Biro Tatanegara: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mekyah (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Orcaz (bincang | sumb.)
k laku musnah (memadam sebahagian besar rencana tanpa sebab)
Baris 1:

[[imej:btn.jpg|thumb|right|Logo BTN]]
===Sejarah Penubuhan===
'''Biro Tatanegara''' (BTN) adalah sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang ditubuhkan pada 1981, melaksanakan program yang menepati objektif utama iaitu memupuk semangat patriotisme, membina sikap berteraskan nilai murni dan penghayatan cintakan negara di kalangan warganegara.

==Sejarah==
BTN merupakan sebuah organisasi kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1974 di bawah Program Belia dan dikenali sebagai Unit Penyelidikan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Pejabat awalnya terletak di Wisma Keramat, Kuala Lumpur.
===Sejarah Penubuhan===
BTN merupakan sebuah organisasi kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1974 di bawah Program Belia dan dikenali sebagai Unit Penyelidikan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Pejabat awalnya terletak di Wisma Keramat, Kuala Lumpur.

Pada Oktober 1981, Unit Penyelidikan Belia ini telah diletakkan terus di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaras dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 yang mengasingkan aktiviti belia daripada aktiviti pelajar universiti. Ibu Pejabat Unit Penyelidikan Belia ini kemudiannya dipindahkan ke Jalan Kelantan, Kuala Lumpur.

Pada Jun 1982, unit ini telah ditukar nama kepada Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri. Tiga cawangan BTN telah diwujudkan merangkumi cawangan zon utara, selatan dan timur. Seterusnya pada tahun 1983, BTN telah dipindahkan ke bangunan JKR 742, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur. Mulai tahun 1987, BTN cawangan negeri telah diwujudkan. Sehingga kini BTN mempunyai empat belas (14) buah cawangan negeri dan tujuh belas (17) buah Kem Bina Negara serta sebuah akademi iaitu Akademi Kenegaraan.

Pada tahun 1992, Jawatankuasa Penyelaras Latihan Sikap yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri telah memutuskan BTN melaksanakan Program Bina Negara yang melibatkan penganjuran kursus, seminar dan aktiviti yang bercirikan latihan perubahan sikap. Program Bina Negara telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri serentak dengan Kursus Bina Negara Perdana 1 yang diadakan pada 1 hingga 4 Januari 1992.

Pada 6 September 1999, Ibu Pejabat BTN telah berpindah ke Aras 1, Blok B3, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya sehingga sekarang.

===Fungsi===
Pada tahun 1980-an, semasa program belia, fungsi Biro Tatanegara (BTN) ketika itu ialah mengawasi kegiatan gabungan belia dan pelajar bagi memastikan mereka bertindak selaras dengan kehendak aspirasi negara.

Pada tahun 1981, selaras dengan keputusan Kerajaan, fungsi BTN telah diperluaskan untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara serta meningkatkan semangat keislaman di kalangan semua lapisan masyarakat termasuk belia, pelajar, kakitangan kerajaan dan sektor swasta.

Antara lagu yang sering dinyanyikan dalam kursus BTN ialah lagu Warisan. Peserta dibimbing untuk memahami perkara yang tersurat dan tersirat dalam lagu tersebut. Meskipun kelihatan semangat kemelayuan yang ketara dalam lagu tersebut, namun objektifnya ialah bagi mengeluarkan orang Melayu daripada kancah kemiskinan dan akhirnya mencapai matlamat utamanya iaitu perpaduan kaum. Hal ini adalah selari dengan matlamat [[Dasar Ekonomi Baru]] (DEB) iaitu membenteras kemiskinan tanpa mengira kaum dan merapatkan jurang ekonomi antara kaum di Malaysia. Kerajaan amat sedar bahawa perbezaan taraf ekonomi dan sosial antara kaum di Malaysia adalah penyebab utama berlakunya peristiwa berdarah [[13 Mei 1969]].

Seterusnya pada November 1986, aktiviti BTN diperjelas dan diperkembangkan kepada melatih pemimpin dan bakal pemimpin supaya mereka mendukung usaha-usaha pembangunan dalam beberapa bidang seperti agama, sosial, politik, ekonomi dan pendidikan.

