Pertempuran di Kampar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 8:
 
==Serangan Jepun==
Pada subuh 30 Disember dua hari selepas tentera Jepun menawan [[Ipoh]], pasukan meriam mereka mulai membedil rabung Kampar dari kedudukan di jalan Malim Nawar yang dibalas oleh pasukan meriam tentera British. Ini merupakan permulaan kepada pertempuran Kampar yang dengan sengitnya berlangsung selama empat hari. Sungguhpun tentera Jepun seramai 9,000 orang dengan sokongan 200 kereta kebal dan 100 meriam artileri, mereka gagal menembusi barisan pertahanan British pada mulanya. Ini disebabkan oleh periuk api yang telah ditanam ditempat strategik, pagar kawat duri padat dan tembakan mesingan dari kedudukan sarang mesingan yang strategik. Memandangkan tentera British hanya mempunyai masa selama tujuh hari dan hanya mempunyai peralatan ringan seperti penyodok, pertempuran Kampar menunjukkan apa yang dapat dicapai oleh satu pasukan yang mempunyai kedudukan yang strategik berbanding pasukan yang lebih besar.
 
Dalam pertempuran tersebut yang berlangsung antara 30 Disember 1941 sehingga 2 Januari 1942, keberkesanan pasukan meriam [[British]], kemungkinannya termasuk meriam 25 paun pasukan Leftenan Hartley, mengakibatkan jumlah korban yang tinggi dikalangan tentera [[Jepun]].
 
Baris 13 ⟶ 15:
 
Pertempuran di Kampar merupakan salah satu dari pertempuran yang paling sengit semasa Kempen Tanah Melayu, tetapi pada 2 Januari mereka dipintas dan laluan ke [[Singapura]] terputus dibelakang mereka. Dengan perlindungan oleh tembakan meriam, kemungkinannya membabitkan Bateri ke 501, tentera British berundur sepanjang jalan utama ke kedudukan yang telah disediakan di [[Trolak]], sekitar lima batu di utara [[Slim River]]. Di situ mereka dikejutkan dan dimusnahkan oleh [[Kereta kebal Jepun di Malaysia semasa Perang Dunia II|kereta kebal tentera Jepun]] dalam [[ Pertempuran di Slim River]].
 
 
 
==Pautan luar==