Undang-undang kontrak Inggeris: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alistaire (bincang | sumb.)
Alistaire (bincang | sumb.)
Baris 113:
{{main|Terma tidak adil dalam undang-undang Inggeris|Akta Terma Kontrak Tidak Adil 1977|Peraturan Terma Tidak Adil dalam Kontrak Pengguna 1999|Perlindungan pengguna UK}}
Pada penguhujung abad ke-20, Parlimen meluluskan campur tangan komprehensifnya yang pertama dalam doktrin kebebasan berkontrak dalam bentuk [[Akta Terma Kontrak Tidak Adil 1977]]. Perihal terma tidak adil adalah meluas dan termasuklah kontrak-kontrak di bawah [[Akta Kredit Pengguna 1974]], [[Akta Hak Pekerjaan 1996]] dan [[Akta Tuan Tanah dan Penyewa 1985]]. Perundangan yang berkait [[perlindungan pengguna]] juga sering dikemaskinikan oleh [[Kesatuan Eropah]] seperti dalam undang-undang [[Peraturan Ganti Rugi Penerbangan Kesatuan Eropah]],<ref>See EU Directive 2000/31/EC</ref> yang kemudiannya dimasukkan dalam undang-undang tempatan melalui [[instrumen statut]] yang diluluskan di bawah subseksyen 2(2) [[Akta Komuniti Eropah 1972]] sebagai contoh dengan [[Peraturan Perlindungan Pengguna (Jualan Jarak Jauh) 2000]]. Perundangan terutama mengenai terma kontrak tidak adil yang berasal daripada Kesatuan Eropah adalah [[Peraturan Tidak Adil dalam Kontrak Pengguna 1999]].<ref>See [http://www.legislation.gov.uk/uksi/1999/2083/contents/made SI 1999/2083], implementing the [[EU Unfair Consumer Contract Terms Directive]] [http://eur-lex.europa.eu/smartapi/cgi/sga_doc?smartapi!celexapi!prod!CELEXnumdoc&lg=EN&numdoc=31993L0013&model=guichett 93/13/EC]</ref> Kedua-dua [[Akta Terma Kontrak Tidak Adil 1977]] dan [[Peraturan Terma Tidak Adil dalam Kontrak Pengguna 1999]] mempunyai pemakaian serupa dan oleh sebab ini [[Suruhanjaya Pembaharuan Undang-Undang]] telah mencadangkan [[Rang Undang-Undang Terma Kontrak Tidak Adil]] untuk menggabungkan kedua-duanya dalam satu dokumen dan memperkasakan perlindungan terhadap [[perniagaan kecil-kecilan]] tetapi Parlimen masih belum bertindak keatasnya.<ref>Law Commission, ''Unfair Terms in Contracts'' (2005) [http://www.lawcom.gov.uk/unfair_terms.htm Law Com 292]</ref>
 
{{quote box|bgcolor=#c6dbf7|width=22em|align=left|salign=right|quote="Tiada siapapun darimu yang kini akan mengingati masalah yang dihadapi kami pada masa itu - apabila saya didaftaraikan sebagai Peguambela - dengan klausa pengecualian. Mereka bersaiz kecil dan dicetak di belakang hampir kesemua tiket, permohonan dan invois. Mereka juga boleh dijumpai dalam katalog dan jadual waktu. Mereka kesemuanya diputuskan mengikat mereka yang menerimanya tanpa bantahan. Tiada siapapun yang membantah. Tiada siapapun yang membacanya atau mengetahui apa yang terkandung dalamnya. Tidak mengira betapa tidak munasabahnya ia, dia masih terikat dengannya. Kesemuanya dilakukan atas nama "[[kebebasan berkontrak]]". Tetapi kebebasan ini berat sebelah pihak besar yang punyai mesin percetakan. Tiada kebebasan bagi pihak kecil yang mengambil tiket, permohonan atau invois. Pihak besar berkata, "[[Pilihan Hobson|Suka diambil, tidak suka jangan diambil]]". Pihak kecil terpaksa akur dengannya. Pihak besar boleh dan sememangnya mengecualikan dirinya daripada liabiliti dengan memikirkan kepentingan dirinya tanpa mengambil berat perihal pihak kecil. Pihak besar ini terlepas daripada menanggung akibat perbuatan ini berkali-kalinya. Apabila mahkamah-mahkamah menyatakan kepada pihak besar itu "Kamu mestilah meletakkannya dalam istilah yang mudah difahami," ia tidak teragak-agak melakukannya. Ia mengetahui bahawa pihak kecil tidak akan membaca klausa pengecualian atau memahaminya. Ia adalah [[In the Bleak Midwinter|masa suram]] bagi undang-undang kontrak kita."
|source=[[Lord Denning MR]] dalam ''[[George Mitchell (Chesterhall) Ltd lwn Finney Lock Seeds Ltd]]'' [1982] [http://www.bailii.org/ew/cases/EWCA/Civ/1982/5.html EWCA Civ 5], [1983] QB 284, 297}}
 
==Lihat juga==