Nanas: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
MerlIwBot (bincang | sumb.)
k bot membuang: sa:अनानस् फलम् (deleted)
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
k →‎Kultivar: gambar
Baris 20:
==Kultivar==
Kultivar nanas yang ditanam di Malaysia terdiri daripa 3 kumpulan yang besar iaitu Jenisnanas CAYENE, nanas SPANISH  dan nanas QUEEN. Keluasan penanaman nanas di negara terus naik daripada seluas 14,833 hektar (2005) kepada 15,311 (2007) , 15,792 hektar (2009) dan seluas 17,601 (2010) seperti dilaporkan dalam Laporan Agromakanan [[Kementerian Pertanian]] 2011.<ref>[http://www.doa.gov.my/web/guest/dasar_agromakanan Laporan Dasar Agromakanan.</ref> Sebanyak 416,070 metrik tan nanas dihasilkan pada tahun 2010 yang bernilai RM 644.908 juta dengan purata pengeluaran nanas negara sekitar 25.1 metrik tan sehektar. Negeri Johor merupakan pengeluar utana nanas di Malaysia dengan kawasan seluas 9,830 hektar (57% dari keluasan di Malaysia) dan menghasilkan sebanyak 163,830 metrik tan pada tahun 2010. Industri nanas telah lama di usahakan di Johor terutama ditanam di atas tanah gambut untuk di kaleng (ditinkan) atau pun untuk jualan nanas segar.
[[imej:Nanas Josapine.JPG|thumb|250px|Nanas kultivar Josapine.]]
 
[[imej:Nanas N36.JPG|thumb|250px|Nanas kultivar N36.]]
===Kumpulan CAYENE===
Kultivar ini mempunyai saiz buah yang besar, mata buah yang rata, isinya berwarna kuning pucat dengan kandungan gula dan asid yang tinggi. Nanas jenis ini menunjukkan pertumbuhan tampang (vegetative growth) yang cepat dengan tepi daunnya halus dan berduri dibahagian hujung sahaja. Nanas jenis ini popular ditanam di banyak lokasi seluruh dunia untuk dikalengkan  dan mempuyai bentuk buah yang tirus. Senang sahaja nak kenal nanas ini iaitu nanas Sarawak dan Smooth Cayene daripada saiznya dan bentuknya.  Kelebihan jenis ini dikatakan rintang terhadap penyakit reput teras dan juga penyakit buah hantu.