Rock (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kurdt~mswiki (bincang | sumb.)
Kurdt~mswiki (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 22:
 
 
Plot filem ini dibuka pada era millenium dengan watak Zack ([[hasnulHasnul Rahmat]]) sedang bertugas men-cop surat di pejabat pos. Ketika diarahkan mencuci surat-surat lama oleh bosnya, beliau terjumpa sepucuk surat yang dialamatkan ke kugiran lama yang pernah dianggotainya dulu, iaitu "Rimba Bara". Serentak dengan itu, fikiran Zack pun terus melayang mengimbas kembali kehidupannya pada 15 tahun yang lepas.
 
 
Plot ini kemudiannya bergerak membuka cerita mengenai Rimba Bara yang bercita-cita dan berhasrat untuk jadi terkenal pada lewat dekad 80-an. Rimba Bara dianggotai oleh Zubir, atau lebih diminta dikenali sebagai Zack sendiri - guitarist, Jijo ([[Khir Rahman]]) – bass, Black – drummer, Amy ([[Que Haidar]]) - vocalist kadang2 main tamborine mengharungi pelbagai peristiwa yang mencabar dan penuh lucu demi mengejar cita-cita mereka iaitu mereka percaya akan berjaya menjadi kumpulan rock (Rimba Bara) yang mantap dan berwawasan. Di samping itu, plot juga diserikan dengan kisah cinta di antara Zack dan Katy ([[Siti Elizad]]), rakannya sedari kecil. Namun, jijo seringkali mengingatkan pada Zack bahawa mereka tidak boleh terlalu hanyut degan cinta kerana mereka mempunyai 'wawasan'. Wawasan mereka semakin tidak dapat dibendung lagi apabila mengetahui bahawa acara Battle of The Bands peringkat negeri akan diadakan ditempat mereka. Untuk menyertai acara Battle Of The Bands itu mereka terpaksa mengharungi peringkat saringan yang menyaksikan beberapa kehadiran band-band yang lebih mahir dan matang. Di tambah pula dengan kehadiran Zul Kapan ([[Sofie Jikan]]) And The Malaikat Maut, membuatkan mereka gusar dan harus berlatih dengan lebih keras. Dari segi penampilan pula, mereka terpaksa mencari punca untuk mempamerkan diri mereka sebagai rockers yang sebenar-benarnya. Seluar PVC, baju glamrock dan kasut Aliph merupakan gear yang begitu sangat dititikberatkan. Memandangkan sumber kewangan yang serba tidak mencukupi, mereka terpaksa menggunakan akal untuk mendapatkan semuanya itu termasuklah menggunting kain tempat duduk bas untuk mendapatkan bekalan PVC yang mencukupi.
 
Beberapa minggu selepas itu, pertandingan Battle of the Bands peringkat negeri pun diadakan. Malang sekali pada pertandingan itu, Amy tidak dapat menyanyi kerana cirit-birit akibat memakan dua papan telur ayam seperti yang dicadangkan Jijo, untuk menjaga suaranya. Disebabkan kesulitan yang dialami Amy, Jijo menjadi penyanyi menggantikan Amy. Pada pertandingan itu, kesemua band yang bertanding menunjukkan mutu permainan yang bagus. Begitu juga dengan kumpulan Malaikat Maut! Apabila giliran Rimba Bara tiba, penonton dikejutkan dengan persembahan melakukan gitar solo sehingga berasap-asap dan speaker column dikiri kanan pentas telah meletup! Rimba Bara berjaya menjadi juara peringkat negeri. Sejurus selepas pertandingan tersebut, Rimba Bara pun memulakan latihan berterusan bagi memperkemaskan permainan mereka.