Perbezaan antara semakan "Lingkungan suara"

k
 
==Lingkungan suara dalam muzik klasikal==
Lingkungan suara adalah sesuatu yang amat penting di dalam [[muzik klasikal]] ([[opera]]). Di dalam [[opera]], dua pertimbangan yang dianggap sebagai prinsip pemilihan adalah; kualiti suara di dalam lingkungan suara yang konsisten dan mempunyai kebolehan untuk menyebut sebutan nyanyian yang jelas dalam pic yang tinggi melebihi bunyi [[muzik]] [[orkestra]] (Tidak semestinya nada yang tinggi sahaja tetapi kekerapannya agak tinggi untuk pemegang watak utama [[lelaki]] dan [[perempuan|wanita]]). Oleh sebab ini, lingkungan suara [[penyanyi]] [[lelaki]] [[opera]] ditimbang dengan nada pic yang dihasilkan di dalam suara penuh, tanpa penggunaan [[falseto]], yang menghasilkan nada suara yang keras berbanding dengan nota rendah penyanyi-[[penyanyi]] [[lelaki]] genre lain.
 
Pertimbangan untuk lingkungan suara [[penyanyi]] [[opera]] [[perempuan|wanita]]) pula agak berbeza dan lebih bebas. Kriteria yang sama juga digunakan untuk ini tetapi [[perempuan|wanita]]) yang memiliki suara yang paling tinggi ([[penyanyi]] [[soprano]]) sesekali boleh juga menbentuk daftar tingkat flageolet untuk mencapai nota tertinggi walaupun ianya sedikit sebanyak mengubah warna bunyi suara [[penyanyi]] tersebut. Walau bagaimana pun, sekiranya [[penyanyi]] tersebut tidak boleh menyampaikan pic dengan betul, suara beliau tidak dikira sebagai berada di dalam lingkungan suara tersebut.
 
Muzik [[koir]] ([[koir|Koral]]) dianggap sebagai kurang tegas berbanding dengan [[opera]]. Berlawanan dengan [[opera]], [[koir]] mengamalkan nyanyian beramai-ramai menjadikan suara individu sebagai kurang penting dan tidak jelas. Sebagai contoh, nyanyian [[koir]] boleh juga menyanyikan nota yang rendah sepertimana nota yang dibuat untuk persembahan nyanyian [[opera]]. Walaupun sebenarnya tidak ada [[penyanyi]] di dalam kumpulan [[koir]] tersebut yang mampu menyanyikan nada serendah itu, namun apabila sekumpulan [[penyanyi]] menyanyi beramai-ramai, nada serendah begitu boleh dihasilkan.
7,175

suntingan