Salamiah Hassan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kerina yin (bincang | sumb.)
kemas
Baris 21:
 
'''Salamiah Hassan''' merupakan salah seorang [[penyanyi]] wanita di [[Malaysia]]. Beliau pernah menyertai pertandingan Bakat TV 1971 anjuran [[Radio Televisyen Malaysia]] (RTM). Dalam pertandingan itu, beliau telah mendendangkan lagu "If You Go Away". Tetapi, beliau tidak berjaya untuk mendapat tempat tiga teratas apabila sekadar menduduki tempat yang kelapan di dalam pertandingan tersebut.<ref>http://sezali1970.multiply.com/journal/item/129/PERTANDINGAN-BAKAT-TV-1971-LIVE</ref>
 
 
==Penglibatan Awal Dalam Dunia Seni==
Pada masa dahulu, beliau pernah bercita-cita untuk menjadi seorang jururawat, tetapi akhirnya beliau menceburi bidang seni. Namun, kegagalan dalam pertandingan tersebut tidak mematahkan semangat beliau. Datuk [[Ahmad Nawab]] yang ketika itu pemuzik bersama Orkestra RTM telah melihat bakat besar yang dimiliki oleh beliau dan bersetuju untuk menerbitkan album sulungnya bersama Life Records. Ahmad Nawab pada masa itu adalah seorang komposer dan penerbit album yang popular dan banyak menghasilkan lagu hit. Pada tahun 1973, beliau membuat kemunculan pertama dalam dunia rakaman dengan album EP, "[[Surat Terakhir (album)|Surat Terakhir]]" dengan iringan Fina Orkestra. Lagu "Surat Terakhir" ciptaan Ahmad Nawab dan lirik oleh Din Osman benar-benar melonjakkan nama beliau dalam arena seni suara tanah air. Lagu tersebut dirakamkan semula oleh beberapa penyanyi seperti [[Anita Sarawak]], Flora Santos, [[Khatijah Ibrahim]], Syafinaz dan [[Dia Fadila]]. Tiga lagu lain di dalam album itu ialah "Tetap Menanti", "Hanya Sekali" dan "Terima Lah". Semua lagu tersebut merupakan saduran daripada lagu Inggeris dan liriknya ditulis sendiri oleh beliau. Populariti beliau pada masa itu telah menambahkan keyakinan Life Records untuk terus menerbitkan albumnya dari tahun 1973 - 1976. Beliau telah berjaya merakamkan 8 EP (setiap satu mengandungi 4 lagu) yang diterbitkan oleh Ahmad Nawab dan M. Daud. Beliau mempunyai sebuah album hari raya yang bertajuk "[[Aidil Fitri (album)|Aidil Fitri]]" ketika bersama Life Records. Di samping itu, beliau mempunyai empat album studio (setiap satu mengandungi 8-12 lagu).
 
