KB 394, the purchaser of a faulty cigarette machine could not get a refund, because she had signed a document exempting the seller for any liability if it did not work.</ref> (kecuali sekiranya dokumen berkenaan hanyalah kertas administratif atau di bawah pembelaan ''[[non est factum]]''<ref>See ''[[Grogan v Robin Meredith Plant Hire]]'' [1996] CLC 1127 and ''[[Gallie v Lee]]'' [1970] [http://www.bailii.org/uk/cases/UKHL/1970/5.html UKHL 5], [1971] AC 1004.</ref>). Ini sangat penting dalam transaksi komersil kerana perniagaan-perniagaan mahukan kepastian dalam urusniaga mereka. Sekiranya suatu pernyataan adalah terma, dan pihak terlibat tidak menandatangani suatu dokumen, maka terma-terma boleh dimasukkan dengan rujukan kepada sumber-sumber yang lain, atau melalui perhubungan yang lampau. Peraturan asas, yang digariskan dalam kes ''[[Parker lwn South Eastern Railway Company]]'',<ref>(1877) 2 CPD 416</ref> adalah bahawa notis munasabah diperlukan sebelum seseorang boleh terikat dengan terma. Dalam kes ini, Encik Parker meninggalkan kotnya dalam bilik di stesen kereta api ''[[Charing Cross]]'' dan diberikan tiket yang belakangnya mengandungi terma bahawa sebarang liabiliti hanyalah boleh dituntut sehingga ke £10. Mahkamah Rayuan menghantar semula kes ini untuk ditentukan juri (sebagaimana wujud pada ketika itu) untuk ditentukan. Pendekatan moden adalah bahawa sekiranya suatu terma lebih membebankan, notis yang lebih terang dan jelas perlu dikemukakan. [[Denning LJ]] dalam kes ''[[J Spurling Ltd lwn Bradshaw]]''<ref>[1956] [http://www.bailii.org/ew/cases/EWCA/Civ/1956/3.html EWCA Civ 3], [1956] 1 WLR 461. See also ''[[Olley v Marlborough Court]]'' [1949] 1 KB 532, where Denning LJ held a notice behind a door to a washbasin in a hotel guest's room was not prominent enough to exclude the hotel's liability for failing to prevent a thief stealing Mrs Olley's fur coat.</ref> pernah berkata "Sesetengah klaus yang saya lihat di sini perlu dicetak menggunakan [[dakwat]] [[merah]] pada hadapan dokumen dengan [[tangan]] [[merah]] yang menunjukkan kepadanya sebelum notis boleh dianggap mencukupi." Dalam kes ''[[Thornton lwn Shoe Lane Parking Ltd]]''<ref>[1971] 2 QB 163</ref> suatu tiket medan meletakkan kenderaan yang merujuk kepada notis yang terletak di dalam tempat letak kereta berkenaan dikatakan tidak mencukupi untuk mengecualikan liabiliti medan letak kereta itu untuk kecederaan peribadi pelanggan-pelanggan di premisnya. Dalam kes ''[[Interfoto Picture Library Ltd lwn Stiletto Ltd]]''<ref>[1987] [http://www.bailii.org/ew/cases/EWCA/Civ/1987/6.html EWCA Civ 6], [1989] QB 433</ref> Bingham LJ memutuskan bahawa notis dalam bagasi gambaran [[filem negatif]] berkenaan fi untuk pemulangan lewat negatif berkenaan (yang berlumlah sebanyak £3,783.50 untuk 47 negatif selepas hanya sebulan) adalah terma yang terlalu membebankan untuk dimasukkan tanpa notis yang jelas. Secara kontranya dalam kes ''[[O’Brien lwn MGN Ltd]]''<ref>[2001] EWCA Civ 1279</ref> Hale LJ memutuskan bahawa kegagalan akhbar ''[[Daily Mirror]]'' untuk menyatakan dalam kesemua suratkhabar-suratkhabar bahawa sekiranya terdapat terlalu banyak pemenang cabutan bertuah percumanya untuk £50,000 maka akan teradakan satu lagi cabutan dikata tidak terlalu membebankan pada pihak "pemenang" yang tidak berjaya sehingga tidak boleh dimasukkan sebagai terma perjanjian. Ia boleh juga menjadi bahawa sebarang perhubungan antara pihak-pihak terdahulu yang konsisten dimasukkan sebagai terma dalam perhubungan mereka pada masa hadapan. Dalam kes ''[[Hollier lwn Rambler Motors Ltd]]''<ref>[1972] 2 QB 71</ref> Mahkamah Rayuan memutuskan bahwa Encik Hollier, yang keretanya terbakar dalam api yang diwujudkan seseorang pekerja cuai di garaj ''Rambler Motors'', tidak terikat dengan klaus yang mengecualikan liabiliti untuk "kerosakan yang disebabkan api" pada belakang invois yang dia telah lihat semasa tiga atau empat kali hadir di tempat berkenaan dalam masa lima tahun terdahulu. Ia dikatakan tidak cukup konsisten. Tetapi dalam kes ''[[British Crane Hire Corporation Ltd lwn Ipswich Plant Hire Ltd]]''<ref>[1973] [http://www.bailii.org/ew/cases/EWCA/Civ/1973/6.html EWCA Civ 6], [1975] QB 303</ref> [[Lord Denning MR]] memutuskan bahawa suatu syarikat menyewa kren terikat dengan terma yang menghendaki mereka membayar ganti rugi mendapatkan semula kren berkenaan apabila ia tenggalam dalam paya, meskipun hanya pernah berhubung sebelum ini sekali sahaja. Sebab utama adalah keseimbangan kuasa rundingan antara pihak-pihak terlibat.<ref>See also ''[[Henry Kendall Ltd v William Lillico Ltd]]'' [1969] 2 AC 31 and ''[[Scheps v Fine Art Logistics Ltd]]'' [2007] [http://www.bailii.org/ew/cases/EWHC/QB/2007/541.html EWHC 541]</ref>
 
==Lihat juga==