Perbezaan antara semakan "Hamengkubuwono IX"

tiada ringkasan suntingan
[[Image:HB_IX.jpg|thumb|240px220px|'''Hamengkubuwono IX''']]
 
'''Sri Sultan Hamengkubuwono IX''' ([[12 April]] [[1912]] - Oktober [[1988]]) adalah Gabenor pertama [[Yogyakarta|Daerah Istimewa Yogyakarta]], Sultan ke-9 Kesultanan Ngayogyakarta Hadiningrat (Kesultanan Yogyakarta) dan naib presiden [[Indonesia]] yang kedua.
 
Beliau dilahirkan di Sompilan Ngasem, Yogyakarta dan adalah anak kepada Sri Sultan Hamengkubuwono VIII dan Raden Ajeng Kustilah. Beliau menuntut di HIS di Yogyakarta, MULO di Semarang dan AMS di Bandung. Pada tahun 1930 beliau melanjutkan pelajarannya di [[Universiti Leiden]] di [[Belanda]]. Sultan muda ini telah menerima pendidikan cara Barat tetapi beliau tidak melupakan asal-usul Jawanya. Beliau ditabalkan sebagai Sultan Yogyakarta pada [[18 Mac]] 1940 dan digelar: ''"Sampeyan Dalem Ingkang Sinuwun Kanjeng Sultan Hamengkubuwono Senopati Ing Alogo Ngabdurrakhman Sayidin Panotogomo Kholifatullah Ingkang Kaping Songo"''.
 
Sri Sultan Hamengkubuwono IX terkenal sebagai seorang yang memberi sokongan kuat kepada gerakan kemerdekaan di Indonesia. Beliau juga terkenal sebagai pendukung prinsip reformasi. Sebagai contoh, salah satu dasar kerajaan yang diperkenalnya adalah untuk memberi lebih banyak kuasa kepada ketua-ketua kampung dan juga membaharui pentadbiran kratonnya.
Sri Sultan Hamengkubuwono IX meninggal dunia di ''George Washington University Medical Center'', [[Amerika Syarikat]], semasa dirawat disana pada Oktober 1988 dan dikebumikan di pemakaman diraja di Imogiri, Yogyakarta. Di kraton diraja di sana terdapat sebuah muzium yang didirikan untuk memperingati sumbangan beliau.
 
==Lihat juga:==
* [[Daftar Timbalan Presiden Indonesia]]
* [[Daftar Raja-Rajaraja Jawa]]
* [[Yogyakarta|Daerah Istimewa Yogyakarta]]
 
[[CategoryKategori:Indonesia]]
 
[[en:Sri Sultan Hamengkubuwono IX]]
Pengguna awanama