Undang-undang kontrak Inggeris: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alistaire (bincang | sumb.)
Alistaire (bincang | sumb.)
Baris 108:
Sebahagian daripada penafsiran kontrak melibatkan mahkamah-mahkamah dan statut-statut menyiratkan terma-terma dalam perjanjian-perjanjian.<ref>''[[Attorney General of Belize v Belize Telecom Ltd]]'' [2009] [http://www.bailii.org/uk/cases/UKPC/2009/10.html UKPC 10]</ref> Secara amnya, mahkamah-mahkamah menyiratkan terma-terma apabila terma-terma tersurat perjanjian mewujudkan jurang. Disebabkan fahaman [[kebebasan berkontrak]] yang diamalkan, mahkamah-mahkamah tidak lazim membatalkan terma-terma tersurat untuk pihak-pihak terbabit.<ref>However where contracts are avoidable for lack of [[good faith]], [[misrepresentation]], [[duress]] or [[undue influence]], or lack of capacity, and an order to reverse unjust enrichment is imposed, the same functional result may be reached.</ref> Perundangan juga boleh dijadikan sumber untuk terma-terma tersirat, dan boleh dibatalkan dengan persetujuan pihak-pihak, atau mempunyai ciri-ciri wajib.<ref>For instance, the [[Model Articles]] for companies incorporated under the [[Companies Act 2006]] contain many such default rules, while the terms of the [[Employment Rights Act 1996]] cannot be contracted out of.</ref> Bagi kontrak secara am, terma-terma individu disiratkan ("tersirat sebagai fakta") untuk mencerminkan "jangkaan munasabah pihak-pihak", dan seperti proses penafsiran, penyiratan terma dalam kontrak komersil mesti dikaitkan dalam konteks komersil.<ref>''[[Equitable Life Assurance Society v Hyman]]'' [2000] [http://www.bailii.org/uk/cases/UKHL/2000/39.html UKHL 39], [2002] 1 AC 408, 459. The same test is used for implying contracts, ''[[Baird Textiles Holdings Ltd v Marks & Spencer plc]]'' [2001] [http://www.bailii.org/ew/cases/EWCA/Civ/2001/274.html EWCA Civ 274], [2002] 1 All ER (Comm) 737.</ref> Dalam kes ''[[Equitable Life Assurance Society lwn Hyman]]'' memutuskan, dalam penghakiman yang dipertikaikan, bahawa "kadar anuiti terjamin" pemegang-pemegang polisi syarikat [[insurans nyawa]] tidak boleh diperturunkan kadar bonus mereka oleh pengarah-pengarah semasa syarikat menghadapi masalah kewangan, kerana ia akan bertentangan dengan "jangkaan munasabah" pemegang-pemegang polisi berkenaan. Lord Steyn menyatakan bahawa suatu terma mesti disiratkan dalam kontrak polisi bahawa budi bicara pengarah-pengarah dibataskan kerana "ia sangat perlu... untuk memberikan kesan kepada jangkaan munasabah kesemua pihak".<ref>[2002] 1 AC 408, 459. See also ''[[Paragon Finance plc v Nash]]'' [2002] 1 WLR 685 and ''[[AG of Belize v Belize Telecom Ltd]]'' [2009] [http://www.bailii.org/uk/cases/UKPC/2009/10.html UKPC 10], [20]-[21]</ref> Pembentukan secara objektif dan berkonteks ini adalah berlainan degan pembetukan subjekfif ujian penyiratan terma, yang menanya apakah pendekatan "[[pemerhati peramah]]" berkenaan apa yang "mungkin dikontrakkan pihak-pihak" sekirana mereka memakai minda mereka kepada jurang yang wujud dalam kontrak.<ref>''[[The Moorcock]]'' (1889) 14 PD 64 and ''[[Southern Foundries (1926) Ltd v Shirlaw]]'' [1940] AC 701</ref> Amalan-amalan perdagangan juga boleh menjadi punca terma tersirat sekiranya ia "pasti, dikenalpasti, wajar, diiktiraf sebagai mengikat dari segi undang-undang dan konsisten dengan terma-terma tersurat".<ref>''[[Cunliffe-Owen v Teather & Greenwood]]'' [1967] 1 WLR 1421, per Ungoed Thomas LJ. See also ''[[Hutton v Warren]]'' [1836] [http://www.bailii.org/ew/cases/EWHC/Exch/1836/J61.html EWHC Exch J61]</ref>
 
