Pertempuran di Kampar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 8:
 
==Serangan Jepun==
Pada subuh 30 Disember dua hari selepas tentera Jepun menawan [[Ipoh]], pasukan meriam mereka mulai membedil rabung Kampar dari kedudukan di jalan Malim Nawar yang dibalas oleh pasukan meriam tentera British. Ini merupakan permulaan kepada pertempuran Kampar yang dengan sengitnya berlangsung selama empat hari. Sungguhpun tentera Jepun seramai 9,000 orang dengan sokongan 200 kereta kebal dan 100 meriam artileri, mereka gagal menembusi barisan pertahanan British pada mulanya. Bagaimanapun dengan kelebihan yang mereka ada, tentera Jepun mampu menggantikan tentera barisan hadapan mereka setiap 48 jam berjuang, sementara pihak British terpaksa bertahan dengan semua anggota yang ada.
 
 
Ini disebabkan oleh periuk api yang telah ditanam ditempat strategik, pagar kawat duri padat dan tembakan mesingan dari kedudukan sarang mesingan yang strategik. Memandangkan tentera British hanya mempunyai masa selama tujuh hari dan hanya mempunyai peralatan ringan seperti penyodok, pertempuran Kampar menunjukkan apa yang dapat dicapai oleh satu pasukan yang mempunyai kedudukan yang strategik berbanding pasukan yang lebih besar.