Rock (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kurdt~mswiki (bincang | sumb.)
Kurdt~mswiki (bincang | sumb.)
Baris 25:
 
 
Plot ini kemudiannya bergerak membuka cerita mengenai Rimba Bara yang bercita-cita dan berhasrat untuk jadi terkenal pada lewat dekad 80-an. Rimba Bara dianggotai oleh Zubir, atau lebih diminta dikenali sebagai Zack sendiri - guitarist, Jijo ([[Khir Rahman]]) – bass, Black – drummer, dan juga Amy ([[Que Haidar]]) - vocalist yang kadang2 main tamborine; mengharungi pelbagai peristiwa yang mencabar dan penuh lucu demi mengejar cita-cita mereka iaitu mereka percaya akan berjaya menjadi kumpulan rock (Rimba Bara) yang mantap dan berwawasan. Di samping itu, plot juga diserikan dengan kisah cinta di antara Zack dan Katy ([[Siti Elizad]]), rakannya sedari kecil. Namun, jijo seringkali mengingatkan pada Zack bahawa mereka tidak boleh terlalu hanyut degandengan cinta kerana mereka mempunyai 'wawasan'. Wawasan mereka semakin tidak dapat dibendung lagi apabila mengetahui bahawa acara Battle of The Bands peringkat negeri akan diadakan ditempat mereka. Untuk menyertai acara Battle Of The Bands itu mereka terpaksa mengharungi peringkat saringan yang menyaksikan beberapa kehadiran band-band yang lebih mahir dan matang. Di tambah pula dengan kehadiran Zul Kapan ([[Soffi Jikan|Mohamad Shoffi Jikan]]) And The Malaikat Maut, membuatkan mereka gusar dan harus berlatih dengan lebih keras. Dari segi penampilan pula, mereka terpaksa mencari punca untuk mempamerkan diri mereka sebagai rockers yang sebenar-benarnya. Seluar PVC, baju glamrock dan kasut Aliph merupakan gear yang begitu sangat dititikberatkan. Memandangkan sumber kewangan yang serba tidak mencukupi, mereka terpaksa menggunakan akal untuk mendapatkan semuanya itu termasuklah menggunting kain tempat duduk bas untuk mendapatkan bekalan PVC yang mencukupi.