Dalam kontrak-kontrak spesifik, seperti yang untuk jualan barangan, antara [[tuan tanah dan penyewa]], atau dalam [[undang-undang buruh UK|pekerjaan]], mahkamah-mahkamah menyiratkan terma-terma piawai (atau terma-terma "yang tersirat dalam undang-undang"). Terma-terma seperti ini merupakan "peraturan-peraturan tetap" yang dipakai apabila tidak dipersetujui sebaliknya. Dalam satu jenis kodifikasi, [[Akta Jualan Barangan 1893]] menyenaraikan kesemua peruntukan-peruntukan kontrak piawai dalam kebanyakan perjanjian-perjanjian komersil yang dibentuk melalui ''common law''. Ini telah dikemaskinikan dalam [[Akta Jualan Barangan 1979]] dan terpakai apabila pihak-pihak dalam kontrak tidak menyetujui sebaliknya. Sebagai contoh, dibawah seksyen 12 hingga 14, sebarang kontrak untuk jualan barangan disiratkan dengan terma bahawa pejual mempunyai hak terhadap barangan tersebut, bahawa barangan tersebut menepati apa yang dikatakan dan ia adalah berkualiti baik dan boleh digunakan untuk tujuan ia dibeli. Secara serupanya seksyen 13 [[Akta Pembekalan Barangan dan Perkhidmatan 1982]] menyatakan bahawa [[perkhidmatan (ekonomi)|perkhidmatan-perkhidmatan]] mestilah dilakukan dengan perhatian dan kemahiran yang wajar. Di dalam ''common law'' ujian yang digunakan untuk menentukan terma tersirat seperti ini adalah terma "apa yang perlu" terhadap perlaksanaan kontrak tersebut. Ujian ini didapati dalam kes ''[[Liverpool City Council v Irwin]]''<ref>[1977] AC 329. The judgment of [[Lord Denning MR]] in the Court of Appeal, [1976] QB 319, is notable for asserting that the judiciary should be able to imply terms whenever it is reasonable.</ref> di mana Dewan Pertuanan memutuskan bahawa seorang tuan tanah punyai kewajipan terhadap penyewa-penyewa pangsapuri untuk memastikan bahawa pangsapuri tersebut diselenggarakan sewajarnya. Dalam kontrak-kontrak pekerjaan, beberapa terma-terma piawai juga disiratkan, sebelumpun statut dirujuk, sebagai contoh untuk memberikan pekerja-pekerja maklumat secukupnya untuk membuat penentuan terhadap tuntutan saraan mereka.<ref>See ''[[Scally v Southern Health and Social Services Board]]'' [1992] 1 AC 294, cf ''[[Crossley v Faithful & Gould Holdings Ltd]]'' [2004] EWCA Civ 293</ref> Terma terutama dalam kontrak pekerjaan adalah bahawa kedua-dua majikan dan pekerja mempunyai obligasi "[[saling mempercayai dan menyakini]]". Kesalingan percaya dan yakin ini boleh dilanggar dalam beberapa situasi, terutama dalam keadaan perlakuan majikan membolehkan seseorang pekerja menganggap dirinya sebagai [[pemecatan konstruktif|dipecat secara konstruktif]].<ref>e.g. ''[[Wilson v Racher]]'' [1974] ICR 428</ref> Dalam kes ''[[Mahmud dan Malik lwn Bank of Credit and Commerce International SA]]''<ref>[1998] AC 20</ref> Dewan Pertuanan memutuskan bahawa kewajipan ini dilanggar oleh majikan yang mengendalikan perniagaannya untuk menutup kegiatan-kegiatan yang menyalahi undang-undang. Dewan Pertuanan menggariskan bahawa terma ini sentiasa boleh dikecualikan, tetapi ini telah dipertikaikan kerana tidak seperti kontrak barangan atau perkhidmatan antara entiti-entiti komersil, perhubungan majikan dan pekerja disifatkan sebagai [[ketidaksenambungan kuasa rundingan|tidak senambung]]. Dalam kes ''[[Johnstone lwn Bloomsbury Health Authority]]''<ref>[1992] QB 333</ref> Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa doktor yang masih baru tidak boleh dipaksa bekerja 88 jam seminggu meskipun ia adalah terma nyata dalam kontraknya, sekiranya ini membahayakan kesihatannya. Tetapi seorang hakim menyatakan bahawa keputusan ini didapati dalam pemakaian [[Akta Terma Kontrak Tidak Adil 1977]], seorang lagi hakim menyatakan bahawa di ''common law'' terma yang nyata tersurat boleh ditafsir berdasarkan terma-terma tersirat, dan seorang lagi puna menyatakan bahawa terma-terma tersirat boleh mengecualikan terma-terma tersurat.<ref>[1992] QB 333, respectively Leggatt LJ at 347-349, Sir Nicholas Browne-Wilkinson VC at 349-352, and Stuart Smith LJ at 340-347.</ref> Dalam alam pekerjaan baikpun hal ehwal pengguna, mahkamah-mahkamah Inggeris masih tidak bermuafakat mengenai sejuahsejauh manakah mereka boleh mengenepikan paradigma asas [[kebebasan berkontrak]] apabila tiada peruntukan undang-undang statut.
 
==Lihat juga==