Peperangan anti-kapal selam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Abangmanuk (bincang | sumb.)
Laman baru: '''Peperangan anti-kapal selam''' adalah satu cabang peperangan laut yang menggunakan kapal-kapal laut, pesawat udara dan lain-lain set untuk mencari, menjejak dan seterusnya memusnahkan...
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 18:42, 10 April 2007

Peperangan anti-kapal selam adalah satu cabang peperangan laut yang menggunakan kapal-kapal laut, pesawat udara dan lain-lain set untuk mencari, menjejak dan seterusnya memusnahkan kapal selam musuh. Peperangan anti-kapal selam dicirikan oleh penggunaan teknologi terkini dan perlaksanaan pergerakan dan percaturan yang memerlukan banyak kesabaran dan ketekunan di pihak mereka yang memburu dan mereka yang diburu.

Pegaai di anjung kapal pembinasa yang menjadi pengiring konvoi menggunakan teropong untuk mencari dan mengesan kehadiran kapal-kapal selam semasa Pertempuran Atlantik, Oktober 1941
Bom “depth charge” dipasang kepada senjata di atas kapal korvet HMS Dianthus, 14 Ogos 1942
Lampu Leigh dipasangkan kepada sebuah pesawat Liberator dari Markas Gerangan Pantai Tentera Udara Diraja Britain, 26 Februari 1944
Hedgehog, sejenis mortar anti-kapal selam dengan 24 laras meriam dipasangkan di bahagian haluan kapal pembinasa HMS Westcott
Pesawat Vought SB2U dari USS Ranger terbang menjalankan misi anti-kapal selam mengiringi konvoi WS12 dalam perjalanan ke Capetown, 27 November 1941

Perang Dunia I

Semasa Perang Dunia I, kapal selam muncul sebagai satu ancaman baru kepada tentera-tentera laut yang terlibat. Sebelumnya, penggunaan kapal selam terhad kepada operasi berdekatan pantai dan hanya di dalam keadaan cuaca baik. Kapal selam pula bersaiz kecil dan tidak mempunyai keupayaan belayar dan beroperasi untuk jangka masa yang lama. Keadaan ini berubah setelah sistem diesel elektrik mula digunakan untuk menujah kapal selam. Diesel lebih selamat digunakan dan tidak mudah terbakar, berbanding dengan petrol dan lain-lain bahan api. Keadaan ini membolehkan beberapa tentera laut untuk membina kapal selam yang lebih besar dengan keupayaan belayar dan beroperasi untuk jangka masa yang lebih lama di laut lepas.

Sungguhpun demikian, kapal selam biasanya menggunakan enjin diesel dan belayar di atas permukaan laut sambil mengecas baterinya. Kapal selam hanya menyelam apabila hendak menyerang sasaran musuh ataupun apabila mengesan kehadiran kapal-kapal perang musuh di kawasan berdekatan.

Untuk menangani ancaman baru ini, kapal-kapal kecil yang dilengkapi dengan meriam digunakan. Oleh kerana peperangan anti-kapal selam satu bidang baru ketika itu, mereka yang melaksanakan peperangan anti-kapal selam bergantung kepada nasib untuk mencari dan memusnahkan kapal selam.