Perbezaan antara semakan "1Malaysia"

tiada ringkasan suntingan
Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju [[Wawasan 2020]] serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr [[Mahathir Mohamad]] dan Tun [[Abdullah Ahmad Badawi]].<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0418&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm Najib: 1Malaysia kesinambungan konsep kepimpinan terdahulu]</ref>
 
Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0503&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_01.htm Elak diperdaya blog kelirukan konsep Satu Malaysia - Sapawi]</ref> Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik. Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0428&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_12.htm 1Malaysia sediakan garis permulaan yang adil]</ref>
 
Liberalisasi 27 aspek perkhidmatan juga menuju ke arah gagasan ini.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0503&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm Satu Malaysia bukan retorik politik - PM]</ref>
3,556

suntingan