Lingkungan suara: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
Baris 12:
 
==Lingkungan suara dalam muzik klasikal==
Lingkungan suara adalah sesuatu yang amat penting di dalam muzik klasikal (opera). Di dalam opera, dua pertimbangan yang dianggap sebagai prinsip pemilihan adalah; kualiti suara di dalam lingkungan suara yang konsisten dan mempunyai kebolehan untuk menyebut sebutan nyanyian yang jelas dalam pic yang tinggi melebihi bunyi muzik orchestra (Tidak semestinya nada yang tinggi sahaja tetapi kekerapannya agak tinggi untuk pemegang watak utama lelaki dan wanita). Oleh sebab ini, lingkungan suara penyanyi lelaki opera ditimbang dengan nada pic yang dihasilkan di dalam suara penuh, tanpa penggunaan falsetto, yang menghasilkan nada suara yang keras berbanding dengan nota rendah penyanyi-penyanyi lelaki genre lain.
Keseluruhan rencana ini masih dalam pembinaan - [[Pengguna:Whjayg|Jay]] 04:17, 30 Mac 2007 (UTC)
 
Pertimbangan untuk lingkungan suara penyanyi opera wanita pula agak berbeza dan lebih bebas. Kriteria yang sama juga digunakan untuk ini tetapi wanita yang memiliki suara yang paling tinggi (penyanyi soprano) sesekali boleh juga menbentuk daftar tingkat flageolet untuk mencapai nota tertinggi walaupun ianya sedikit sebanyak mengubah warna bunyi suara penyanyi tersebut. Walau bagaimana pun, sekiranya penyanyi tersebut tidak boleh menyampaikan pic dengan betul, suara beliau tidak dikira sebagai berada di dalam lingkungan suara tersebut.
 
==Klasifikasi lingkungan suara dalam muzik klasikal solo==