HRT F1: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
JerichoNation (bincang | sumb.)
JerichoNation (bincang | sumb.)
Fail
Baris 31:
== Sejarah ==
===Musim 2010===
[[Fail:Senna Belgium 2010.jpg|thumb|rightleft|[[Bruno Senna]] di [[Grand Prix Belgium 2010]].]]
Selepas jentera Hispania F110 tidak mempunyai sebarang ujian pra-musim, kereta tersebut melengkapkan pusingan pertamanya pada hujung minggu di [[Grand Prix Bahrain 2010|Grand Prix Bahrain]]. [[Bruno Senna]] melengkapkan 3 pusingan pada sesi latihan bebas pertama. Pada sesi latihan bebas kedua, beliau melengkapkan 17 pusingan, namun salah satu roda keretanya longgar selepas melengkapkan pusingan terakhirnya.<ref>{{cite news|last=Beer|first=Matt|title=Rosberg terpantas pada sesi kedua|publisher=Haymarket Publications|work=autosport.com|url=http://www.autosport.com/news/report.php/id/82017|date=12 Mac 2010|accessdate=13 Mac 2010}}</ref> Pada sesi kelayakan, Senna dan [[Karun Chandhok]] mendapat tempat ke-23 dan ke-24 masing-masing. Pada hari perlumbaan, Chandhok bersara asal pada pusingan kedua dan Senna bersara pada pusingan ke-18 selepas enjin keretanya menjadi terlalu panas.<ref>{{cite news|last=Elizalde|first=Pablo|title=Senna lega untuk melengkapkan beberapa pusingan|publisher=Haymarket Publications|work=autosport.com|url=http://www.autosport.com/news/report.php/id/82148|date=14 Mac 2010|accessdate=14 Mac 2010}}</ref>
Baris 48:
===Musim 2011===
[[Fail:V Liuzzi Monza 2011.jpg|thumb|right|220px|[[Vitantonio Liuzzi]] memandu di [[Grand Prix Itali 2011]].]]
Pada 6 Januari, Narain Karthikeyan mengumumkan bahawa beliau akan memandu untuk Hispania pada [[Formula Satu musim 2011|musim 2011]]. Beliau sebelum ini memandu untuk pasukan [[Jordan Grand Prix|Jordan]] pada tahun 2005.<ref>{{cite news|last=Noble|first=Jonathan|title=Karthikeyan signs race deal with HRT|publisher=Haymarket Publications|work=autosport.com|url=http://www.autosport.com/news/report.php/id/88821|date=6 Januari 2011|accessdate=6 Januari 2011}}</ref> [[Vitantonio Liuzzi]] pula disahkan sebagai pemandu kedua Hispania pada 9 Mac 2011.<ref>{{cite news|url=http://edition.cnn.com/2011/SPORT/motorsport/03/09/motorsport.f1.liuzzi.hispania/index.html|title=Liuzzi akan berlumba untuk Hispania Racing|accessdate=14 Julai 2011|publisher=CNN|publisher=[[Turner Broadcasting System]]|date=9 Mac 2011}}</ref>
Jentera pasukan bagi musim 2011, iaitu Hispania F111, membuat kemunculan sulungnya pada sesi latihan bebas kedua di [[Grand Prix Australia 2011|Grand Prix Australia]]. Pada sesi kelayakan, kedua-dua pemandu gagal untuk melepasi masa 107%. Di [[Grand Prix Malaysia 2011|Malaysia]], kedua-dua pemandu berjaya melepasi masa 107% dan berjaya memulakan perlumbaan pertama mereka pada musim ini. Walau bagaimanapun, kedua-dua kereta bersara disebabkan masalah teknikal. Di [[Grand Prix China 2011|China]], Liuzzi dan Karthikeyan mendapat tempat ke-22 dan ke-23 masing-masing.