Perbezaan antara semakan "Lingkungan suara"

902 bait ditambah ,  14 tahun lalu
==Kejituan lingkungan suara==
Lingkungan suara atau vokal adalah sesuatu yang agak sukar untuk diperjelaskan kejituannya begitu juaga bukanlah senang sukar untuk membandingkan lingkungan suara penyanyi-penyanyi untuk genre-genre yang berlainan. Kualiti tonal suara untuk menentukan jenis-jenis suara adalah juga sepenting lingkungan nota muzik.
 
Definasi di atas adalah sebuah penjelasan yang terlalu umum untuk lingkungan suara. Ianya bermaksud sebagai perbandingan untuk nota tertinggi dan terendah yang mana boleh dihasilkan oleh suara. Penjelasan umum ini walau bagaimanapun, selalunya tidak boleh dimaksudkan sebagai penjelasan untuk erti sebenar “lingkungan suara” secara amnya. Ini adalah kerana sesetengah nota yang boleh dihasilkan oleh suara, tidak dianggap sebagai “kegunaan untuk muzik” untuk beberapa sebab tertentu. Seperti contohnya, apabila kita berbincang mengenai lingkungan suara seorang penyanyi opera lelaki, penggunaan pic falseto tidak boleh diambil kira kerana ianya tidak digunakan di dalam nyanyian opera. Penyanyi “doo-wop” lelaki dan juga penyanyi koir lelaki pula menggunakan banyak pic falsetto, oleh itu penggunaan nada tinggi melalui falseto ini dikira di dalam definasi lingkungan suara mereka.
 
==Lingkungan suara dalam muzik klasikal==
7,175

suntingan