Manhaj: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Rieloaded (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan ''Manhaj' menurut pengertian bahasa ialah, "jalan yang jelas/terang." Kalimah ini terdapat juga penggunaannya di dalam al-Quran, antaranya ialah firman A...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 07:37, 30 November 2012

'Manhaj' menurut pengertian bahasa ialah, "jalan yang jelas/terang." Kalimah ini terdapat juga penggunaannya di dalam al-Quran, antaranya ialah firman Allah:

"Li kulli saja'alnaa minkum syir'an wa manhaajan" bermakna: "Untuk tiap-tiap ummat (di antara kamu) Kami berikan aturan dan jalan yang terang."( Al-Maidah, 5:48. )

Manhaj yang dimaksudkan pada ayat di atas ialah "Jalan dan Sunnah." Menurut Imam Ibn Kathir dan As-Syaukani yang dinukil dari Abi Abbas Muhammad bin Yazid, apa yang dimaksudkan sebagai manhaj ialah:

" Adapun apa yang dimaksudkan sebagai manhaj ialah: Jalan yang terang dan mudah. "

Akan tetapi kalimah manhaj ini telah di gunakan oleh masyarakat di zaman ini dengan pengertian yang baru iaitu: Perancangan yang tersusun rapi seperti perancangan dalam dasar pelajaran dan pendidikan. Ia juga bermaksudkan cara dan dasar umpamanya sebagai contoh:"Manhaj dakwah" yang mana ia dimaksudkan cara,dasar dan perancangan dakwah tersebut.