Sejarah Penerbangan Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
 
Tiada ringkasan suntingan
Baris 22:
 
Tahun 1971 merupakan tahun yang cukup penting bagi MSA dimana pada tahun ini kerjasama diantara Malaysia dan Singapura berakhir. Perpecahan ini berikutan perbezaan pendapat di antara dua kerajaan. Singapura mahu menumpukan destinasi antarabangsa manakala Malaysia mahu menumpukan kepada perhubungan domestik. Ini menyaksikan lahirnya dua penerbangan, [[Sistem Penerbangan Malaysia]] bagi pihak [[Malaysia]] pada April tahun yang sama dan [[Singapore Airlines]] di pihak [[Singapura]].
 
== Malaysian Airline System ==
 
Pada tahun 1972 Malaysia Airline System atau MAS terbang ke 34 destinasi domestik dan enam destinasi antarabangsa. Manakala pada November 1972, MAS menjadi ahli [[Orient Airlines Association]] (OAA).
 
Pada tahun 1973, perkembangan yang pesat menyaksikan MAS menerbangkan 2 juta penumpang. Malah, [[globalisasi]] membolehkan MAS menambah destinasi antarabngsanya seperti [[Amman]], [[Hat Yai]] dan [[Jeddah]]. Manakala, pada tahun 1975, majalah Wings of Gold diperkenalkan.
 
Pada tahun 1976, MAS memasuki era informasi dimana MAS menggunakan teknologi komputer untuk operasinya. Pesawat [[DC10]] memasuki perkhidmatan membolehkan MAS menawarkan perkhdmatan yang lebih selesa dan efisien. Servis udara ke [[Frankfurt]], [[Amsterdam]] dan [[Paris]] diperkenalkan.
 
Pada tahun 1985, melalui [[Dasar Penswastaan]], MAS memasuki sektor korporat dengan menawarkan 70 juta saham untuk didagangkan. Dalam proses permodenan, MAS membina kemudahan membaiki dan membaikpulih pesawat di [[Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah]], [[Subang]] dan mendirikan ibu pejabat baru di [[Jalan Sultan Ismail]], [[Kuala Lumpur]]. Bangunan setinggi 36 tingkat ini menelan belanja RM88 juta, kini menjadi salah satu pencakar langit menghiasi [[Kuala Lumpur]].
 
== Malaysia Airlines ==
 
Pada tahun 1986, MAS memulakan servis utuk sektor [[Los Angeles]], [[Amerika Syarikat]]. Manakala pada akhir tahun 1986, MAS menukar indentitinya kepada Malaysia Airline atau Penerbangan Malaysia. Bermula dari sini, Penerbangan Malaysia berkembang dan kini terbang ke 100 destinasi di seluruh dunia dan menggunakan pesawat-pesawat termoden di dunia. Penerbangan Malaysia juga dipilih unutk sebagai sepuluh penerbangan terbaik dunia dan dianugerahkan sebagai penerbangan lima bintang oleh Skytrax.
 
== Pautan Luar ==
 
* [http://www.malaysiaairlines.com/ Malaysia Airlines Homepage - Global]
* [http://www.airlinequality.com/ Skytrax Homepage]