Pada tahun 1992, Jawatankuasa Penyelaras Latihan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri telah memutuskan BTN melaksanakan Program Bina Negara yang melibatkan penganjuran kursus, seminar dan aktiviti yang bercirikan latihan perubahan sikap. Program Bina Negara telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri serentak dengan Kursus Bina Negara 1 yang diadakan pada 1 hingga 4 Januari 1992.

==Objektif==
# Memupuk patriotisme kepada institusi serta komuniti pendidikan, pekerja awam/swasta, belia, pertubuhan dan pemimpin masyarakat
# Menjalankan kegiatan penyelidikan yang menumpukan kepada kajian sosial mengenai hubungan antara kerajaan dan rakyat
# Menyediakan bahan penyelidikan kenegaraan kepada kumpulan sasar terpilih
# Mewujudkan sukarelawan BTN seluruh Negara (Tenaga Penggerak dan Sahabat)

==Misi==
Baris 26 ⟶ 40:

==Teras Strategik==
BTN telah menetapkan sebanyak lima (5) teras untuk memenuhi objektif, visi dan misi BTN.Teras tersebut adalah seperti berikut :
# Meningkatkan Keberkesanan Program Latihan Transformasi Negara (PLTN)
# Mengukuhkan Pakatan Strategik dan Rangkaian BTN
# Memperkasakan Pendidikan Kenegaraan dan Gerak Saraf BTN
# Meningkatkan Keupayaan Penyelidikan dan Pengurusan Maklumat
# Mewujudkan Kumpulan Penasihat Pakar BTN.

== Fungsi Utama BTN ==
Memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara serta nilai-nilai murni dan aspirasi bangsa Malaysia untuk mempersiapkan diri mencapai hasrat Malaysia menjadi negara maju pada tahun 2020.

== Fungsi Bahagian ==
BTN mempunyai sembilan (9) bahagian yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan misi dan visinya. Fungsi bahagian-bahagian tersebut adalah seperti berikut :
# Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan Bertanggungjawab dalam hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran pejabat, pengurusan kewangan, perjawatan dan perkhidmatan anggota BTN.
# Bahagian Teknologi Maklumat Bertanggungjawab melaksanakan program Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
# Bahagian Penilaian dan Penyelidikan Bertanggungjawab membuat reka bentuk, melaksana dan menganalisis kajian-kajian kurikulum PLTN dan mengumpulkan maklumat untuk kegunaan perancangan dan pelaksanaan PLTN.
# Bahagian Penerbitan dan Publisiti Menerbitkan bahan-bahan rasmi BTN secara bercetak dan elektronik.
# Bahagian Penyelarasan Latihan dan Pembangunan Fizikal Bertanggungjawab dalam menyelaras perancangan Program Latihan Transformasi Negara, membuat pemantauan pelaksanaan PBN, membuat naziran ke atas pelaksanaan PBN dan kem swasta serta pembangunan fizikal BTN.
# Bahagian Birokrat dan Korporat Merancang dan melaksanakan Program Latihan Transformasi Negara untuk kumpulan sasar agensi birokrat dan korporat.
# Bahagian Pemimpin Masyarakat Merancang dan melaksanakan PLTN untuk kumpulan sasar pemimpin masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan belia-belia serta badan-badan yang terlibat dengan aktiviti politik.
# Bahagian Mahasiswa dan Remaja Merancang dan melaksanakan PLTN untuk kumpulan sasar mahasiswa, pelajar, guru dan pensyarah.
# Akademi Kenegaraan Merancang dan melaksanakan Kursus Peningkatan Profesionalisme Tenaga Penggerak BTN dan pendidikan kenegaraan kepada pelbagai kumpulan sasar.
# Unit Komunikasi Korporat dan Inovasi Merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan program inovasi BTN dan urusan perkhidmatan pelanggan.
# Unit Kaunseling Merancang, melaksanakan dan memantau urusan/program kaunseling, kebajikan dan khidmat nasihat kepada semua anggota BTN.

