Perbezaan antara semakan "Wikipedia:Kedai Kopi (lain-lain)"

 
==Perbezaan antara perdebatan dan pengundian==
Saya mendapati bahawa terdapat setakat kekeliruan terhadap pemahaman antara '''perdebatan''' dan '''pengundian''' apabila Yosri berkata: "Kalau jelas seperti : Patutkah rencana Wiki Indonesia disalin ke laman Wiki Melayu (Ya/Tidak). Itu ertinya "direct to the point"."
 
Dari segi '''pengundian''', seseorang yang berlayak mengundi hanya diperlukan memberi pendiriannya tanpa mengemukakan sebarang alasan. Mungkin alasan-alasan yang mendasari pendiriannya itu munasabah atau tidak, tetapi itu tidak mustahak. Selain itu, perasaan peribadi serta sikap berat sebelah juga boleh diterima untuk mencapai keputusan.
 
Sebaliknya, '''perdebatan''' juga bertujuan untuk mencapai pemahaman, selain daripada keputusan. Kekadangnya, keputusan tidak sepenting dengan pengundian. Seseorang mungkin membantah sesuatu pendirian pada mula-mulanya kerana pendiriannya berdasarkan fakta-fakta yang salah ataupun tidak lengkap. Maka dengan mendengar alasan-alasan yang dikemukakan oleh para peserta yang lain, seseorang mungkin akan mengubah pendiriannya yang asal. Umpamanya, Jay mengubah pendiriannya terhadap pelucutan jawatan Ychmatematik selepas mendengar alasan-alasan yang saya kemukakan di halaman [[Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Perlucutan Ychmatematik untuk sysop 23 Mac 2007#Undian#Sokongan|Wikipedia: Penyelia]], walaupun itu merupakan suatu pengundian dan bukannya suatu perdebatan. Kalau dia tidak mengubah pendiriannya selepas menyedari "kesilapan"nya, dia tidak salah juga kerana itu hanya merupakan sebuah pengundian.
 
Walaupun demikian, saya harus berkata bahawa perubahan pendirian bukannya sesuatu yang dapat dicapai dengan mudah. Ia memerlukan setakat rendah hati yang banyak orang tidak mempunyai. Banyaknya yang akan menekan minyak sahaja walaupun mereka sedar akan kesilapan mereka. Mereka tidak akan mengaku salah kerana keangguhan. Keangguhan adalah sesuatu yang tidak dapat diatasi dengan mudah. Dalam suatu perdebatan di USM, adik Lim Chong Yu (namanya saya terlupa tetapi dia seorang arkitek) dengan angkuhnya berkata: "''I agree with you only because you agree with me'' ".  Mungkin kenyataannya itu bertujuan untuk dijadikan suatu jenaka tetapi jika demikian, dia kelihatan gagal dengan begitu teruk kerana wajahnya mengesahkan keangkuhannya. Tetapi peserta-perserta semacam ini memang licik. Jika dituduh, dia memang akan bercakap bahawa dia hanya berjenaka dan kamu terlalu peka, sebagaimana dengan salah seorang penyelia di portal ini yang kini mungkin akan mengalami takdir yang dialami oleh Ychmatematik. Oleh itu, Jay ialah salah satu spesies yang amat luar biasa.
 
Berdasarkan pengalaman saya dalam forum-forum internet, saya benar-benar tidak pernah menemui seorang seperti Jay. Ini bukan cakap bohong. Umpamanya, tahukah anda tentang perdebatan yang begitu hebat pada pertengahan tahun 2006 (atau sekitarnya) terhadap hak cipta gambar akhbar yang ditentang dengan begitu hebat oleh John MK Lee dan Yosri. Adakah mereka pernah mengaku kesilapan pendirian mereka setakat ini, walaupun halaman [[Istimewa:Upload|Muat Naik]] kini nyata merangkumi banyak pilihan, termasuknya "Kegunaan adil" yang membenarkan gambar akhbar digunakan, dan bukannya Perlesenan GNDL sahaja. Saya bukannya cakap bohong kerana adanya Nixon files di Arkib Kedai Kopi yang dapat membuktikan apa yang saya kata.
 
Selain itu dalam sesuatu perdebatan, perasaan serta sikap berat sebelah tidak boleh ditunaikan. Semua pendirian harus berdasarkan fakta dan alasan. Tanpa fakta atau alasan yang munasabah, sesuatu pendirian akan ditewaskan dengan begitu teruk. Inilah perbezaan yang paling besar antara perdebatan dan pengundian. Oleh sebab itu, tajuk seperti: "Patutkah rencana Wiki Indonesia disalin ke laman Wiki Melayu (Ya/Tidak)" tidak boleh digunakan untuk perdebatan, hanya untuk pengundian.
 
Tambahan pula, seseorang penganjur yang memulakan sesuatu perdebatan mungkin juga akan mengubah pendiriannya selepas mendengar alasan-alasan dan fakta-fakta yang dikemukakan oleh para peserta. Kekadang juga, suatu keputusan yang lebih baik akan muncul daripada perdebatan itu yang awal-awal tidak pernah difikir oleh sebarang penyerta, termasuk penganjur pada dirinya. Inilah manfaat perdebatan, bukannya untuk mengukuhkan keangkuhan atau pendirian peribadi. — [[Pengguna: PM Poon|PM Poon]] 22:18, 6 April 2007 (UTC)
28,020

suntingan