Nabi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 183.171.167.202 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Orcaz
Baris 9:
 
Lain lagi bukti atas kenabian (Nabi Muhammad s.a.w.) yang berupa mukjizat beliau. Mukjizat tersebut (selalu) ada dan dapat diindera, iaitu Al-Quran. Jadi dalilnya adalah aqli.
 
 
Sepertimana dalil nakli dan dalil akli adanya Allah.
 
Dalil Akli Muhammad Adalah Rasulullah: Muhammad juga dituduh sebagai Ahli Sihir oleh ramai sezaman dengan baginda, kerana kemampuan baginda mengatasi orang orang sezaman dengan baginda dalam Bahasa Arab dan Sejarah. Abu Bakar As-Sidiq adalah antara orang orang yang menyaksikan kebenaran kerasulan Muhammad, gelaran beliau As-Siddiq adalah kerana beliau membenarkan segala maklumat yang keluar dari mulut Nabi Muhammad, walaupun waktu itu ramai juga yang sengaja memilih untuk mendustakan segala kebenaran Nabi Muhammad walaupun mereka sedar akan kebenaran baginda. Sedangkan hampir kesemua penduduk Mekah yang dewasa mengenali baginda sejak lahir, baginda adalah seorang yang Buta Huruf. Walaupun baginda dari keturunan bangsawan Quraish iaitu satu kaum yang mula mula sekali membina tamaddun Arab di Tanah Hijaz. Baginda hidup sebagai anak yatim, mulanya dijaga oleh datuk baginda kemudian setelah kemangkatan datuk, baginda dijaga pula oleh bapa saudara baginda yang benama Abu Talib.
 
Dibesarkan dengan kasih sayang oleh bapa saudara baginda tapi segala peluang ilmu hanya disalurkan oleh Abu Talib kepada anak-anak sendiri. Sebagai anak yatim yang dibesarkan oleh bapa saudara, beliau redha dengan keputusan keluarga dengan mentaati segala arahan terutama sekali menjaga ladang ternak milik keluarga. Baginda membesar dalam keadaan tidak memilik ilmu secara formal yang boleh memberi kedudukan tinggi dalam masyarakat Arab Quraish. Dan kedudukan baginda sebagai anak yatim telah membuatkan baginda tidak dapat mewarisi apa apa harta pusaka dan takhta kedudukan dalam masyarakat Arab Quraish yang sepatutnya beliau perolehi melalui bapa sendiri yang juga mewarisi kedudukan dan harta datuk sendiri iaitu Abdul Mutalib, ini kerana dalam Adat Resam Masyarakat Arab Quraish ketika itu menghapuskan hak baginda kerana kematian bapa baginda ketika baginda dalam kandungan ibu.
 
Baginda juga memiliki rupa paras indah dan akhlak semulajadi yang mulia dengan ini membuatkan ramai orang berilmu ketika itu suka berkawan dengan baginda tapi cemburu dengan nikmat yang ada pada baginda. Baginda tidak diajar oleh manusia ketika itu dalam apa bidang ilmu yang boleh memberi kedudukan tinggi walaupun tidak formal namun siapapun yang bijak pandai ketika itu tidak mahu mengajar baginda kerana ditakuti baginda mendapat kedudukan yang lebih dan megatasi mereka semua. Akhlak dan keelokan baginda menjadi tarikan seorang wanita dari golongan bangsawan jua, Siti Khadijah, yang melantik baginda menjadi pengurus perniagaan dan akhirnya baginda dipinang oleh Siti Khadijah untuk dijadikan suami.
 
Namun begitu, bila tiba masa yang ditentukan Allah sendiri, Muhammad Bin Abdullah menjadi Rasul atas pilihan Allah sendiri melalui perantaraan Malaikat Jibril. Jibril memberi wahyu dari Allah kepada baginda dan menjadikan baginda seorang Rasul yang membawa mukjizat Al-Quran serta membenarkan Nabi-Nabi dan kitab-kitab terdahulu. Sedangkan semua orang ketika itu tahu Nabi Muhammad tidak boleh membaca dan menulis (Ummi) Bahasa Arab inikan pula bahasa Ibrani dan Seryani atau lain-lain yang menjadi bahasa catatan kitab-kitab dar Nabi-Nabi terdahulu. Serta rupa paras baginda yang tersangat elok yang dicemburui oleh guru-guru dan orang-orang yang berilmu ketika hingga baginda tidak terdedah kepada majlis-majlis ilmu kerana tidak dijemput. Tetap ilmu-ilmu yang boleh memberi kedudukan tinggi disisi Allah tetap sampai kepada Nabi Muhammad.
 
Ini bukti-bukti pemikiran ( Dalil Akli ) yang ilmu wahyu yang sampai kepada Nabi Muhammad adalah benar-benar Wahyu dari Allah, sebagaimana wahyu yang sampai kepada nabi-nabi terdahulu, kerana tiada manusia yang mengajar baginda.
 
== Jumlah Nabi dan Rasul ==