Lim Kit Siang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Orcaz (bincang | sumb.)
k kenyataan sebegitu harus dikemukakan dengan rujukan untuk mengekalkan keberkecualian - Membatalkan semakan 2580872 oleh Lautanbiru2013 (Perbincangan)
Baris 59:
 
Selepas [[Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12|Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008]], [[negeri Perak]] telah ditawan oleh ketiga-tiga buah parti pembangkang yang selepas itu menubuhkan [[Pakatan Rakyat]]. Antaranya [[Parti Tindakan Demokratik]] merupakan parti pemerintah negeri yang terbesar, namun mereka tidak mempunyai Ahli Dewan Undangan Negeri yang berbangsa [[Melayu]]. Menurut perlembagaan negeri Perak, hanya ADUN yang berbangsa Melayu layak menjadi Menteri Besar, melainkan Sultan Perak mengizinkan seseorang yang bukan Melayu, dan tidak semestinya beragama Islam, untuk menjadi Menteri Besar. Pada awalnya pihak pemerintah baru cuba memujuk Sultan Perak semasa itu, [[Sultan Azlan Shah]], untuk melantik Pengerusi DAP Perak, [[Ngeh Koo Ham]], sebagai Menteri Besar. Namun pada akhirnya Sultan menolak dan melantik Setiausaha [[Parti Islam SeMalaysia|PAS]] Perak, [[Mohammad Nizar Jamaluddin]], sebagai Menteri Besar. Ini kerana antara ADUN Melayu [[Parti Keadilan Rakyat]] yang merupakan parti pemerintah kedua terbesar, mereka semuanya hanya berkelayakan Tingkatan Lima Sekolah Menengah. Sultan mahukan seorang yang profesional untuk menjadi Menteri Besar, dan Mohammad Nizar yang merupakan seorang jurutera sivil menepati kemahuan ini. Memandangkan PAS merupakan parti pemerintah yang terkecil, pada awalnya Lim menyerukan agar memboikot upacara perlantikan [[Menteri Besar Perak]], kerana beliau berpendapat bahawa jika tiada ADUN DAP dilantik, maka ADUN [[Parti Keadilan Rakyat]] yang harus dilantik kerana mereka merupakan parti pemerintah yang kedua terbesar. Namun selepas itu Lim meminta ampun daripada Sultan secara bertulis. Tetapi akhirnya upacara perlantikan Menteri Besar ditunda.
 
Lim Kit Siang adalah seorang rasis yang telah menjadi pencetus kepada pergaduhan kaum pada 13 May 1969. Pemuda DAP dibawah kelolaan beliau telah mengeluarkan cogankata "Sapu Melayu", "Melayu Balik Hutan dan banyak lagi slogan yang membangkitkan kemarahan orang-orang Melayu di Malaysia.
 
== Buku yang diterbitkan ==