Lagu Anak Desa (album): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Arrajuna (bincang | sumb.)
Arrajuna (bincang | sumb.)
Baris 11:
#Sepetang Di Pinggir Bukit
#Teratai Menjelma
#Tiada Dendam diDi hatiHati
#Tanah Ini Tanahku (Milik Kita Bersama)
 
----------------------
 
*''Aku Penganggur'' –Sudirman
Awal '80, karier saya hebat dipersoalkan. Pada 2 Mei '80, seorang peminat menulis, “Kenapa abang Sudir tidak menuliskan satu lagu ‘Aku''Aku Penganggur’Penganggur''?” (Perlukah saya ceritakan lagi?)
 
*''Anak Gembala'' – A.Hassan/Sudirman & Siti Zaleha
Semasa saya kecil, hidup saya disulami fantasi dan cerita-cerita indah. Anak kecil itu terus bertempat di hati saya, hingga hari ini.
 
*''Hati Rindu'' - Nyanyian R.Azmi
Saya besar dengan lagu ini. Mula menyanyikan di TV di rancangan Gembira Ria. Peminat-peminat meminta lagu ini dirakamkan. Juga seorang pegawai di luar negeri. Tetapi apabila sewaktu pertunjukan pentas, seorang ibu meminta saya menyanyikan lagu ini, saya tidak mampu berlengah lagi.
 
*''Hujan'' – Syed Harun
“Cinta yang bersemi diwaktu hujan turun...” Pertama kali saya dengar pada 15 Ogos '76. Ia mengenangkan saya waktu-waktu saya di kampus, dan kisah-kisah cinta saya diwaktu itu. Penulisnya, Syed Harun, seorang sahabat sekampus, juga menulis 'Hanya Lagu' yang saya rakamkan dalam album pertama “Aku Penghiburmu”.
 
*''Jangan Kau Tanya'' - S.Atan/Sudirman/Haron Abdul Majid
Biarku sendiri, membawa perasaan yang kusut ini, Janganlah kau bertanya, Apa sebabnya
 
*''Kau Akan Kembali'' –Syed Harun
Saya faham kegembiraan seorang anak kampung menunggu kepulangan orang yang disayanginya. Ini adalah pengalaman.
 
*''Ke Dunia Baru'' - S.Stan/Sudirman
Saya mengkagumi pasangan yang sedang di alam percintaan. Biarpun di mana. Lebeh-lebeh lagi apabila mereka merancang masa depan mereka. Saya tidak terkecuali.
 
*''Sepetang Di Pinggir Bukit'' – Mahzan Manan/Habsah Hassan
Percintaan yang setia adalah satu perkara yang agung. Ia menyentuh hati saya sedalam-dalamnya. Saya mula berhijrah ke K.L. dari kampung pada Jun '75, untuk melanjutkan pelajaran. Pada 2 September '75, saya dapat tahu seorang gadis sekampung yang sangat saya puja telah menetap di K.L. Saya pergi mencari-cari rumahnya untuk memberi sekeping potretnya yang saya lukis. Walaupun saya tidak jumpa rumahnya, hati saya puas. Lalu saya minta kak Habsah Hassan luahkan cerita ini.
 
*''Teratai Menjelma'' – Raja Kobat
Pertama kali saya temui Raja Kobat pada 4 Januari '80, saya tahu kami boleh ‘klik’. Berkenaan lagu ini katanya: “ Selalunya juga di dalam mencari pasangan yang cantik, kita kerap terlupa yang suci murni di kampung.” Ini saya rasakan hingga ke tulang-temulang saya.
 
*''Tiada Dendam diDi hatiHati'' - S.Atan/Haron Abdul Majid
Saya anak muda yang tidak tahu menyimpan dendam. Segalanya saya terima dengan baik.
 
*''Tanah Ini Tanahku'' (Milik Kita Bersama)- Sudirman
Ini tanah air kita. Tanpanya, siapakah kita.