==Kontroversi==
===Kos BTN tinggi===
Ahli Parlimen [[Ipoh Timur]], [[Lim Kit Siang]] dalam [http://blog.limkitsiang.com blognya] mendakwa kos BTN berjumlah RM550 juta dalam tempoh 10 tahun (2000-2009).Program yang didakwa berbentuk 'doktrinisasi' itu seharusnya menanamkan rasa cintakan negara dan bukannya cintakan [[UMNO]]-[[BN]].Ahli Parlimen [[Bukit Bendera]], [[Liew Chin Tong]] mendakwa, BTN mendapat peruntukan sebanyak RM74 juta pada tahun 2009 dan peruntukan itu lebih RM4 juta berbanding peruntukan parlimen iaitu RM70 juta. Akhbar popular berbahasa Cina, [[China Press]] menyiarkan artikel bertajuk 'Liew Chin Tong dedah peruntukan RM74 juta untuk BTN'. Menurut Peruntukan BTN 2010 , BTN akan mengambil 224 pekerja tetap pada 2010.

* 2000 - RM28,928,500
* 2001 - RM27,172,300
* 2002 _ RM34,199,700
* 2003 - RM35,620,163
* 2004 - RM86,165,889
* 2005 - RM68,160,330
* 2006 - RM43,097,076
* 2007 - RM74,339,400
* 2008 - RM76,348,700
* 2009 - RM74,023,100.<ref>[http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23663:-kerajaan-bazirkan-rm550-juta-untuk-btn&catid=1:utama&Itemid=50 Kerajaan bazirkan RM550 juta untuk BTN], Harakahdaily</ref>

===Semangat Kenegaraan===
Penyertaan dalam Kursus BTN adalah wajib untuk semua pelajar yang mendapat biasiswa kerajaan untuk ke luar negeri. Tujuan kursus tersebut adalah untuk menyemai semangat kenegaraan di kalangan pelajar tersebut agar terus bersikap patriotik ketika di luar negeri. Namun begitu, timbul banyak aduan daripada peserta kursus tersebut (terutamanya yang berketurunan bangsa minoriti) bahawa terdapat jurulatih BTN yang menyebarkan idealogi yang bersifat perkauman, hinggakan ke tahap menimbulkan kebencian terhadap kaum-kaum minoriti di Malaysia{{fact}}.

Pada 22 Mei 2009, surat khabar The Star menyiarkan laporan bahawa BTN terlalu menekankan hak rakyat berasaskan perkauman hinggakan ia menyebabkan perpecahan antara kaum. BTN ditugaskan menyampaikan maklumat berasaskan fakta sejarah dan tidak menyentuh sentimen perkauman secara sempit.Tidak timbul langsung soal memperkecil dan memburukkan kaum bukan Melayu kerana perkara yang disampaikan berkaitan dengan [[Perlembagaan Persekutuan]].<ref>[http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Mutakhir/20090623183620/Article/ Kerajaan nafi program BTN berasaskan perkauman]</ref>

===Pengharaman BTN oleh kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang===
Pada 24 November 2009, kerajaan negeri [[Selangor]] dengan rasminya yang diwakili oleh exco pendidikan tinggi, Dr [[Halimah Ali]] melarang penyertaan kakitangan kerajaan negeri dan pelajar di institusi pengajian tinggi miliknya hadir di program anjuran Biro Tatanegara (BTN) berikutan susulan desakan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat di Selangor yang mendakwa program kendalian biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu membangkitkan sentimen perkauman. ADUN-ADUN yang terlibat: [[Amirudin Shari]] (PKR-Batu Caves), [[Lau Weng San]] (DAP-Kampung Tunku), [[Nik Nazmi Nik Ahmad]] (PKR-Seri Setia), [[Jenice Lee Yin Ha]] (DAP-Teratai), [[Hannah Yeoh Tseow Suan]] (DAP-Subang Jaya) dan [[Gan Pei Ni]] (PKR-Rawang). <ref>[http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story6018188.asp ADUN PR bantah program BTN
]</ref> Ini merangkumi empat buah pusat pengajian tinggi yang dimiliki kerajaan negeri itu: [[Universiti Industri Selangor]] (Unisel), [[Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor]] (KUIS), [[Kolej Antarabangsa INPENS]] dan [[Institut Kemahiran Yayasan Selangor]].<ref>[http://www.malaysiakini.com/news/118325 "Selangor rasmi boikot program BTN", Malaysiakini.com, 25 November 2009.]</ref>,<ref>[http://harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23443:-btn-tiada-manfaat-hanya-dakyah-pesong-semata-mata&catid=1:utama&Itemid=50 BTN tiada manfaat, hanya dakyah pesong semata-mata.]</ref> ADUN Seri Setia, [[Nik Nazmi Bin Nik Ahmad|Nik Nazmi Nik Ahmad]] yang pernah mengikuti program BTN berkata, mendakwa bahawa sepanjang dalam program tersebut ada dikatakan Parti Keadilan atau Anwar Ibrahim adalah ejen Yahudi, DAP adalah parti ejen Singapura, Pas adalah parti ajaran sesat. Bagaimanapun, tindakan ini dilakukan tanpa mengemukakan apa-apa bukti yang nyata dan dianggap lebih merupakan gimik politik oleh Datuk Seri Noh Omar.

