Carolyn Keene: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
A60551104 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
A60551104 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Carolyn Keene''' ialah [[nama samaran]] penulis-penulis siri novel misteri ''[[Nancy Drew]]''  serta juga siri novel misteri ''[[Budak-budak GadisPerempuan Dana]]''  yang kedua-duanya diterbitkan oleh [[Sindiket Stratemeyer]]. [[Edward Stratemeyer]] menggaji penulis-penulis, termasuk [[Mildred Benson]], untuk menulis novel-novel dalam siri ini. Beliau pada mula-mulanya hanya membayar AS$125 untuk setiap buku dan memerlukan penulis-penulisnya melepaskan seluruh hak cipta mereka melalui kontrak serta juga mengekalkan kerahsiaan. [[Harriet Adams]], anak perempuan Edward Stratemeyer, juga menulis buku-buku dalam siri ''Nancy Drew''  di bawah nama samaran yang sama.
 
Penulis-[[penulis siluman]] lain yang menggunakan nama ini untuk menulis novel-novel misteri ''Nancy Drew''  termasuk James Duncan Lawrence, Walter Karig, Nancy Axelrod, Priscilla Doll, Charles Strong, Alma Sasse, Wilhelmina Rankin, George Waller Jr., Margaret Scherf, dan [[Susan Wittig Albert]].
 
[[Leslie McFarlane]] menulis empat buah cerita ''Budak-budak GadisPerempuan Dana''  yang pertama pada tahun [[1934]] dan [[1935]]. Siri ini ialah versi ''[[Budak-budak Lelaki Hardy]]''  yang difeminisasikan. Jilid-jilid ini diiklankan sebagai ditulis oleh penulis Nancy Drew dan dipromosikan secara hebat dengan menggunakan jaket-jaket buku untuk siri ini. ''Budak-budak Perempuan Dana''  kemudian ditulis secara siluman oleh penulis-penulis lain, termasuk [[Mildred Benson]] dan Harriet Adams. Siri ini habis cetakan selama kira-kira empat tahun dari tahun [[1945]] hingga tahun [[1949]] dan diperkenalkan semula dengan [[kerja seni]] dan ilustrasi jaket buku yang baru. Siri itu tamat penerbitannya pada tahun [[1968]], dimodenkan, dan diperkenalkan semula pada tahun [[1972]]. Walaupun demikian, siri ini tidak begitu berjaya berbanding dengan terbitan-terbitan Sindiket Stratemeyer yang lain, dan siri ini ditamatkan secara kekal pada tahun [[1981]].
 
==Pautan luar==