Undang-undang kontrak Inggeris: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alistaire (bincang | sumb.)
Alistaire (bincang | sumb.)
Baris 109:
 
Dalam kontrak-kontrak spesifik, seperti yang untuk jualan barangan, antara [[tuan tanah dan penyewa]], atau dalam [[undang-undang buruh UK|pekerjaan]], mahkamah-mahkamah menyiratkan terma-terma piawai (atau terma-terma "yang tersirat dalam undang-undang"). Terma-terma seperti ini merupakan "peraturan-peraturan tetap" yang dipakai apabila tidak dipersetujui sebaliknya. Dalam satu jenis kodifikasi, [[Akta Jualan Barangan 1893]] menyenaraikan kesemua peruntukan-peruntukan kontrak piawai dalam kebanyakan perjanjian-perjanjian komersil yang dibentuk melalui ''common law''. Ini telah dikemaskinikan dalam [[Akta Jualan Barangan 1979]] dan terpakai apabila pihak-pihak dalam kontrak tidak menyetujui sebaliknya. Sebagai contoh, dibawah seksyen 12 hingga 14, sebarang kontrak untuk jualan barangan disiratkan dengan terma bahawa pejual mempunyai hak terhadap barangan tersebut, bahawa barangan tersebut menepati apa yang dikatakan dan ia adalah berkualiti baik dan boleh digunakan untuk tujuan ia dibeli. Secara serupanya seksyen 13 [[Akta Pembekalan Barangan dan Perkhidmatan 1982]] menyatakan bahawa [[perkhidmatan (ekonomi)|perkhidmatan-perkhidmatan]] mestilah dilakukan dengan perhatian dan kemahiran yang wajar. Di dalam ''common law'' ujian yang digunakan untuk menentukan terma tersirat seperti ini adalah terma "apa yang perlu" terhadap perlaksanaan kontrak tersebut. Ujian ini didapati dalam kes ''[[Liverpool City Council v Irwin]]''<ref>[1977] AC 329. The judgment of [[Lord Denning MR]] in the Court of Appeal, [1976] QB 319, is notable for asserting that the judiciary should be able to imply terms whenever it is reasonable.</ref> di mana Dewan Pertuanan memutuskan bahawa seorang tuan tanah punyai kewajipan terhadap penyewa-penyewa pangsapuri untuk memastikan bahawa pangsapuri tersebut diselenggarakan sewajarnya. Dalam kontrak-kontrak pekerjaan, beberapa terma-terma piawai juga disiratkan, sebelumpun statut dirujuk, sebagai contoh untuk memberikan pekerja-pekerja maklumat secukupnya untuk membuat penentuan terhadap tuntutan saraan mereka.<ref>See ''[[Scally v Southern Health and Social Services Board]]'' [1992] 1 AC 294, cf ''[[Crossley v Faithful & Gould Holdings Ltd]]'' [2004] EWCA Civ 293</ref> Terma terutama dalam kontrak pekerjaan adalah bahawa kedua-dua majikan dan pekerja mempunyai obligasi "[[saling mempercayai dan menyakini]]". Kesalingan percaya dan yakin ini boleh dilanggar dalam beberapa situasi, terutama dalam keadaan perlakuan majikan membolehkan seseorang pekerja menganggap dirinya sebagai [[pemecatan konstruktif|dipecat secara konstruktif]].<ref>e.g. ''[[Wilson v Racher]]'' [1974] ICR 428</ref> Dalam kes ''[[Mahmud dan Malik lwn Bank of Credit and Commerce International SA]]''<ref>[1998] AC 20</ref> Dewan Pertuanan memutuskan bahawa kewajipan ini dilanggar oleh majikan yang mengendalikan perniagaannya untuk menutup kegiatan-kegiatan yang menyalahi undang-undang. Dewan Pertuanan menggariskan bahawa terma ini sentiasa boleh dikecualikan, tetapi ini telah dipertikaikan kerana tidak seperti kontrak barangan atau perkhidmatan antara entiti-entiti komersil, perhubungan majikan dan pekerja disifatkan sebagai [[ketidaksenambungan kuasa rundingan|tidak senambung]]. Dalam kes ''[[Johnstone lwn Bloomsbury Health Authority]]''<ref>[1992] QB 333</ref> Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa doktor yang masih baru tidak boleh dipaksa bekerja 88 jam seminggu meskipun ia adalah terma nyata dalam kontraknya, sekiranya ini membahayakan kesihatannya. Tetapi seorang hakim menyatakan bahawa keputusan ini didapati dalam pemakaian [[Akta Terma Kontrak Tidak Adil 1977]], seorang lagi hakim menyatakan bahawa di ''common law'' terma yang nyata tersurat boleh ditafsir berdasarkan terma-terma tersirat, dan seorang lagi puna menyatakan bahawa terma-terma tersirat boleh mengecualikan terma-terma tersurat.<ref>[1992] QB 333, respectively Leggatt LJ at 347-349, Sir Nicholas Browne-Wilkinson VC at 349-352, and Stuart Smith LJ at 340-347.</ref> Dalam alam pekerjaan baikpun hal ehwal pengguna, mahkamah-mahkamah Inggeris masih tidak bermuafakat mengenai sejauh manakah mereka boleh mengenepikan paradigma asas [[kebebasan berkontrak]] apabila tiada peruntukan undang-undang statut.
 
