Perbezaan antara semakan "Williams F1"

1,960 bait ditambah ,  7 tahun lalu
 
==Rekod perlumbaan – Formula Satu==
===Cosworth (2010–2011)===
{{lihat juga|Cosworth}}
 
[[Fail:Nico Hulkenberg 2010 Bahrain.jpg|thumb|right|[[Nico Hülkenberg]] memandu untuk Williams di [[Grand Prix Bahrain 2010]].]]
Selepas tamatnya kontrak [[Toyota F1|Toyota]], Williams mengumumkan bahawa bahawa mereka akan mengunakan enjin [[Cosworth]] dari musim 2010.<ref>{{cite web|title=Williams mengesahkan Cosworth bagi musim 2010|url=http://www.racecar-engineering.com/news/cars/428781/williams-confirm-cosworth-for-2010.html|date=30 Oktober 2009|work=Racecar Engineering|accessdate=2 November 2009}}</ref> Williams juga mengantikan pemandu mereka bagi musim 2010. [[Rubens Barrichello]] menyertai pasukan daripada juara pengeluar tahun 2009, [[Brawn GP]], manakala juara GP2, Nico Hülkenberg menjadi pemandu kedua pasukan. [[Valtteri Bottas]] pula menjadi pemandu ujian pasukan.<ref>{{cite news|title=Williams menandatangani Bottas sebagai pemandu ujian|url=http://www.autosport.com/news/report.php/id/81111|first=Matt|last=Beer|work=Autosport|publisher=Haymarket Media Group|date=29 Januari 2010|accessdate=29 Januari 2010}}</ref>
 
Hülkenberg mendapat [[petak pertama]] pasukan dalam tempoh lima tahun di [[Grand Prix Brazil 2010|Grand Prix Brazil]]. Hülkenberg telah digugurkan dari barisan pasukan menjelang musim 2011, dan digantikan oleh juara GP2 Series, [[Pastor Maldonado]].<ref>{{cite news|title=Williams menandatangani Pastor Maldonado bagi musim 2011|url=http://www.guardian.co.uk/sport/2010/dec/02/williams-pastor-maldonado-2011-f1-season|date=2 Disember 2010|accessdate=3 Februari 2011|work=The Guardian |location=UK|agency=Press Association}}</ref> Gabungan Rubens Barrichello dan Maldonado bermakna ini merupakan kali pertama sejak musim 1981 bahawa Williams akan memulakan musim tanpa pemandu Eropah dalam barisan mereka. Pada hari kedua dalam sesi ujian pra-musim di [[Circuito de Jerez|Jerez]], Barrichello mencatatkan masa terpantas pada minggu tersebut pada hari terakhir.
 
===Kembali menggunakan enjin Renault (2012–)===
Pada 4 Julai 2011, Williams mengumumkan bahawa mereka akan menggunakan enjin [[Renault F1|Renault]] dari [[Formula Satu musim 2012|musim 2012]].<ref>{{cite news|url=http://www.attwilliams.com/news/view/1859|title=Williams bertemu semula dengan Renault bagi musim 2012|work=AT&T Williams|publisher=Williams F1|date=4 Julai 2011|accessdate=4 Disember 2012}}</ref> Pada 1 Disember 2011, ia telah disahkan bahawa Maldonado akan dikekalkan bagi musim 2012, bersama-sama dengan pemandu simpanan, [[Valtteri Bottas]]. Menurut pelbagai sumber, ia telah disahkan pada 17 Januari 2012 bahawa [[Bruno Senna]] akan menjadi rakan sepasukan Maldonado. Dengan ini, berakhirlah kerjaya Rubens Barrichello dalam Formula Satu.
7,001

suntingan