Transmisi manual: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Asyraf (bincang | sumb.)
Muhd Asyraf (bincang | sumb.)
Baris 21:
 
=== Klac penggelungsur dan penyegerak ===
Gear dihubungkan kepada aci melalui klac penggelungsur. Di dalam kereta, penyegerak ''(synchronizer)'' turut dipasang bersama-sama dengan klac penggelungsur untuk menyegerakkan kelajuan antara gear dan aci untuk mengelakkan kerosakan semasa penukaran gear. Namun demikian, proses sedemikian menjadikan penukaran gear menjadi lambat sedikit, oleh itu penyegerak tidak dipasang pada motosikal memandangkan penukaran gear motosikal adalah sangat pantas.
 
Untuk operasi penukaran gear, klac penggelungsur dihubungkan ke tuas gear melalui fork penukar dan beberapa pautan mekanikal. Bagi transmisi berjujukan seperti yang digunakan pada motosikal, fork penukar dihubungkan ke gelendong penukar yang beralur serta 2 set gear sala sebelum dihubungkan ke mekanisme penukaran gear.