27 November: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
kembangkan
Baris 2:
 
'''27 November''' merupakan [[hari]] ke-331 (hari ke-332 dalam [[tahun lompat]]) dalam [[kalendar Gregory]]. Tinggal 34 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
 
Hari ini juga merupakan [[Holodomor|Hari Pengingatan Holodomor]] di Ukraine.
 
== Peristiwa ==
[[Fail:AlfredNobel_adjusted.jpg|thumb|130px|Alfred Nobel]]
* [[1095]] - Di [[Majlis Clermont]], [[Paus (Katolik)|Paus]] [[Paus Urban II|Urban II]] menyeru kepada [[Perang Salib Pertama]].
* [[1895]] - [[Alfred Bernhard Nobel]] ''(gambar)'' menandatangani [[wasiat]]nya, memperuntukkan sebahagian besar [[harta pusaka]]nya untuk mewujudkan [[Hadiah Nobel]].
* [[1946]] - [[Perdana Menteri India|Perdana Menteri]] [[India]] [[Jawaharlal Nehru]] merayu kepada [[Amerika Syarikat]] dan [[Kesatuan Soviet]] untuk mengakhiri [[ujian nuklear]] dan memulakan [[pelucutan senjata nuklear|pelucutan senjata]].<!--tarikh tak pasti-->
* [[1971]] - Pengorbit [[Kesatuan Soviet|Soviet]] ''[[Mars 2]]'' menjadi objek buatan manusia pertama tiba di permukaan [[Marikh]] apabila ia rosak dan terhempas ke planet tersebut.
* [[1992]] - Untuk kali kedua dalam setahun, angkatan tentera cuba menggulingkan [[Presiden Venezuela|Presiden]] [[Venezuela]] [[Carlos Andrés Pérez]].
* [[1999]] - [[Parti Buruh New Zealand|Parti Buruh]] menewaskan [[Parti Kebangsaan New Zealand|Parti Kebangsaan]] dalam pilihan raya umum, membolehkan [[Helen Clark]] menjadi [[Perdana Menteri New Zealand|Perdana Menteri]] wanita pertama terpilih melalui pilihan raya.
* [[2001]] - [[Teleskop Angkasa Hubble]] mengesan [[natrium]] di atmosfera [[planet luar suria]] [[HD 209458 b]], atmosfera planet pertama di luar [[Sistem Suria]] yang berjaya diukur.
* [[2005]] - [[Pakar bedah]] Perancis [[Bernard Devauchelle]] melakukan [[pemindahan muka]] separa yang pertama pada manusia hidup, pada [[Isabelle Dinoire]].