Tunku Ampuan Najihah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Laman baru: Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Najihah memperolehi pendidikan formal di Sekolah Tuanku Muhammad di Kuala Pilah. Kemudiannya, baginda mengikuti kursus bahasa dan progra...
 
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Najihah''' memperolehi pendidikan formal di Sekolah Tuanku Muhammad di [[Kuala Pilah]]. Kemudiannya, baginda mengikuti kursus bahasa dan program latihan khas untuk isteri diplomat semasa [[Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman|Seri Paduka Baginda Tuanku Ja'afar]] menjalani kursus khas Perkhidmatan Diplomatik di London.
 
Baginda ialah bekas pelajar di [[London School of Oriental Studies]] dan menjadi jawatankuasa "Associated Country of the World". Baginda juga menjadi Penaung berbagai-bagai pertubuhan wanita, antaranya Pertubuhan Pandu Puteri Negeri Sembilan, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam dan Institut Wanita. Sebagai seorang ahli sukan yang gigih, Seri Paduka Baginda Tuanku Najihah handal bermain [[hoki]], [[bola keranjang]] dan [[badminton]] dan baginda juga handal bermain [[golf]], [[tenis]] dan [[menembak]]. Baginda menjadi Presiden Pasukan Badminton Tuanku Ampuan dan Penaung Pasukan Hoki Wanita Malaysia, Pasukan Bola Sepak Wanita Malaysia, Pasukan Golf Wanita Malaysia dan juga Penaung Persatuan Golf Wanita Malaysia.
 
Derma kurnia Seri Paduka Baginda terhadap kebajikan rakyat miskin, orang kurang upaya dan yang kurang bernasib baik memang sudah terbukti. Baginda sentiasa bersedia meluangkan masa demi menyokong sebarang usaha yang murni. Sebagai Penaung Rumah Kanak-kanak Tunku Ampuan Najihah di Temiang, baginda sentiasa memberikan perhatian khas terhadap penghuninya yang kurang upaya dan kurang bernasib baik.
Baris 8:
 
Pasangan Diraja ini dianugerahkan dengan tiga putera dan tiga puteri. Puteri yang sulung ialah YM Tunku Dara Naquiah, DYTM Tunku Naquiyuddin, YM Tunku Imran, YM Tunku Puteri Jawahir, YM Tunku Irinah dan puteri bongsu ialah YM Tunku Putera Nadzaruddin.
 
[[Kategori:Raja Permaisuri Agong]]
[[en:Tunku Najihah]]