 
==Penerusan Karier Sebagai Artis Rakaman==
Salah satu album beliau ialah album runut bunyi (OST) yang bertajuk "[[Cinta dan Lagu (album)|Cinta dan Lagu]]" untuk filem [[Cinta dan Lagu (filem)|Cinta dan Lagu]]. Filem ini dibintangi oleh [[Noor Azizah]] dan [[Hail Amir]] yang keluaran 1976. Pada tahun yang sama, beliau muncul dengan satu lagi album runut bunyi iaitu "[[Jiwa Remaja (album)|Jiwa Remaja]]" untuk filem "[[Jiwa Remaja (filem)|Jiwa Remaja]]". Filem ini pula dilakonkan oleh [[Uji Rashid]] dan [[Hail Amir]]. Bagaimanapun, album ini dikeluarkan oleh Shaw Brothers iaitu penerbit filem tersebut. Pada tahun 1976, beliau beralih angin dengan menyertai Warnada Records bersama nama-nama besar yang lain pada ketika itu iaitu Zulkiflee, [[Sudirman Haji Arshad]] dan [[Dahlan Zainuddin]]. Beliau telah menghasilkan EP yang bertajuk "[[Masa Berlalu (album)|Masa Berlalu]]" terbitan [[Ooi Eow Jin]] dan seorang lagi pemuzik di RTM. Dua tahun kemudian, beliau sekali lagi muncul dengan album runut bunyi iaitu "[[Tiada Esok Bagimu (album)|Tiada Esok Bagimu]]" untuk filem [[Tiada Esok Bagimu (filem)|Tiada Esok Bagimu]]. Filem ini dilakonkan oleh [[Jins Shamsuddin]], [[Noorkumalasari]] dan [[Sarimah Ahmad]]. Lagu "Gelombang" merupakan ciptaan komposer veteran iaitu [[Kassim Masdor]] dan lirik oleh wartawan terkenal, Bahyah Mahmood. Perkara ini telah meletakkan nama beliau kukuh dalam persada seni tanah air. Kassim Masdor telah bertindak sebagai penerbit album terbitan Senada Records ini. Pada awal era 1980-an, beliau terus merakamkan suaranya dengan syarikat rakaman antarabangsa yang baru bertapak di Malaysia iaitu CBS Records (kini Sony-BMG). Di bawah label CBS Records yang menaungi artis generasi baru dan muzik dengan gaya baru, beliau telah menghasilkan dua album iaitu "[[Suatu Penantian (album)|Suatu Penantian]]" (1982) terbitan Kassim Masdor dan "[[Kembali (album)|Kembali]]" (1984) yang diterbitkan oleh Ahmad Shariff. Selepas kontraknya dengan CBS Records berakhir, beliau menyepi daripada membuat rakaman album kerana menumpukan perhatian kepada pembikinan lagu untuk iklan. Beliau juga menghiasi iklan produk popular pada zaman 1980-an sehingga beliau digelar "Ratu Jinggles". Pada tahun 1987, beliau kembali merakamkan album iaitu "[[Menghitung Hari (album)|Menghitung Hari]]" bersama Betarecs Records Sdn. Bhd. Lagu "Menghitung Hari" ciptaan [[Freddie Fernandez]] dan lirik oleh [[Habsah Hassan]] telah menjadi pujaan ramai ketika itu bahkan sehingga kini.
 
 
==Pengakhiran Karier Dalam Dunia Seni==
Hampir 18 tahun tidak merakamkam suara, beliau kembali merakamkan suara melalui album "[[Tirai Terakhir (album)|Tirai Terakhir]]" pada tahun 2005. Ramai yang menyangka bahawa Tirai Terakhir diterbitkan oleh adiknya. Tetapi album ini diterbitkan oleh Hadi Hassan melalui syarikat rakaman Eight Tones. Album ini merupakan edaran Power Records serta menjadi penutup kepada kariernya sebagai artis rakaman. Ironinya, beliau telah membuka lembaran karier rakaman album dengan penghasilan album pertama iaitu Surat Terakhir dan melabuhkannya dengan album Tirai Terakhir.
 
 
==Menyertai MasterChef Selebriti Malaysia==
Baris 41 ⟶ 45:
 
Beliau juga ingin meneruskan minat dalam bidang masakan terutamanya apabila dapat mengacara rancangan masakannya sendiri apabila dinobatkan sebagai Juara [[MasterChef Selebriti Malaysia]]. Tetapi, nasib tidak menyebelahinya kerana beliau tersingkir pada episod yang ke-2.<ref>http://www.astro.com.my/masterchef/articles/art_10644.html</ref>
 
 
==Album==
Baris 53 ⟶ 58:
* [[Aku Menangis Siapa Tahu (album)|Aku Menangis Siapa Tahu]] (1975)
* [[Masa Berlalu (album)|Masa Berlalu]] (1976)
 
 
===Album Studio===
Baris 59 ⟶ 65:
* [[Menghitung Hari (album)|Menghitung Hari]] (1987)
* [[Tirai Terakhir (album)|Tirai Terakhir]] (2005)
 
 
===Album Runut Bunyi===
Baris 64 ⟶ 71:
* [[Cinta dan Lagu (album)|Cinta dan Lagu]] (1976)
* [[Tiada Esok Bagimu (album)|Tiada Esok Bagimu]] (1978)
 
 
===Album Lain===
* Bakat TV 1971 (1971)
 
 
==Lagu-lagu==
[[Senarai lagu-lagu nyanyian oleh Salamiah Hassan]]
 
 
==Rujukan==
{{reflist}}
 
 
==Pautan luar ==
Baris 81 ⟶ 92:
 
[[Kategori:Penyanyi wanita Malaysia]]
[[Kategori:Penyanyi Malaysia]]
 
[[en:Salamiah Hassan]]