Republik Hawaii: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Dekoelie (bincang | sumb.)
GilliamJF (bincang | sumb.)
k Typo
Baris 44:
==Pemberontakan Wilcox 1895==
 
Revolusioner Hawaii [[Robert William Wilcox]] telah mengetuai beberapa pemberontakan untuk mengembalikan semula kerajaan beraja di Hawaii. Pemberontakan pertama adalah pada [[1888]] sebagai reaksi kepada Perlembagaan Bayonet. Pada cubaannya yang kedua pada [[1889]], dia telah mengetuai sebuah pasukan yang terdiri daripada 150 orang Hawaii, Eropah dan Cina. Pada kedua-dua kalinya, Wilcox telah dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan tetapi telah dilepaskan kerana pihak juri tidak mendapatnya bersalah. Pada [[1895]], Wilcox mengambil bahagian dalam percubaan yang ketiga, kali ini untuk menjatuhkan kerajaan Republik Hawaii dan mengembalikan kuasa memerintah Liliuokalani. Penyokong raja telah membawa satu kargo senapang dan peluru dari [[San FrancisoFrancisco]], [[California]] ke suatu tempat rahsia di Honolulu. Di lokasi tersebut, sebuah kompeni penyokong raja akan membuat rancangan untuk menawan bangunan-bangunan kerajaan secara mengejut. Namun sebuah pertemuan tidak sengaja dengan sebuah skuad polis telah merosakkan pelan mereka dan ramai di antara mereka telah ditangkap. Wilcox telah lari dan bersembunyi di pergunungan sebelum diberkas. Beberapa pertelingkahan kecil berlaku beberapa minggu kemudian yang mengakibatkan penangkapan beberapa ketua komplot dan pengikut mereka. Pemerintah telah menjumpai beberapa senapang dan peluru dan dokumen-dokumen yang melibatkan beberapa orang ternama seperti Liliuokalani di perkarangan [[Washington Place]] dan juga di rumah Liliuokalani.
 
==Perbicaraan Liliuokalani==