Setiu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yobbaharim (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yobbaharim (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
'''Setiu''' merupakan salah satu [[daerah]] di negeri [[Terengganu]]. Jumlah penduduk di daerah Setiu ialah seramai 55,517 orang (2010). [[Bandar Permaisuri]] menjadi ibu daerah Setiu yang berperanan sebagai pusat pentadbiran dan komersial utama yang terletak di bahagian tengah daerah ini.
[[Imej:Bandar Permaisuri Terengganu.jpeg|thumb|Bandar Permaisuri yang menjadi nadi utama daerah Setiu yang sentiasa meriah dengan pelbagai aktiviti setempat]]
Menurut rekod Arkib Negara menunjukkan sempadan Daerah Negeri Terengganu telah berubah beberapa kali sejak lebih 50 tahun yang lalu. Dalam tahun 1921 Negeri Terengganu telah dibahagikan kepada lapan (8) daerah iaitu Kemasik, Paka, Kerteh, Dungun, Marang, Kuala Berang, Setiu dan Besut. Pada tahun 1923 Daerah Negeri ini berubah sekali lagi tetapi masih kekal dengan lapan (8) Daerah dimana Daerah Kemaman telah diwujudkan dan Daerah Setiu dihapuskan. Namun begitu dalam tahun 1935 Daerah Negeri ini dibahagikan semula dan dijadikan sepuluh (10) Daerah yang dikenali Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Hulu Terengganu, Merang, Setiu dan Besut. Dalam tahun yang sama satu persidangan mengenai sempadan negeri telah dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tanah dan Galian Negeri Terengganu dan persidangan tersebut dikenali sebagai 'Christmas Conference' yang mana tujuanya untuk menyusun semula sempadan daerah. Hasil daripada persidangan tersebut keputusan telah dibuat seperti berikut:-
 
Daerah Kemaman dan Kemasik telah dicantumkan menjadi Daerah Kemaman
 
Daerah Dungun dan Paka telah dicantumkan menjadi Daerah Dungun.
 
Daerah Merang, Batu Rakit dan Kuala Terengganu telah dicantumkan menjadi Daerah Kuala Terengganu.
 
Daerah Besut dan Setiu telah dicantumkan menjadi Daerah Besut.
 
Perubahan sempadan ini dibuat ialah kerana ketidakcekapan pentadbiran serta keluasan yang tidak ekonomik serta tidak dapat memberi perkhidmatan yang berkesan kepada masyarakat.
 
02. Dalam tahun 1980 Kerajaan Negeri telah meminta Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia, Jabatan Perdana Menteri (MAMPU) supaya membuat kajian kemungkinan kekesanan sempadan Daerah Negeri Terengganu. Hasil kajian tersebut Kerajaan Negeri telah bersetuju menubuhkan Daerah Setiu pada 1hb. Januari, 1985 dimana sebahagian daripada mukim-mukim dari Daerah Kuala Terengganu dan Besut dimasukkan ke Daerah Setiu.
 
== Sejarah ==