Partai Sosialis Indonesia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Laman baru: '''Parti Sosialis Indonesia''' ('''PSI''') ialah sebuah bekas parti politik di Indonesia yang berhaluan kiri dan menyokong Sosialisme. Parti inilah yang sejak November [[1945...
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 12:20, 17 April 2007

Parti Sosialis Indonesia (PSI) ialah sebuah bekas parti politik di Indonesia yang berhaluan kiri dan menyokong Sosialisme. Parti inilah yang sejak November 1945 menguasai kabinet Republik Indonesia sehingga pertengahan tahun 1947.


Sejarah

Parti Sosialis Indonesia (PSI) dibentuk oleh Sutan Syahrir pada 12 Februari 1948 selepas meninggalkan Parti Sosialis (PS) yang beliau merupakan salah satu pengasas kerana berselisih dengan Amir Sjarifuddin. Parti Sosialis merupakan suatu gabungan antara dua buah parti sosialis, iaitu Parti Sosialis yang diketuai Amir Sjarifuddin dengan Parti Rakyat Sosialis (PARAS) yang diasaskan oleh Sutan Syahrir; dengan kata yang lain, Parti Rakyat Sosialis diserap ke dalam Parti Sosialis.

PSI berdasarkan faham sosialis bersandar pada ajaran Marx-Engels menuju masyarakat sosialis yang berdasarkan kerakyatan. PSI menentang kediktatoran proletariat yang diamalkan di Kesatuan Soviet dan negara-negara sosialis yang lain. Sosialisme kerakyatan yang dimaksudkan PSI adalah sosialisme yang menjunjung tinggi perikemanusiaan, dengan mengakui dan menjunjung persamaan setiap manusia. Penghargaan kepada keperibadian seseorang dalam fikiran serta dalam pelaksanaan sosialisme.

Pada Ogos 1960, PSI bersama Parti Masyumi dibubarkan oleh Presiden Sukarno keran dianggap menghalang gagasannya untuk menyatukan para penyokong nasionalisme, agama, dan komunisme dalam doktrin Nasakom.

Kerusi di dalam parlimen

  • DPRS: 14 kerusi
  • DPR (hasil Pilihan Raya Umum 1955): 5 kerusi

Tokoh-tokoh