===Terma-terma tidak adil===
{{main|Terma tidak adil dalam undang-undang Inggeris|Akta Terma Kontrak Tidak Adil 1977|Peraturan Terma Tidak Adil dalam Kontrak Pengguna 1999|Perlindungan pengguna UK}}
Pada penguhujung abad ke-20, Parlimen meluluskan campur tangan komprehensifnya yang pertama dalam doktrin kebebasan berkontrak dalam bentuk [[Akta Terma Kontrak Tidak Adil 1977]]. Perihal terma tidak adil adalah meluas dan termasuklah kontrak-kontrak di bawah [[Akta Kredit Pengguna 1974]], [[Akta Hak Pekerjaan 1996]] dan [[Akta Tuan Tanah dan Penyewa 1985]]. Perundangan yang berkait [[perlindungan pengguna]] juga sering dikemaskinikan oleh [[Kesatuan Eropah]] seperti dalam undang-undang [[Peraturan Ganti Rugi Penerbangan Kesatuan Eropah]],<ref>See EU Directive 2000/31/EC</ref> yang kemudiannya dimasukkan dalam undang-undang tempatan melalui [[instrumen statut]] yang diluluskan di bawah subseksyen 2(2) [[Akta Komuniti Eropah 1972]] sebagai contoh dengan [[Peraturan Perlindungan Pengguna (Jualan Jarak Jauh) 2000]]. Perundangan terutama mengenai terma kontrak tidak adil yang berasal daripada Kesatuan Eropah adalah [[Peraturan Tidak Adil dalam Kontrak Pengguna 1999]].<ref>See [http://www.legislation.gov.uk/uksi/1999/2083/contents/made SI 1999/2083], implementing the [[EU Unfair Consumer Contract Terms Directive]] [http://eur-lex.europa.eu/smartapi/cgi/sga_doc?smartapi!celexapi!prod!CELEXnumdoc&lg=EN&numdoc=31993L0013&model=guichett 93/13/EC]</ref> Kedua-dua [[Akta Terma Kontrak Tidak Adil 1977]] dan [[Peraturan Terma Tidak Adil dalam Kontrak Pengguna 1999]] mempunyai pemakaian serupa dan oleh sebab ini [[Suruhanjaya Pembaharuan Undang-Undang]] telah mencadangkan [[Rang Undang-Undang Terma Kontrak Tidak Adil]] untuk menggabungkan kedua-duanya dalam satu dokumen dan memperkasakan perlindungan terhadap [[perniagaan kecil-kecilan]] tetapi Parlimen masih belum bertindak keatasnya.<ref>Law Commission, ''Unfair Terms in Contracts'' (2005) [http://www.lawcom.gov.uk/unfair_terms.htm Law Com 292]</ref>
 
==Lihat juga==