Sekolah Kebangsaan Chenein: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Orcaz (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 30:
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Chenein memiliki 101 pelajar lelaki dan 98 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 199 orang. Ia mempunyai seramai 16 orang guru.<sup>2009</sup>
 
==Sejarah==
Sejarah Sekolah Kebangsaan Chenein
 
Pada asalnya sekolah ini didirikan di Jeram Petai yang berhampiran dengan pekan kecil Lasah bagi menampung pendidikan masyarakat Orang Asli di kawasan ini pada 1 Januari 1961, yang merupakan cawangan Sekolah Kebangsaan Lasah dengan seorang guru iaitu Encik Abu Samah bin Alg.Mahadi dengan bilangan muridnya seramai 41 orang. Bangunannya hanyalah menyerupai sebuah bangsal beratap rumbia dan bertam, dindingnya daripada buluh tanpa meja dan kerusi.
 
Pada 1 Januari 1962, sebuah bangunan baru telah didirikan di Kg.Peroi yang terletak 5 km dari pecan kecil Lasah oleh pihak JKR. Sekolah Chenein diambil dari nama perkampungan Orang Asli yang dibuka berdekatan dengan Sungai Peroi dan kemudiannya dirasmikan oleh Tok Pangku Andak Hamid yang merupakan Ahli Dewan Negara pertama bagi kaum Orang Asli di Malaysia pada waktu itu.