Pemberontakan Taiping: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 4:
Pemberontakan Taiping dinamakan untuk satu pemberontakan besar-besaran dalam tahun-tahun [[1850]] hingga [[1864]]. Pemberontakan Taiping dilancarkan oleh rakyat-rakyat miskin [[China]] untuk menggulingkan kerajaan Manchu yang berkuasa melalui [[Dinasti Ching]].
 
==Latar belakang==
 
==Latar belakang==
Rakyat-rakyat miskin China hidup dalam keadaan amat tertekan. Pemerintah Dinasti Ching (berbangsa [[Manchu]] dari keturunan [[Mongol]]) tidak memahami masalah rakyat China yang menanggung derita. Dalam tahun-tahun 1840-an, [[China]] dilanda banjir dan [[kahat]] akibat malapetaka dan bencana yang lain. Pemberontakan dipimpin oleh [[Hung Hsiu-ch'üan]] yang kononnya mempercayai dirinya sebagai adik kepada [[Nabi Isa]], dan diberikan satu wahyu untuk membebaskan negeri [[China]] dari pemerintahan [[Manchu]]. [[Hung Hsiu-ch'üan]] menyebarkan ajaran persaudaraan sesama insan, dan harta perkongsian bersama.
 
Pengikut-pengikut yang berkepercayaan kuat terhadap ajaran-ajaran [[Hung Hsiu-ch'üan]] mengumpulkan satu bala tentera yang cukup berdisiplin berjumlah lebih 1 juta orang lelaki dan wanita. (Ajaran Taiping memberikan layanan setaraf antara lelaki dan wanita).
 
==Kejayaan Awalawal==
 
Dalam tahun 1863, pemberontak Taiping berjaya menawan [[Nanjing]], dan menamakan bandar it sebagai [[Tianjing]] (Ibu Negara Umpama Syurga) tetapi usaha untuk menawan [[Beijing]] membawa kepada kebuntuan. Namun demikian, pergerakan pemberontak menyusuri [[Sungai Yangtze]] (Chang Jiang) mencapai kejayaan cemerlang.
 
Baris 18 ⟶ 17:
Kepimpinan Taiping juga mula lupa diri dan meninggalkan pegangan asal mereka semasa memulakan perjuangan mereka, dan mula mementingkan kebendaan. Perbalahan merebut kuasa menjadi lumrah di kalangan pemimpin Taiping. [[Hung Hsiu-ch'üan]] kini tidak mempunyai kepemimpinan yang kompeten dan berwibawa.
 
==Campur Tangantangan Negaranegara Barat Dandan Permulaanpermulaan Keruntuhankejatuhan Pemberontakpemberontak Taiping==
 
Negara-negara Barat memahami bahawa sekiranya kerajaan China digulingkan, perdagangan mereka dengan China akan terhenti, maka mereka memberikan bantuan. Dalam tahun 1860, percubaan untuk menawan Shanghai ditewaskan oleh pasukan tentera yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan Britain. Shanghai ketika itu adalah pelabuhan besar dan mempunyai kontinjen tentera pelbagai negara termasuk [[Jerman]], [[Britain]], [[Amerika Syarikat]] dan [[Perancis]].
 
Baris 27 ⟶ 25:
 
==Kesan==
 
Pemberontakan Taiping membawa kemusnahan dan kesengsaraan kepada 17 wilayah China dan mengorbankan 20 juta jiwa. Kerajaan Ching mengalami kerugian besar dan tidak lagi berupaya menguasai negeri China dengan berkesan.