Kota Yogyakarta: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 58:
'''Kota Yogyakarta''', juga dikenali sebagai '''Jogja''', '''Yogya''', '''Yogyakarta''', dan '''Jogjakarta''', adalah sebuah [[bandar raya]] yang besar di [[Indonesia]]. Bandar raya ini pernah menjadi [[ibu negara]] [[Indonesia]] pada masa [[pemberontakan]]. Selain itu, bandar raya ini adalah ibu kota [[Daerah Istimewa Yogyakarta]] yang dipimpin oleh [[Hamengkubuwono X|Sri Sultan Hamengkubuwono X]] dan [[Pangeran]] Pakualam. Makanan khas bandar raya ini ialah [[gudeg]].
 
Yogyakarta juga dikenali sebagai kota pelajar kerana hampir 20% daripada penduduknya adalah pelajar, dengan 137 buah institusi pendidikan tinggi terletak di sini. Pelajar-pelajarnya berasal dari berbagai-bagai daerah di Indonesia. Institusi-institusi pendidikan tinggi yang dimiliki oleh kerajaan ialah [[Universiti Negeri Yogyakarta]], [[Institut Seni Indonesia Yogyakarta]], serta [[Universiti Islam Negeri Sunan Kalijaga]].
 
Yogyakarta pernah menjadi pusat [[Kerajaan Mataram]] antara tahun-tahun [[1575]]-[[1640]]. Sehingga sekarang, Kraton (Istana) masih berfungsi dalam erti yang sesungguhnya. Yogyakarta juga mempunyai banyak [[candi]] yang berusia ribuan tahun dan yang merupakan peninggalan kerajaan-kerajaan besar zaman dahulu, antaranya Candi [[Borobudur]] yang dibangun pada [[abad ke-9]] oleh [[Dinasti Syailendra]].