Pada 3 Disember 2009, kerajaan [[Pulau Pinang]] turut mengikut jejak Selangor dengan memutuskan untuk melarang kakitangannya menyertai kursus Biro Tatanegara (BTN), berkuat kuasa serta-merta. Timbalan Ketua Menteri 1, [[Mansor Othman]] mendakwa langkah terbaru itu diambil kerana biro bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu tidak melaksanakan modul sebenar, malah mengisi modul "dengan sikap jijik, menghina dan mencemuh kepimpinan [[Pakatan Rakyat]]. <ref>[http://www.malaysiakini.com/news/118821 "P. Pinang larang sertai BTN", Malaysiakini.com, 3 Disember 2009.]</ref>

====Reaksi Kerajaan====
*Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri [[Shahrizat Abdul Jalil]]:
:Beliau berpendapat bahawa semangat patriotisme yang diterapkan dalam kursus Biro Tata Negara (BTN) baik untuk semua pihak bukan sahaja penyokong kerajaan. <ref>[http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/11/28/mstar_berita/20091128155547&sec=mstar_berita BTN Baik Untuk Semua Tanpa Mengira Fahaman Politik - Shahrizat.]</ref>
*Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri [[Noh Omar]]:
:Beliau berkata keputusan kerajaan Selangor melarang kakitangan awam dan pelajar IPT milik negeri itu daripada mengikuti kursus BTN semata-mata bertujuan politik, supaya rakyat lupa akan janji-janji pembangkang pada pilihan raya umum lepas.<REF>[http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=458486 BTN Baik Untuk Semua Tidak Kira Fahaman Politik, Kata Shahrizat. BERNAMA 28 November, 2009 16:33 PM]</REF>
*Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri [[Hishammuddin Hussein]]:
:Beliau berkata kerajaan tiada masalah mendedahkan kepada umum silibus dan modul kursus Biro Tata Negara (BTN) yang didakwa pembangkang sebagai 'sesi membasuh otak' yang sengaja diada-adakan Barisan Nasional (BN) untuk memupuk semangat perkauman di kalangan peserta.<ref>[http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20091128230824/Article/index_html Isu sengaja dicetus pembangkang bagi alih fokus masyarakat.]</ref> Beliau juga menyifatkan ia merupakan usaha pembangkang untuk mengalih perhatian rakyat terhadap masalah dalaman mereka selain menenggelamkan khidmat BN yang mendahulukan kepentingan rakyat. Ini kerana kerana BTN wujud sudah lama, dan kenapa sekarang baru nak ditimbulkan isu ini.
*Kabinet(diwakili oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri [[Mohamed Nazri bin Abdul Aziz|Mohamed Nazri Abdul Aziz]]):
:Pada 30 November 2009, Kabinet yang diwakili oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri [[Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]] bersetuju merombak sukatan program kontroversi Biro Tatanegara, yang dipertikaikan Pakatan Rakyat, supaya sejajar dengan slogan 1Malaysia. Tambah beliau lagi, ia dibuat bagi menjadikan kursus itu lebih merangkumi pelbagai kaum dan tidak menjadinya sumber perpecahan.<ref>[http://www.malaysiakini.com/news/118603 "Sukatan kursus BTN akan dirombak", Malaysiakini.com, 30 November 2009.]</ref>

==Alamat==
BIRO TATANEGARA

Jabatan Perdana Menteri,

Aras 1, Blok B3,

Kompleks Jabatan Perdana Menteri,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62502 Putrajaya

Tel : 603 88887742

Fax : 603 88883458

Laman Rasmi BTN : www.btn.gov.my

==Rujukan==
{{reflist}}

==Lihat juga==
* [[SPIES]] - Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional dan Social

==Pautan luar==
* [http://www.btn.gov.my/ Laman Rasmi BTN]

[[Kategori:Jabatan dan Agensi kerajaan Malaysia]]
{{msg:Malaysia}}