Perbezaan antara semakan "Seruling"

19 bait dibuang ,  8 tahun lalu
[[File:Zampoña.jpg|thumb|right|Memain ''[[Siku (panpipe)|zampona]]'', sejenis alat ''[[pan flute]] [[Zaman budaya Peru|Pra-Inca]].]]
 
Dalam bentuk asasnya, seruling boleh berbentuk tiub yang ditiup seperti meniup botol. Terdapat beberpa kelas seruling. Dengan kebanyakan seruling, ahli muzik meniup terus merentasi pinggir atau bibir pemipit, dengan 1/4 bahagian bibir bawah menutup lubang embosur. Namun, beberapa jenis seruling seperti [[wisel]], [[gemshorn]], [[flageolet]], [[rekorder]], ''[[tin whistle]]'', ''[[tonette]]'', [[fujara]], dan [[okarina]] memiliki saluran yang menyalurkan udara kepada pinggir alat (dikenali sebagai ''fipple''). Alat sedemikian dikenali sebagai "flut fipple"". Fipple memberi alat timbre yang berlainan daripada seruling yang tidak mempunyai fipple dan memudahkan permainan alat tersebut; walau bagaimanapun, pemain kehilangan sedikit kawalan alat.
 
Satu lagi pembahagian ialah antara seruling tiupan tepi (seruling melintang) seperti flut konsert Barat, [[pikolo]], [[faif]], [[dizi]] dan [[bansuri]]; dan seruling tiupan hujung seperti ''[[ney]]'', ''[[xiao]]'', ''[[kaval]]'', ''[[danso]]'', ''[[shakuhachi]]'', ''[[flut Anasazi]]'' dan ''[[quena]]''. Pemain seruling tiupan tepi menggunakan lubang pada tepi tiub bagi menjana ton, berbanding pemain alat tiupan hujung yang mempunyai lubang tiup di hujungnya. Perhatikan bahawa seruling tiupan hujang tidak sama dengan seruling fipple (seperti rekorder) yang juga dimainkan menegak tetapi memiliki saluran dalaman yang menyalurkan udara kepada pinggir lubang ton.
 
Seruling boleh terbuka pada satu atau kedua-dua hujung. Okarina, [[xun]], ''[[pan pipes]]'', dan wisel polis, dan wisel bosun adalah alat yang tertutup. Seruling yang terbuka hujung seperti flut konsert dan rekorder memiliki harmonik lebih, justeru permainannya lebih fleksibel, dan timbre yang lebih ceria.
 
Seruling boleh memiliki beberapa tiub, namun seruling yang mempunyai hanya satu tiub merupakan jenis yang paling kerap dijumpai. Seruling yang memiliki banya alat penyalun dapat dimainkan mengikut satu alat resonan setiap kali (seperti pan pipes) atau lebih dari satu alat resonan sekali gus (seperti dengan flut ganda).
 
Seruling dapat dimaiankan dengan beberapa sumber udara. Seruling kebiasaan ditiup dengan mulut, mahupun terdapat alat yang ditiup melalui hidung ([[seruling hidung]], misalnya, selengut, alat muzik orang [[Sarawak]]). Paip [organ]], yang dari segi akustik sama dengan seruling salur, ditiup dengan belo atau kipas.
 
== Rujukan ==