Yunizar Hussein: Perbezaan antara semakan

kemas
Tiada ringkasan suntingan
(kemas)
 
'''Yunizar Hussein''' merupakan seorang penyanyi wanita yang berasal dari Malaysia. Beliau dikenali setelah memasuki pertandingan Bintang RTM. Beliau mempunyai suara yang unik seakan-akan penyanyi Indonesia serta menarik minat pelbagai syarikat rakaman antaranya Philips dan akhirnya mereka mengambilnya sebagai artis rakaman pada tahun 1979. Pada masa itu, artis Philips (juga dikenali sebagai Polydor, Polygram dan Universal Music) terdiri daripada [[Alleycats]], [[Kumpulan Flybaits|Flybaits]] dan [[M. Nasir]].<ref>http://miraks.multiply.com/photos/album/39/KULIT_ALBUM_YUNIZAR_HUSSEIN?&album=39&view:replies=reverse#</ref>
 
 
==Riwayat Hidup==
Beliau merupakan anak kepada Dato' Mohamed Hoessein Enas,<ref>http://www.theartgallerypg.com/artist-biodata/mohd-hoessein-enas-dato</ref> iaitu seorang pelukis handalan yang mendapat gelaran pelukis diraja. Yunizar pernah berada di [[Bangkok]], [[Thailand]] kerana mengikut suaminya, Michele Ranieri yang bekerja di kedutaan [[Itali]] yang bertempat di Thailand. Ranieri adalah seorang yang berbangsa Itali dan bekerja sebagai ''Attache'' (bahagian Hal Ehwal Konsular) di kedutaan itu. Beliau juga fasih [[Bahasa Thai|berbahasa Thai]] kerana sudah lama menetap di situ.<ref>http://www.manggaonline.com.my/berita-selebriti/809-yunizar-hussein-nyanyi-di-bangkok.html</ref> Beliau mempunyai sepasang dua orang anak iaitu Francisco Fahad dan Karima Althea. Beliau juga merupakan seorang ahli terapi yang bertauliah serta menggunakan kepakarannya itu untuk mencipta beberapa pati aroma terapi dan mempraktikkan rawatan tersebut di rumah. Selain itu, beliau juga adalah seorang katerer yang menerima tempahan untuk majlis yang tertentu. Beliau juga mementingkan pendidikan agama serta mendedahkan beberapa makanan tradisional masyarakat [[Melayu]] kepada anak-anaknya. Selain daripada fasih berbahasa Thai, beliau juga pandai bertutur di dalam bahasa [[Bahasa Itali|Itali]], [[Bahasa Sepanyol|Sepanyol]], [[Bahasa Perancis|Perancis]], [[Bahasa Urdu|Urdu]] dan [[Bahasa Indonesia|Indonesia]].<ref>http://praharaseni.blogspot.com/2011/06/yunizar-ahli-terapi-bertauliah.html</ref>
 
 
==Kelahiran Album Pertama: Cinta==
[[Ooi Eow Jin]] bertanggungjawab sebagai penerbit kepada album sulung beliau yang bertajuk ''Cinta'' pada tahun 1979. Ooi Eow Jin bersama Hamed Samad (bekas suami Yunizar) dan Kofosin bertindak untuk mengubah dan menyusun muzik untuk album ini. Beliau hanya menghasilkan empat album termasuk satu album duet iaitu ''Dia Ibuku'' bersama dengan M. Nasir.
Selepas menghasilkan album yang bertajuk ''Semasa'', terbitan M. Nasir pada tahun 1982, beliau terus menghilang dari dunia seni tanahair.
 
 
==Diskografi==
* [[Yunizar (album)|Yunizar]] (1980)
* [[Semasa (album)|Semasa]] (1982)
 
 
===Album Duet===
* [[Dia Ibu Ku (album)|Dia Ibu Ku]] (1981)
 
 
===Album Kompilasi===
* [[Pemberian Di Hari Raya]] (1981)
 
 
==Rujukan==
{{Yunizar Hussein}}
 
[[Kategori:Penyanyi Malaysia]]
[[Kategori:Penyanyi wanita Malaysia]]
1,124

suntingan