Falsafah Barat: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
MerlIwBot (bincang | sumb.)
Baris 13:
<!--{{Philosophy-sidebar}}-->
 
Ahli falsafah Barat sering kali dibahagikan ke dalam beberapa cabang berlandaskan soalan-soalan yang biasa ditangani mereka. Dalam dunia kuno pembahagian bidang yang paling berpengaruh ialah pembahagian falsafah oleh ahli ''[[Stoicism]]'' ('Ketabahan') kepada [[Logik]], [[Etika]], dan '''Fizik''' (dicetuskan sebagai kajian alamiah, dan termasuk sains alamiah dan [[metafizik]]). Dalam falsafah semasa, pengkhususan dalam bidang falsafah lebih kerap dibahagikan kepada metafizik, [[epistemologi]], etika dan [[estetika]] (kedua-dua etika dan estetika digabungkan untuk menjadi [[axiologi]]). Ada kalanya Logik dijadikan satu cabagcabang utama falsafah, kadangkala sebagai kajian berasingan, dan kadangkala sebagai kaedah bersifat falsafah yang digunakan dalam kesemua cabang falsafah.
 
Dalam cabang-cabang luas ini, kini terdapat berbilang sub-disiplin falsafah. Pada tahap paling luas terdapat pembahagian kepada [[Falsafah Analitis dan Kontinental]. Bagi Falsafah Kontinental, pembahagian falsafah antara 'pakar' merupakan sesuatu yang merumitkan oleh sebab sifat penyatuan yang terdapat pada falsafah itu sendiri; bagi Falsafah Analitis pula, pembahagian kepada sub-disiplin memudahkan kajian dalam cabang masing-masing.